June 18th, 2020

Vokalis kumpulan Floor88, Ayie berkata dia kini sedang dalam proses menambah berat badan setelah dilemparkan pelbagai tuduhan negatif daripada netizen kerana tubuhnya yang terlampau kurus.

Ayie atau nama penuhnya, Nik Fadlee Elhamshah,23, dia telah mencuba pelbagai teknik untuk menambah berat badan, namun masih belum berjaya sehingga kini.

Tambahnya, ada netizen yang menuduhnya mengambil barang terlarang kerana susuk tubuhnya seperti sedang ‘sakit’ akibat menghisap dadah.

Disebabkan itu, kerana ingin menutup mulut netizen, dia berusaha untuk makan dengan lebih banyak namun usaha tersebut gagal.

“Sebab nak tutup mulut orang, saya makan banyak tapi sampai sekarang badan masih kurus. Mungkin faktor genetik sebab dari dulu memang kurus. Makanlah banyak mana pun berat tetap dalam lingkungan 50kg saja,”

Selain berusaha dengan makan dengan banyak, dia juga turut cuba mengambil vitamin yang khas untuk menaikkan berat badan. Malah, Ayie menjelaskan dia juga mendapat tajaan latihan di gimnasium namun memandangkan dia bukanlah seorang yang rajin untuk bersenam di gim, lalu kebanyakan masanya dihabiskan dengan tidur dan makan.

Ketika ditemui mStar online, penyanyi lagu Yang Benar ini mengatakan dia sama sekali tidak berkecil hati dengan tuduhan kasar dan tidak berasas sesetengah pihak itu kerana dirinya lebih mengetahui situasi yang sedang dialami.

“Saya tak kecil hati pun sebab saya tau apa saya buat. Memang dari dulu orang tegur pasal saiz badan saya yang kecil ini,”

Di samping itu, keluarga Ayie sendiri faham akan situasi yang dihadapinya dan pernah juga meminta dia menaikkan berat badan sejak dahulu lagi.

View this post on Instagram

Slide sampai habis kalau korang nak tengok perangai dorang suka kacau ayie? . ?AYIE ELHAM’S 22ND SURPRISE BIRTHDAY PARTY? #07.09.1997 • • Date: 9th September 2019 | Monday • Venue: @nelissa_agency #nelissastudio • Organized by: @tashaawie • Decoration: @event2ukl • Food & Catering: @rasya.kitchen @freshbakekitchen @empayarcafe @sinfullydessert @sashakisha • Cake: @deliciosobymia.desserts • Flower Bouquet: @hawa.floral • Doorgift: @ayieelhamdessert • Photographer: @shukkarf @zaemfaezz • Videographer: @mssa.studio @emi_zakaria • Emcee: @sriidrina @mockyonfire • Crew: @sriidrina @ainabatrisyiauzma • @ayieelhamspirits @floor88band • #ayieelhamturns22 #nelissastudio #ayieelhamspirits

A post shared by Mr. Nicky (@ayieelhamf88) on

 Malah, Ayie juga membuktikan dirinya bebas daripada bahan terlarang apabila dia dan ahli kumpulan Floor88 yang lain telah menjalani ujian air kencing dan didapati negatif. Ujian tersebut dilakukan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan pada tahun lalu seiring dengan kempen Jauhi Dadah yang dianjurkan AADK. Kumpulan Floor88 juga telah dipilih menjadi ikon Antidadah pada tahun 2019/2020.

Dalam perkembangan terbaru, dia kini sedang sibuk menguruskan kafenya yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur. Kafe tersebut yang dijangka akan dibuka pada Julai depan itu diberi nama Ayie Elham Cafe dan kini diuruskan oleh keluarga Ayie.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...