“Takkan Saya Nak Halang Pihak Produksi Tayang..” – Babak ‘Berkemban’ 15 Tahun Lalu Kini Di Pawagam, Zila Bakarin Bimbang Dikecam Netizen

Hiburan

“Takkan Saya Nak Halang Pihak Produksi Tayang..” – Babak ‘Berkemban’ 15 Tahun Lalu Kini Di Pawagam, Zila Bakarin Bimbang Dikecam Netizen

Baru-baru ini, filem seram iaitu Syaitan Munafik akhirnya ditayangkan di pagawam selepas 15 tahun pembikinannya.

Tampil berani dengan ‘berkemban’

Namun begitu, pelakon Zila Bakarin meluahkan rasa bimbang selepas babak ‘panas’ dirinya berkemban ditayangkan dalam filem berkenaan.

Advertisement

Kata Zila, babak tersebut sememangnya membimbangkan memandangkan dia kini sudah pun berhijab.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zila Bakarin (@zilabakarinofficial)

Memang benar saya seksi habis dalam filem ini, selamba sahaja berkemban.

Dalam pada itu, aktres tersebut turut sempat meluahkan rasa bimbang dan takut pabila memikirkan reaksi netizen.

Penerbit berhak untuk tayang

Sedar bahawa penayangan filem ini terletak di tangan penerbit dan disebabkan itu, Zila hanya mampu berdoa agar semua pihak memahami situasi itu memandangkan babak ‘panas’ itu dilakonkan semasa dia masih belum berhijab.

Takkanlah saya nak halang produksi menayangkan filem ini hanya kerana imej terkini saya.

Sebelum ini, Zila Bakarin mendedahkan dirinya pernah menolak tawaran berlakon selepas diminta untuk menanggalkan tudung.

Zila
7 months ago

"Kenapa Aku Tak Macam Ni Dulu" - Zila Bakarin Kongsi Cerita Hijrah, Sanggup Tolak 'Job' Berlakon Tanpa Tudung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...