Written by Bella | May 17th, 2016

Pejam celik pejam celik, pasangan Zamarul Hisham dan Diana Rafar rupa-rupanya sudah tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga. Meskipun pernah dilanda badai, kekuatan cinta menyatukan mereka semula dan kini Zamarul dan Diana lebih bahagia.

Bersempena dengan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 7, Zamarul menerusi akaun Instagram beliau meluahkan rasa syukur dengan segala kurniaan. Memang sweet habis lah.

7 years… Happy anniversary!

Setiap ujian dan dugaan yg pernah kita lalui insyaallah menjadikan kita lebih matang dalam kita menghabiskan sisa2 kehidupan kita.. Syukur allah kerana ujian yg kau berikan pada kami menjadikan kami lebih menghargai dan mengenali erti perkahwinan… Luv u @dianarafar lepas ni kalau nak bergaduh cepat2 plaster mulut k… Biar masing2 tak faham apa yg kita cakap… Tak puas hati tulis kat kertas aje….

Hahahaha#anniversary#sayangawakketaketat#life#myprincess#drglow#tambahbaby#lusayanggua#guasayanglu

Semoga jodoh Zamarul Hisham dan Diana Rafar berkekalan sehingga hujung nyawa. Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 7,  siapa tahu mungkin lepas ini ada rezeki untuk tambah anak lagi. Hehehe..

Sumber Berita : Instagram Zamarul Hisham

Written by Bella | March 21st, 2016

Pernah berpisah seketika dan kembali merujuk, kini pasangan Diana Rafar dan Zamarul Hisham lebih matang dalam menjaga hubungan mereka suami isteri dan rumah tangga yang dibina.

Buat Diana, beliau kini enggan terlalu memikirkan sesuatu perkara sehingga merasa tertekan dan menjejaskan emosinya. Malah beliau kini lebih mempercayai suaminya berbanding dahulu.

Selepas apa yang berlaku, baru saya sedar jangan terlalu fokus kepada sesuatu perkara sehingga memudaratkan diri. Paling penting jangan ambil keputusan ikut emosi semata-mata.

Sejujurnya, dahulu saya sebegitu. Kini, baik saya mahupun suami, kami lebih tenang. Kami tidak lagi bersikap terlalu mengejar sesuatu perkara, sebaliknya mengikut saja aturan ditetapkan.

Malah, saya lebih percayakan suami berbanding dulu terutama jika dia ada penggambaran. Tidak ada lagi istilah suami perlu melaporkan aktiviti hariannya.

Mempunyai seorang anak lelaki bernama Kashfi Haiqal yang kini sudah berusia enam tahun, Diana merencana untuk menambah lagi cahaya mata bersama Zamarul.

Dulu saya selalu bertangguh soal ini. Sekarang saya perlu reda apabila Allah belum memberikan rezeki tatkala saya betul-betul inginkannya. Saya rindu detik ada anak kecil. Pada usia Kash sekarang memang sesuai untuk saya dan suami menambah anak. Apatah lagi, umur kami juga semakin meningkat.

Kami mendoakan agar Diana Rafar dan Zamarul Hisham kekal bahagia sehingga akhir hayat. Mana lah tahu selepas ini hasrat Diana untuk hamil lagi akan menjadi kenyataan. Erm, bertambah berseri lagi lah rumah tangga mereka. Hehe.. InshaAllah.

Sumber Berita : Harian Metro

 

Written by Bella | January 18th, 2016

Pernah satu ketika rumah tangga Zamarul Hisham dan Diana Rafar dilanda badai sehingga merobohkan rumah tangga yang dibina. Namun, kekuatan cinta dan kasih sayang membuatkan pasangan ini kembali rujuk semula.

Sejak daripada saat itu, Zamarul mengakui kehidupannya kini bersama keluarga lebih bahagia daripada sebelumnya. Buat Zamarul, tiada apa lagi yang beliau inginkan selain menjaga “harta” yang sangat berharga buat dirinya.

Terus terang cakap, sekarang ini tiada apa yang diinginkan lagi selain menjaga harta yang saya ada sekarang iaitu keluarga tercinta. Bila orang yang disayangi gembira, sekali gus hati kita juga turut gembira dan tidak dinafikan setiap apa yang dilakukan berjalan lancar.

Tambah Zamarul, beliau setiap hari ingin menjadi insan yang lebih baik dan belajar daripada perpisahan yang lalu. Apa yang berlaku pada rumah tangganya sebelum ini adalah satu ujian buat beliau untuk lebih kuat dan mengajar beliau untuk menjadi seorang  ketua keluarga yang baik.

Apa yang berlaku dalam rumah tangga saya sebelum ini adalah ujian daripada Allah kerana apa yang datang daripada-NYA memang tidak dapat diduga. Rumah tangga ini ibarat sebuah kapal, ada ketikanya belayar di air tenang dan ada waktunya dilambung ombak.

Apa yang dapat saya pelajari daripada perpisahan sebelum ini ialah kita perlu menghargai apa yang ada dan jagalah ia sebaik mungkin kerana dalam sebuah rumah tangga perlu ada sikap tolak ansur dan percaya antara satu sama lain. Apa-apa hal yang berlaku, mesti dibawa berbincang dan selesaikan segera .

Memang jelas Zamarul Hisham dan Diana Rafar tampak lebih bahagia sekarang. Dalam rumah tangga ini, sikap sabar dan toleransi adalah kunci utama agar ia kekal sehingga ke akhir hayat. Janganlah terlalu ego, kerana jika nasi sudah menjadi bubur bukan senang untuk bina semula hubungan yang hancur.

Sumber Berita: Utusan Online

Written by Bella | September 11th, 2015

Apabila berita mengenai rumah tangga Linda Rafar dan Syed Aiman yang kini sedang bergolak tersebar, ramai yang ingin mengetahui kisah sebenar disebaliknya dan ada juga yang meminta pendapat daripada ipar Linda sendiri iaitu Zamarul Hisham yang sebelum ini pernah rumah tangganya retak sehingga bercerai tetapi beliau berjaya menyelamatkannya semula dan akhirnya bersatu kembali bersama Diana Rafar.

Mengakui beliau sendiri merasa terkejut apabila mengetahui tentang permasalahan antara Linda dan Syed Aiman, Zamarul bagaimanapun tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga iparnya itu.

Saya tak boleh nak komen apa-apa. Saya sendiri pun tak sempurna kerana saya dahulunya pernah mengalami masalah ini. Bila timbul cerita ini saya memang terkejut, dan tertanya-tanya kenapa.

Masih belum mendapat khabar daripada mereka berdua dan saya tunggu sahaja mereka buka mulut sendiri. Bagi saya tak perlu untuk mencampuri urusan mereka walhal masalah saya sendiri pun baru selesai. Saya tak berani nak bagi nasihat ke apa, kita tunggu sahaja daripada mereka.

Buat Zamarul, setiap yang berlaku antara Linda dan Syed Aiman pasti ada sebabnya tersendiri dan beliau berharap agar pasangan itu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi serta berbaik semula nanti.

Setiap apa yang berlaku mungkin ada alasannya yang tersendiri. Ada perkara yang boleh dikongsikan dan yang tidak boleh dikongsikan. Saya pernah lalui semua perkara itu dan saya berdoa dan berharap mereka akan berbaik semula.

Walaupun sebagai orang terdekat kepada Linda Rafar dan Syed Aiman, keputusan Zamarul Hisham untuk tidak mencampuri hal mereka suami isteri adalah satu langkah yang baik. Ini kerana, orang luar tidak tahu mengenai masalah sebenar mereka dan khuatir pendapat mereka akan menambahkan lagi masalah yang dihadapi.

Sumber Berita: Rotikaya