Written by serenity | February 18th, 2016

Bakal bernikah dengan seorang lelaki yang muda 10 tahun darinya, Yatt Hamzah, 36, pernah menafikan punca perceraian dengan bekas suami, Abdul Mutalib ialah orang ketiga yang menjalinkan hubungan dengannya. 

Bagaimanapun, bekas suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 36, tampil kepada Berita Harian Online menyatakan sebaliknya:

Mengenai bakal suami Yatt yang didakwa sebagai ‘orang ketiga’ dalam khabar angin perceraian kami, saya sama sekali tidak menafikannya.

Bagaimanapun, saya sudah lama memaafkan mereka. Saya mendoakan yang baik-baik untuk mereka.

Saya rasa berdosa mengiyakan secara langsung dengan menidakkan kebenaran yang nyata. Saya seperti bersubahat menipu masyarakat. Cukuplah komen saya mengenai hal ini.

Abdul Mutalib menambah yang dia tidak terkejut dengan berita perkahwinan Yatt dengan Mohammad Zulfadhli yang merupakan seorang jurugambar.

Seperti yang dijangka, saya tidak terperanjat dan terima berita itu dengan hati terbuka. Saya berdoa segala-gala dirancang berjalan lancar dan jodoh baharu Yatt kekal.

Saya juga berharap Yatt hormat, jujur dan taat kepada suami baharunya dan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada anak kami, Suci Hanania Malikka.

Pasangan ini bernikah pada tahun 2009 dan bercerai tahun lepas.

Yatt dijangka bernikah dengan Mohammad Zulfadhli pada jam 8 pagi di sebuah masjid di Shah Alam pada 27 Februari ini. Dia juga khabarnya tidak akan melangsungkan majlis persandingan, hanya menganjurkan jamuan makan sempena hari jadi Suci Hanania yang genap enam tahun pada hari sama.

Assalammualaikum selamat pagi semua..apa Khabar..harap2 semuanya sihat sejahtera..󾰀󾁅󾁍󾁆󾀿󾀼󾁁󾁀󾀽Homemade Kuah Kacang @ Kuah…

Posted by Nachos Cheese Powder on Monday, 15 February 2016

Written by AbangNara | April 6th, 2012

Kalau anda menonton rancangan Wanita Hari Ini pagi tadi, pastinya anda akan teruja melihat penampilan baru Yatt Hamzah. Yatt telah membuat keputusan untuk berhijrah dan memakai tudung. Abang Nara tak sempat tengok tetapi daripada apa yang dikatakan oleh rakan-rakan, Yatt memang gorgeous bertudung.

yatt hamzah kini bertudung

Untuk maklumat, Yatt atau nama penuhnya Haryati Hamzah telah pun berkahwin pada tahun 2009. Kalau tak silap Abang Nara, Yatt dan suami telah pun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat cute yang diberi nama Suci Hanania Malika.

anak yatt

Apa pun tahniah Abang Nara ucapkan kepada Yatt yang telah mengambil keputusan untuk berhijrah memakai tudung. Semoga terus istiqamah dengan penampilan baru ini.

Written by AbangNara | April 1st, 2009

gambar kawin yatt

Pertama kali tengok gambar perkahwinan Yatt atau nama penuhnya Haryati Hamzah, terkagum kami sebentar sebab lawa betul hiasan bilik pengantinnya. Sempoi tapi cukup untuk membangkitkan ghairah asmara(ayat skema tak boleh blah).

Tapi kesian pulak kat si pengantin perempuan. Kami lebih banyak memfokuskan kepada kecantikan hiasan di bilik pengantin bukannya kepada keanggunan pengantin. Bukan apa, teringin nak tiru teknik hiasan bilik macam si Yatt ini bila nak kawin nanti.

Apa pun tahniah buat Yatt atas pernikahannya. Nampaknya tahun 2009 ini adalah tahun artis-artis berkahwin dan beranak.

Written by AbangNara | March 19th, 2009

gambar bakal suami yatt

Bila dengar info yang mengatakan bakal suami Yatt adalah pengurus Sports Planet Ampang, terus terdetik di hati kami yang si Yatt nie pun jenis awek main futsal. Ala-ala Gol dan Gincu gitu.

Tengok badan yang ramping dan muka bertenaga, memang ada gayanya si Yatt nie layan futsal setiap hujung minggu. Mungkin bakal suami Yatt tergoda dengan keayuan Yatt menendang bola. Atau mungkin si Yatt banyak terkangkang akibat tergolek semasa bermain futsal. Hehehe.

Lagi gambar bakal suami Yatt, pengurus Sports Planet Ampang dengan membaca artikel ini sepenuhnya.