Selebriti popular, Ayda Jebat selamat melahirkan cahaya mata perempuan secara pembedahan pada pukul 7.07 malam, semalam di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Suami beliau iaitu Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad Mahir memaklumkan berita gembira tersebut kepada media serta mengucapkan rasa syukur kerana proses melahirkan bayi sulungnya itu berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ayda selamat melahirkan anak pukul 7.07 malam seberat 2.77 kilogram.
View this post on Instagram
Menerusi laporan yang dibuat oleh pihak Kosmo! Online, penyanyi yang cukup dikenali dengan lagu Pencuri Hati itu terpaksa melahirkan bayinya secara pembedahan seminggu awal dari tarikh yang dijangka.
Sekadar info, penyanyi berusia 29 tahun itu mendirikan rumah tangga bersama Nabil pada 1 Januari yang lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.