March 16th, 2020

Meskipun berkahwin dengan seorang ahli politik terkenal dan sentiasa menyokong kerjaya suami tercinta, pelakon Datin Seri Zizie Ezette berkata dia tidak pernah berhasrat untuk menceburi bidang tersebut.

zizie ezette ahli politik

Zizie akui dia tidak mempunyai bakat untuk berucap di khalayak ramai seperti suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Saya tak pandai berucap dan seorang yang gugup. Terus-terang, saya takut bercakap atau berucap depan orang ramai. Kalau saya beri ucapan ringkas dalam majlis yang dihadiri pun, hanya Allah yang tahu bagaimana perasaannya ketika itu.

zizie ezette ahli politik

Saya sedar kebolehan diri. Malah, saya akur tidak memiliki bakat boleh berucap macam suami.

Menurut Zizie, dia kagum dengan kebolehan suaminya yang masih boleh berehat dalam kereta sebelum berucap tetapi kemudiannya tetap bersemangat memberikan ucapan.

Zizie Ezette

Suami saya kalau sebelum nak berucap pun, beliau masih boleh berehat dahulu dalam kereta.

Apabila sampai di majlis yang dihadiri, beliau tetap boleh berucap dengan penuh semangat. Saya tak ada kebolehan dan bakat itu.

zizie ezette ahli politik

Bagaimanapun, Zizie berkata dia tiada masalah untuk melakonkan watak sebagai ahli politik kerana skrip sudah disediakan dan ia hanya tuntutan kerja semata-mata.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Bung Moktar pada 2009. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu kembar Aadam Zac Izette, 3 dan Aaleph Zeke Izette, 3, serta Aalisa Belle Izete, berusia setahun.

Sumber Berita : Harian Metro


One response to “Zizie Ezette Tak Nak Jadi Ahli Politik, Tak Berbakat Macam Suami”

  1. Anonymous says:

    : )

Loading...