Written by Bella | November 13th, 2017

Kontroversi Kamal Adli dan Zahirah Macwilson betul-betul memberikan tekanan terhadap percintaan Emma dan Kamal. Sudah empat tahun rapat dan bercinta, ramai yang ingin melihat pasangan ini berakhir ke jenjang pelamin.

Namun, segalanya agak rumit sekarang dan Emma memberitahu lebih baik untuk mereka berkawan dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan takdir.

Saya rasa lebih baik kami berkawan. Seperti yang pernah saya nyatakan dulu, antara kami biar jodoh yang tentukan. Walaupun kelak Kamal bukan suami mahupun kekasih saya, tetapi saya tidak akan kehilangan dia kerana kami masih boleh terus berkawan. Saya sendiri senang begitu. Malah umum menyedari saya tidak pernah bermusuh atau memutuskan hubungan dengan semua bekas kekasih saya termasuk Zizan Razak.

Mengakui hubungan mereka sudah tidak seperti dahulu lagi, Emma dan Kamal bagaimanapun masih lagi berhubung, bertemu dan meluahkan segala perasaan dalam hati masing-masing.

Kami tidak seperti sewaktu sedang hangat bercinta yang setiap pagi akan membuat panggilan dan bergayut. Sekarang ini sebagai kawan kami akan berhubung bertanya khabar andai perlu saja. Begitupun, sebagai kawan bagaimana saya sering meluahkan perasaan saya pada Kamal begitu juga dengan Kamal turut melakukan perkara sama. Kami berdua tidak punya halangan walaupun hubungan tidak seperti dulu.

Hanya Emma dan Kamal sahaja mengetahui apa yang berlaku sebenarnya disebalik kontroversi yang hangat diperkatakan. Soal hati ini memang agak rumit dan hubungan mana juga yang tidak akan dilanda ujian. Doakan yang terbaik buat Kamal dan Emma.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | November 6th, 2017

Setelah lama berdiam diri, Zul Ariffin baru-baru ini tampil memberitahu beliau tidak menerima apa-apa penjelasan daripada kekasihnya Zahirah Macwilson tentang kontroversi percintaan Kamal Adli dan Emma Maembong dimana Zahirah dikatakan sebagai orang ketiga punca hubungan pasangan tersebut berantakan.

Tidak lama selepas Zul membuat kenyataan tersebut, Zahirah menerusi Insta Story dilihat memuat naik luahan penuh kekecewaan dan terluka dengan seseorang sedangkan beliau kini sedang melalui saat-saat sukar dalam hidupnya dan memerlukan orang tersayang untuk terus menyokongnya.

Zahirah juga turut memuat naik foto dengan kata-kata berbunyi “Though I saw it coming, its still hurts.” Adakah segala luahan tersebut ditujukan kepada Zul?

Bersabarlah Zahirah, setiap perhubungan pasti akan ada sedikit dugaan dan salah faham.  Seperti yang Zul katakan beliau masih keliru dengan apa yang berlaku. Mungkin anda berdua harus duduk berbincang sama-sama sekali lagi agar masalah ini dapat diselesaikan.

Written by Bella | November 5th, 2017

Tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kemelut antara Kamal Adli, Emma Maembong dan Zahirah Macwilson, pelakon Zul Ariffin menerusi portal mStar Online akhirnya bersuara dan memberitahu tiada seorang pun yang terlibat dengan kontroversi tersebut menjelaskan perkara sebenar kepadanya termasuklah daripada kekasihnya Zahirah.

Namun, Zul akui beliau ada bertemu dengan Kamal, Emma dan Zahirah tetapi beliau masih keliru serta tertanya apakah yang sebenarnya mereka bertiga mahukan? Adakah ini satu cara untuk mereka meraih publisiti murahan?

Saya susah nak gelarkan isu ini gosip atau masalah, tapi kalau bercakap tentang isu ini saya masih tidak okey. Saya tidak tahu apa-apa tentang isu ini dan kena tunggu dia (Zahirah) balik dari Bosnia untuk selesaikannya. Saya sendiri tidak tahu apa cerita ini sebenarnya kerana saya tidak diberitahu secara jelas.

Saya juga tahu seperti yang dilaporkan media, seperti yang Zahirah ceritakan kepada saya. Cuma saya ingin bertanya kepada mereka bertiga apa yang ‘korang’ buat? Adakah ini untuk drama yang mereka lakonkan atau untuk publisiti atau untuk menang contest, this is for what?

Ya, saya berjumpa mereka bertiga dan saya hanya mendengar dan jadi saksi sahaja.  Kepada tiga-tiga orang ini saya nak berpesan dan ucapkan terima kasih dan buatlah apa korang nak buat. Saya hanya nak teruskan hidup seperti biasa.

Zul akui sebagai kekasih Zahirah, beliau turut terkena tempias kontroversi tersebut yang memberikan kesan terhadap kerjaya beliau dan mengganggu promosi filem dan drama lakonannya.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | November 2nd, 2017

Berjaya dinobatkan sebagai juara Super Spontan Superstar 2017 dan memecah tradisi dimana kali pertama seorang pelakon memenangi pertandingan tersebut, Kamal Adli bagaimanapun memberitahu beliau belum bersedia untuk bergelar pelawak.

Saya masih pelakon biasa seperti dahulu. Bezanya, sudah tertulis rezeki saya untuk memenangi SSS2017 dan menewaskan pelawak-pelawak yang ada. Seperti pelakon lain, saya masih meneliti skrip dan jalan cerita sesebuah naskah sebelum menerima sesuatu tawaran.

Tak kisahlah jika karya itu berbentuk serius, lawak atau seram, saya akan menerimanya jika jalan ceritanya bagus.

Kamal pada masa yang sama, menyifatkan kemenangannya itu adalah pengubat luka dan masalah kepada segala kontroversi serta dugaan percintaan bersama Emma Maembong, yang melanda beliau beberapa hari sebelum final Super Spontan Superstar 2017.  Malah, Kamal  yang  berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dalam satu kenyataan kepada pihak media sebelum ini  akui mungkin ia sebagai petanda sudah tiba masanya untuk beliau memikirkan soal perkahwinan bersama Emma.

Sumber Berita : Astro Gempak