July 13th, 2018

Beberapa hari lalu, ikon fesyen Wak Doyok sekali lagi dituduh menipu kerana menggelarkan usahawan Asyraff Mazlan sebagai pembantu peribadinya sedangkan lelaki itu sebenarnya adalah rakan kongsinya. Malah, Asyraff tampil dengan pelbagai bukti mengatakan beliau mempunyai saham terbesar dalan jenama Wak Doyok.

Pelbagai kecaman juga yang diterima oleh Wak, terbaru beliau telah tampil menjelaskan isu sebenar. Wak masih belum gila lagi untuk membiarkan orang lain mengambil kesempatan dan merampas setiap hasil titik peluh dan usahanya untuk membangunkan jenamanya sejak tiga tahun lalu.

Walaupun kesal dan terasa  ditikam dari belakang oleh Asyraff yang sudah dianggap sebagai adik kandungnya sendiri, Wak tetap mahu ingin cuba menyelesaikan kemelut antara mereka berdua secara aman.


Pergaduhan serta pendedahan di media sosial hanya memburukkan lagi keadaan dan membuatkan orang ramai terus berspekulasi. Ada baiknya untuk bertemu secara empat mata dan selesaikan segala masalah yang dihadapi dengan cara yang matang.

July 11th, 2018

Sejak kebelakangan ini Wak Doyok hangat diperkatakan, sudah beberapa kali netizen mendakwa dia menipu dan membongkarkan penipuannya itu di media sosial.

Terbaru, Wak didakwa menipu lagi tentang jawatan sebenar usahawan Asyraff Mazlan yang pernah dikaitkan bercinta dengan Elfira Loy sebelum ini. Menerusi akaun Instagramnya, Wak memuat naik fotonya bersama Asyraff dan memberitahu lelaki itu sudah tidak lagi berkhidmat sebagai pembantu peribadinya.

Walaubagaimanapun, kenyataan Wak itu tidak benar sama sekali, menurut netizen yang menjalankan ‘siasatan’ mereka, Asyraff merupakan pemegang saham terbesar dalam perniagaan jenama Wak Doyok.

Bukan cakap kosong semata-mata, Asyraff turut menyertakan beberapa bukti sah bahawa dia adalah pemegang saham terbesar dalam perniagaan produk Wak bersama-sama Datuk Seri Aliff Syukri. Bukan itu sahaja, Asyraff juga merupakan pemegang sahar majoriti Empire AMWD Sdn Bhd.

Dalam perniagaan pasti akan timbul isu sebegini, mungkin juga ia berpunca daripada salah faham kedua-dua pihak.  Apa-apa pun, kami harap mereka berdua dapat menyelesaikan masalah ini dengan cara yang baik.