Written by Bella | November 2nd, 2017

Berjaya dinobatkan sebagai juara Super Spontan Superstar 2017 dan memecah tradisi dimana kali pertama seorang pelakon memenangi pertandingan tersebut, Kamal Adli bagaimanapun memberitahu beliau belum bersedia untuk bergelar pelawak.

Saya masih pelakon biasa seperti dahulu. Bezanya, sudah tertulis rezeki saya untuk memenangi SSS2017 dan menewaskan pelawak-pelawak yang ada. Seperti pelakon lain, saya masih meneliti skrip dan jalan cerita sesebuah naskah sebelum menerima sesuatu tawaran.

Tak kisahlah jika karya itu berbentuk serius, lawak atau seram, saya akan menerimanya jika jalan ceritanya bagus.

Kamal pada masa yang sama, menyifatkan kemenangannya itu adalah pengubat luka dan masalah kepada segala kontroversi serta dugaan percintaan bersama Emma Maembong, yang melanda beliau beberapa hari sebelum final Super Spontan Superstar 2017.  Malah, Kamal  yang  berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dalam satu kenyataan kepada pihak media sebelum ini  akui mungkin ia sebagai petanda sudah tiba masanya untuk beliau memikirkan soal perkahwinan bersama Emma.

Sumber Berita : Astro Gempak

17 responses to Menang Super Spontan Superstar 2017 : Kamal Adli Belum Mahu Jadi Pelawak

  1. Anonymous says:

    nilai seseorang pelawak bukan terletak pada kelucuannya diatas stage.
    nilai sebenar terletak di nilai, negeri sembilan!

    21

    0
    • abe sado bela jambang says:

      pelawak tu pun pelakon jugak.. cuma pelawak tu dia ilmu lawak dan dia apply dalam lakonan.. yang sebetulnya kamal adli memecah tradisi apa tau.. dialah juara hero remaja yang pertama memenangi pertandingan lawak.. muka handsome badan sado pun ada sense of humour okay bukannya serius muka ketat je memanjang..

      13

      0
  2. Anonymous says:

    kawin je lah dgn emma…ko tunggu apa lagi???

    7

    1
  3. Anonymous says:

    cipet emma berair lagi berlendir tengok cek 100 ribu…terus maafkan si mamat perasan hot ni.

    3

    7
  4. Anonymous says:

    Cerita cinta kamal ni sama je mcm cerita cinta shahir versi x sama sikit.. cinta berantakkn..adakh ini hanya gimik atau kontrovesi ciptaan astro???

    .

    6

    0
  5. haha says:

    senyap trus citer si joyah dn hapit kan.

    1

    0
  6. nok gebuzzz says:

    mmg ptt pon dia menang…drpd yg lain tu asik org yg sama…bosan,kamal pon mmg kelakar dan bukan pelakon kayu yg selalu diperkatakan tu.

    10

    0
    • wekkkkkkk says:

      kalau buat lawak ada geng boleh la Kamal ni, kalau seorang rasanya…no idea, sbb dia ni lmbt tgkp ayat dan lambat kuar kenyatan…mcm gagap je.

      2

      0
  7. Anonymous says:

    boring..next????

    1

    1
  8. melati says:

    Boss , ASTRO terbaca Beautifulnara tu…ASTRO dh nyesal sebab tu dia ikut kehendak penonton sapa yg layak menang ” Kamal Adil” …tapi yg memalukan si Achey yg terjerit2 cam gampang & Attention seeker tu tiap2 tahun masuk Akhitr jew tapi tk menang apa2 pun….Pilem Abg Long Fadhil 2..org tk tgk pun sebab ada Achey tu..!! malang si Achey ni, kalau lah saya jadi Achey dh lama saya terjun KLCC ..!!!!! memang memalukan terjerit2 nk dpt perhatian last2 habok pun tarak, nasib baik ada Abam jew…hmmmmm

    0

    4

Leave a Comment

Optional