Written by Bella | December 31st, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Zizie Ezette yang selamat melahirkan bayi kembar lelaki pada jam 5.48 dan 5.50 pagi  Jumaat, di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur. Berita gembira itu dikongsikan oleh Zizie menerusi akaun Instagramnya dimana beliau melahirkan bayi kembarnya melalui kaedah pembedahan dengan berat masing-masing 2.74 dan 2.78 kilogram.

Zizie bukan sahaja seronok bergelar ibu tetapi cukup teruja dengan kehadiran cahaya mata beliau yang lahir sehari sebelum hari jadi beliau iaitu pada hari Sabtu semalam.

A birthday mommy with her two little precious EARLY birthday gifts!! Mommy expected them to arrive today but they came by surprise via emergency C Section yesterday, Friday 29th of December at 5:48am & 5:50am, weighing 2.74 (baby boy1) and 2.78 (baby boy2). Alhamdulillah, both are healthy babies. Terima Kasih yang tak  terhingga kepada semua yang telah mendoakan saya.

Zizie mendirikan rumah tangga bersama ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada tahun 2009. Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat bernama Naila Nurjenna.

Written by Bella | November 23rd, 2017

Disahkan mengandung anak kembar selepas 8 tahun mendirikan rumah tangga bersama suami,Datuk Seri Bung Mokhtar, pelakon Zizie Ezette memberitahu beliau tidak menggunakan sebarang ubat mahupun rawatan kesuburan (IVF) untuk hamil.

Ramai yang mesej saya secara peribadi untuk bertanya petua mengandung daripada saya dan jika saya ada makan ubat subur atau makanan tambahan untuk hamil. Saya tidak keberatan untuk kongsi dengan semua jika benar saya melakukannya. Namun saya hamil secara semula jadi tanpa sebarang rawatan.

Sebelum ini, doktor tidak pernah beritahu saya ada masalah untuk hamil, cuma saya percaya rezeki itu masih belum ada. Kepada sesiapa yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat, saya harap jangan putus asa.

Usia kandungan Zizie kini memasuki tujuh bulan dan kami mendoakan agar proses bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : mStar Online

Written by AbangNara | July 23rd, 2017

Jutaan tahniah diucapkan kepada Zizie Ezette dan Bung Mokhtar atas berita gembira ini. Zizie Ezette telah mengumumkan kehamilannya di Instagram. Pasangan suami isteri ini dijangka menerima cahaya mata kembar pada bulan Disember/Januari ini. Sudah pasti berita ini amat menggembirakan buat Zizie Ezette dan Bung Mokhtar setelah mendirikan rumah tangga pada 18 September 2009.

zizie ezette mengandung

Tulis Zizie Ezette:-

I want to announce my latest productions. They will debut in Dec/Jan. .We’re having twins!!! Pls pray for a smooth and safe pregnancy & healthy babies. We wanted to keep it a secret until we are safely into the second trimester.

Unfortunately, we were denied the privilege to announce this big and special news to you personally and at our own time as some of you may have read in the papers today.
.
Well, it is done. I will continue this journey with a lot of gratitude & positivity. ??? #secondtrimester #twinpregnancy #blessed #grateful

zizie ezette mengandung

Susulan pengumuman ini, para pengikut laman sosial Zizie Ezette telah mengucapkan tahniah dan mendoakan segalanya berjalan lancar buat pelakon ini. Tahniah Zizie dan Bung. Semoga semuanya selamat sehingga hari kelahiran.

Written by Bella | February 22nd, 2016

Baru-baru ini,  suami kepada pelakon Zizie Ezette iaitu Datuk Bung Mokhtar telah menjalani rawatan pemindahan buah pinggang di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

Namun, ada sesetengah pihak mendakwa bahawa Zizie langsung tidak menjaga suaminya itu yang sedang sakit sehingga dilabelkan sebagai isteri tidak bertanggungjawab.

Walaubagaimanapun, Zizie telah memuat naik foto beliau memasak hidangan asam pedas cara Sabah buat suaminya dengan hashtag yang seakan membidas komen orang ramai yang beliau tidak menjaga suami.

Asam pedas Sabah style!  Satu bergaram & bergula, satu lg kurang garam tiada gula.  Faham2 la org baru nk sihat ni semua kena dikurang2kan.  Kasih sayang je yg bertambah.

#jgncakapakakxjagasuami #adabendatakperlulahnakdipost #kalauxpostbukanxsayang #jgncaridosa

Rata-rata pengguna Instagram dalam ruangan komen memuji kebolehan Zizie, isteri kedua Bung Moktar yang berasal dari Semenanjung, memasak hidangan Sabah dan mendoakan kesihatan suaminya.

Apa-apapun harapnya Datuk Bung Mokhtar akan cepat sembuh. InshaAllah.

Sumber Berita: Instagram Zizie Ezette