Tahap Kesabaran Seseorang Itu Ada Hadnya – Bil Azali

Hiburan

Tahap Kesabaran Seseorang Itu Ada Hadnya – Bil Azali

Pelakon Bil Azali enggan mengulas lebih lanjut mengenai pengakuan abang iparnya Asfan Shah yang mendakwa beliau telah memukul penyanyi tersebut di balai ketibaan KLIA pada hari Sabtu lepas.

Buat Bil perkara itu tidak harus didedahkan kepada umum kerana ia adalah aib keluarga yang harus disimpan. Malah, beliau tidak mahu periuk nasi Asfan terjejas kerana masalah berkenaan.

Advertisement

Apa yang boleh saya katakan adalah tahap kesabaran seseorang itu ada hadnya. Jadi, apabila kesabaran seseorang itu sudah sampai pada hadnya, maka faham-faham sendirilah.

Senang cerita, pohon takkan bergoyang jika tiada angin, namun saya masih ingin menjaga periuk nasi dia sebagai seorang yang dikenali. Jika saya mengulas lebih lanjut, dia (Asfan) akan memalukan dirinya sendiri. Saya tidak dapat mengulas lanjut terutama kepada umum kerana perkara ini membabitkan keluarga saya.

Terdahulu, ada sumber yang mengatakan Bil bertindak sedemikian kerana tidak tahan dengan sikap Asfan yang tidak mampu menjaga hati kakaknya dengan baik.

Apa sahaja masalahnya, cubalah berbincang secara baik. Kami faham mungkin Bil Azali tidak dapat tahan amarahnya apabila orang yang beliau sayang terluka hatinya tetapi semua masalah itu ada jalan penyelesaiannya. Tak semestinya kena gunakan kekerasan.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...