“Basuh Bersih-Bersih Ok, Tak Basuh Pun Tak Apa I Suka” – Dialog ‘Double-Meaning’ Zamarul Hisham Buat Netizen Geli

Hiburan

“Basuh Bersih-Bersih Ok, Tak Basuh Pun Tak Apa I Suka” – Dialog ‘Double-Meaning’ Zamarul Hisham Buat Netizen Geli

Menjijikkan, antara kritikan yang dilontarkan netizen berkenaan satu babak dalam drama popular, Tiada Maaf Buatmu yang dilakonkan oleh aktor Zamarul Hisham dan juga aktres Zahirah Macwilson.

Zamarul yang memegang peranan sebagai Datuk Mazlan itu mempunyai perwatakan miang difahamkan telah melontarkan beberapa dialog yang mempunyai unsur ‘double-meaning’ kepada Zahirah.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Pergi basuh bersih-bersih ok, tak basuh pun tak apa I suka.

Dalam babak tersebut, Zamarul dilihat sedang membuka ikatan tangan dan kaki Zahirah yang membawa watak sebagai Aina Cempaka sebelum meminta izin untuk ke tandas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geli dengan apa yang diungkapkan oleh Zamarul dan ada juga yang memuji lakonan mantap suami kepada pelakon Diana Rafar itu.

Geli…meremang bulu roma weh..

Menjadi betul lakonan pelakon legend Zamarul ni..geram rasa.

Drama Tiada Maaf Bagimu yang ditayangkan di saluran Astro Ria pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam itu turut menampilkan pelakon hebat yang lain seperti Aiman Hakim Ridza, Wan Raja, Datuk Jalaludin Hassan dan ramai lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

caprice
2 years ago

"Saman 30 Juta" - Kena 'Cuit' Di Tweet Pasaraya Mydin, Caprice Gesa Permohonan Maaf & Nak Saman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...