June 11th, 2018

Minggu lalu, pelawak Zizan Razak mengakui beliau sudah bersedia untuk berkahwin dan memberikan ‘hint’ calon isterinya dikenali ramai. Sejak daripada itu, ramai yang mengandaikan mungkin sahaja wanita yang dimaksudkan adalah pelakon jelita Mira Filzah yang sering dikaitkan bercinta dengan Zizan.

Mira menerusi portal mStar Online pula mengakui bahawa Zizan adalah lelaki yang paling rapat dengannya.

Kami masih lagi berkawan sampai sekarang, dia (Zizan) antara kawan lelaki yang rapat dengan saya. Nak kata ada ciri-ciri lelaki idaman tu, tak tahu la tetapi saya selesa berkawan dan bergaul dengannya.

Terdahulu, Mira dan Zizan sudah beberapa kali digosipkan sedang menjalin hubungan percintaan kerana sangat mesra bersama. Malah, Zizan pernah juga membalas kenyataan Mira di media sosial dengan ungkapan rasa rindu kepada aktres tersebut. Apa-apa pun, doakan yang terbaik buat mereka, kalau ada jodoh tidak kemana.

Sumber Berita : mStar Online

May 4th, 2016

Sudah lama juga Zizan Razak memberitahu beliau bakal mendirikan rumah tangga dan sudah pun berbincang dengan pihak keluarga perempuan tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya. Mereka cuma sedang mendapatkan tarikh yang sesuai dan majlis perkahwinan tetap akan jadi.

Walaubagaimanapun, peminat mula tertanya-tanya bila agaknya Zizan bakal berkahwin?

Namun, Zizan memberitahu beliau sudah merasa bosan dan letih apabila sering dihimpit dengan soalan berkenaan. Buat Zizan beliau tidak mahu membicarakan perkara yang tidak pasti.

Saya serik berbicara tentang hal ini. Sesuatu yang saya tidak boleh pastikan, tak perlulah saya memberi komen. Paling penting, saya hendak fokus apa-apa yang dah ada depan mata seperti kerjaya atau perniagaan. Itu lebih baik.

Letih sebenarnya nak menjawab soalan ini. Itulah pendekatan terbaik bagi menjelaskan situasi tersebut jika ditanya lagi.

Peminat bukannya hendak memaksa atau sengaja bertanyakan soalan tersebut kepada Zizan, tetapi maaf kami katakan, sebelum ini Zizan juga beria yang memberitahu beliau bakal menamatkan zaman solonya, tetapi masih belum ada perkembangan terkini. Hmmmphh..

Sumber Berita : Utusan Online

January 10th, 2016

Baru sahaja berazam untuk cuba mengelak daripada kontroversi tahun ini, pelawak Zizan Razak dikatakan sedang bercinta dengan pelakon yang statusnya seorang janda beranak dua.

Walaubagaimanapun, Zizan yang tidak cepat melatah dengan gosip itu menafikan perkara itu sekerasnya meskipun mengakui beliau mengenali pelakon berkenaan.

Saya kenal beliau dan adik beradiknya tetapi tidak lebih daripada itu. Rasanya gosip ini sangat-sangat mengarut. Saya rasa lebih baik saya berdiam diri daripada bercakap kerana orang tidak akan habis buat cerita.

Buat Zizan, bergelar selebriti mempunyai risiko tersendiri. Biarpun beliau tidak pernah melakukan sesuatu perkara buruk, pasti akan ada pihak mencari kesalahan dan kelemahan beliau.

Kadang-kadang apabila kita lalu saja depan rumah pelacur, orang boleh ambil gambar dan cakap macam-macam tetapi saya harus sedar, kita ini berada dalam dunia selebriti dan orang mengenali kia. Kita tidak buat pun, orang tetap cuba menjatuhkan dan mencari salah kita.

Saya pula mengaku memang mengenali beliau, tetapi jika henda dikata bercinta, ia memang tidak benar.

Ehmm..tidak banyak yang kami ingin komen mengenai Zizan Razak dan kisah peribadinya. Harapnya selepas ini beliau berjumpa dengan wanita yang sesuai dan kahwin terus.

Sumber Berita: BH PLUS

January 7th, 2016

Sekitar tahun lepas, berita mengenai Zizan Razak hendak berkahwin cukup hangat diperkatakan. Tambahan, pula  seorang  gadis bernama Nur Edora Diyana dikatakan bakal menjadi isteri kepada pelawak tersebut.

Beberapa bulan telah berlalu namun sehingga kini Zizan masih lagi solo dan memberitahu beliau ada mempunyai niat untuk berkahwin tetapi masih belum bertemu dengan calon yang sesuai.

Saya memang sudah lama ada niat untuk berkawin, namun calon sahaja belum ada lagi. InsyaAllah kalau ada jodoh saya akan beritahu dan tidak akan sembunyikan perkara baik itu.

Berbicara mengenai segala kontroversi yang melanda dirinya pada tahun lepas, Zizan menganggap ia satu ujian daripada Allah SWT dan pengalaman itu membuatkan beliau lebih matang.

Ada orang yang memang suka cipta kontroversi tetapi bukan saya, kalau boleh memang saya mahu mengelak daripada perkara tersebut.

Namun, itu semua ujian Allah dan apa yang saya boleh buat ialah belajar daripada pengalaman untuk mengawalnya agar tidak menjadi lebih buruk.

Aik, sebelum ini bukan main lagi beritahu beliau akan berkahwin. Katanya kedua-dua belah keluarga juga sudah berbincang mengenai perkahwinan Zizan dan bakal isterinya. Tup-tup tiada calon lagi untuk berkahwin…Erm..

Sumber Berita: mStar Online