(TAHNIAH) Abang Kepada Isa Khan, Miller Khan Selamat Bernikah Dengan Wanita Pilihan

Hiburan

(TAHNIAH) Abang Kepada Isa Khan, Miller Khan Selamat Bernikah Dengan Wanita Pilihan

Tahniah diucapkan kepada Miller Khan iaitu abang kepada pelakon Isa Khan yang telah selamat bergelar suami kepada Farina Rebecca, Rabu lalu.

isa khan dan isteri
2021-04-18 17:16:49

Suami Sporting, Risteena Luah Rasa Syukur Kahwini Isa Khan

Advertisement

Perkahwinan gilang-gemilang itu dilaporkan telah berlangsung di sebuah pusat percutian mewah di Bali, Indonesia.

Berita gembira tersebut turut diuar-uarkan oleh adik beradik Miller atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan iaitu Isa dan kakaknya, Sabrina Ali Khan menerusi hantaran Instagram Story.

IG Story Isa dan Sabrina

Mengenakan busana tradisional etnik Betawi, Miller dan Farina kelihatan anggun dan bergaya kedua-duanya.

Miller sebelum ini telah berkongsikan foto-foto pra perkahwinan di Instagram miliknya sejak beberapa minggu yang lalu.

Terdahulu, lelaki itu telah melamar isterinya kini di dalam sebuah helikopter pada 11 Mac 2021 ketika mereka berdua bersiar-siar di Jakarta Indonesia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.