July 23rd, 2020

Mendedahkan dirinya tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon selepas berhijrah dan berhijab sekitar Februari lalu, pelakon Zila Bakarin akui kebanyakan tawaran yang datang mahukan imejnya terdahulu agar bersesuaian watak yang diberikan.

zila bakarin tak ada job

Katanya, nama Zila Bakarin amat sinonim dengan watak antagonis, jadi apabila mengambil keputusan untuk berhijab, tawaran yang diberikan dikhabarkan tidak sesuai dengan imej terbaharunya itu.

“Bila saya cakap saya dah pakai tudung, mereka terus minta maaf tidak dapat memberikan tawaran itu kerana watak tersebut tidak sesuai dengan imej baharu saya.”

Bagaimanapun, Zila masih mampu menzahirkan rasa syukur kerana kini selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, rezekinya dikatakan semakin murah.

“Selepas PKP, alhamdulilah rezeki saya mencurah-curah dan ia datang secara tiba-tiba tanpa diduga.”

Biarpun sebelum ini Zila acap kali dikaitkan antara aktres wanita yang sering berpakaian mencolok mata, namun keputusannya untuk tampil menutup aurat bukanlah paksaan mana-mana pihak malah ia dibuat secara sendiri.

zila bakarin tak ada job

Untuk rekod, Zila telah dilantik sebagai duta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan ketua ikon program Jom Celik Al-Quran hasil kerjasama MAIWP dengan Institut Pengajian al-Quran (IPaQ).

Selain Zila, beberapa artis turut dipilih sebagai ikon program Jom Celik al-Quran antaranya Hazwani Afiqah, Lisdawati, Adam Corrie, Heliza Helmi, dan Ustaz Rushdi Al-Jauhari.

Sumber: Gempak

July 15th, 2020

Sering kali dilihat memegang watak antagonis pabila berada di kaca televisyen. Pelakon seksi Zila Bakarin kini mengakui sudah berhijab dan keinginan tersebut datang sendiri tanpa pendapat atau desakan daripada mana-mana pihak, malah menyatakan perkara tersebut berlaku secara tiba-tiba ketika mahu mengambil anaknya pulang dari sekolah.

zila bakarin bertudung

Menurutnya, semasa mahu keluar daripada rumah, beliau seakan merasakan tiada Seurat benang langsung di badans edangkan ketika itu dirinya memakai pakaian yang agak tebal.

“Saya pergi kat kereta dan tiba-tiba rasa sejuk. Saya ulang alik keluar rumah pun rasa yang sama. Sampailah kali ketiga saya masuk rumah, dan terus terdetik untuk pergi ke laci dan ambik selendang  dan terus pakai.”

Meskipun begitu, Zila turut berkongsi penglibatannya dalam program “Jom Celik Al-Quran” anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ).

zila bakarin bertudung

Ujar Zila, program tersebut merupakan perkara yang tidak dirancang. Hal ini kerana, ia adalah bantuan daripada Adam Corrie, walaupun berasa takut untuk menerima tawaran MAIWP pada mulanya.

Untuk rekod, program ini merupakan salah satu tanggungjawab fardhu kifayah MAIWP dalam memastikan umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan boleh dan mahir membaca Al-Quran sekurang-kurangnya bacaan surah yang menjadi rukun dalam solat.

Sumber: Gempak