Written by Bella | February 13th, 2017

Selepas beberapa tahun bergelar duda, kini pelakon tampan, Datuk Eizlan Yusof sudah bersedia untuk bercinta dan berkahwin semula.

Saya mengakui sudah membuka pintu hati mengenali wanita lain untuk dijadikan sebagai isteri tetapi buat masa sekarang tidak ada apa yang boleh dikongsikan. Insya Allah, sekiranya sudah sampai masa yang sesuai, saya akan kongsikan khabar gembira bersama peminat.

Eizlan mengakui beliau kini sedang mengenali hati budi seseorang tetapi beliau buat masa ini hanya menjalinkan hubungan sebagai kawan sahaja.

Memang saya sedang mengenali seseorang tetapi tidak secara serius kerana kami hanya berkawan. Jika ada berita baik kelak saya akan beritahu anda semua.

Sebelum ini, Eizlan pernah mendirikan rumah tangga bersama Vie Shantie Khan dan bercerai pada tahun 2015 selepas lapan tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu iaitu Vie Zaara, 8, Zareef Yusof, 6, dan Vie Zaalia, 2 tahun.

Sumber Berita : Kosmo Online

Written by Bella | January 2nd, 2017

Kisah mengenai status percintaan bekas isteri Datuk Eizlan Yusof, Vie Shantie Khan sering menjadi topik hangat di media sosial dan akhbar.  Vie pernah dikatakan intim dengan pelawak Zizan Razak tetapi kedua-duanya memberikan kenyataan mereka sekadar teman biasa.

Meskipun gosip beliau dengan Zizan belum reda, timbul pula dakwaan terbaru mengatakan Vie sebenarnya sudah kahwin secara senyap dengan seorang VIP. Berita itu dilaporkan oleh Mary Jane menerusi portal Utusan Online.

Menurut Mary Jane, mereka baru sahaja bernikah dan apa yang mengejutkan lagi ialah Vie didakwa hidup bermadu.

Suami beliau juga sebenarnya pernah muncul dibahagian hujung video klip lagu Sedetik Lebih nyanyian Vie yang dimuat naik di laman YouTube.

Walaubagaimanapun, kesahihan berita ini tidaklah kami ketahui. Namun, jika benar kami mengucapkan tahniah buat Vie Shantie Khan dan berharap beliau dapat tampil menjelaskan perkara sebenar agar tiada pihak yang menimbulkan pelbagai cerita.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | December 22nd, 2016

Umum mengetahui pengacara dan pelakon, Neelofa berkawan baik dengan bekas isteri Datuk Eizlan Yusof, Vie Shantie Khan. Malah, mereka  menunaikan ibadah haji bersama-sama sebelum ini.

Namun, ada khabar angin mengatakan hubungan mereka kini dingin gara-gara penghasilan “koleksi solat”. Menurut beberapa sumber, idea asal tersebut adalah dari Vie sendiri tetapi Neelofa terlebih dahulu mengeluarkan pakaian muslimah tersebut.

Walaubagaimanapun, Neelofa memberitahu hubungan beliau dan Vie masih lagi seperti dahulu dan pernah berjumpa dalam sebuah acara baru-baru ini.

Hubungan kami masih seperti biasa dan macam sedia kala. Baru-baru ini, kami berjumpa dalam sebuah jamuan makan dianjurkan jemaah haji yang turut serta dengan kami dulu. Kami memang tiada masalah. Malahan saat bermesej, saya sendiri gemar menyebut perkataan ‘I Miss You’ selain mengajaknya keluar berjumpa.

Mengenai isu dimana beliau tidak hadir ketika Vie melancarkan koleksi berkenaan, Neelofa mejelaskan beliau tidak berada didalam mood yang baik dan sudah memaklumkan perkara itu kepada Vie.

Neelofa pada masa yang sama memberitahu tiada isu tiru-meniru yang wujud seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak.

Tidak wujud istilah tiru-meniru mahupun ‘caras-mencaras’ dalam hal berkenaan.  Memang orang luar yang memberikan tafsiran negatif. Di Makkah lagi, kami sudah tahu mengenai perancangan mengeluarkan koleksi ‘mesra solat’.  Ikutkan, sebelum mengerjakan haji lagi, kami berdua sudah merancang untuk melakukan hal sama, tetapi secara berasingan.

Vie ketika dihubungi BH ONLINE juga berkata beliau masih baik dengan Neelofa dan segala spekulasi yang berlaku adalah kerana orang luar yang suka menokok tambah cerita tanpa mengetahui hal sebenar.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | September 15th, 2016

Sering merasa rindu dan memerlukan kasih sayang anak-anaknya, Datuk Eizlan Yusof merasa syukur kerana bekas isterinya, Vie Shantie Khan tidak pernah menghalang anak-anak mereka untuk bertemu dengannya.

Alhamdulillah Vie tidak pernah meletakkan sebarang had. Saya percaya Vie faham anak-anak juga memerlukan kasih sayang seorang bapa.

Justeru, dia tiada masalah sekiranya saya mahu bertemu atau membawa anak-anak tinggal bersama pada bila-bila masa.

Menurut Eizlan, jadual kerja yang padat sebagai seorang pelakon dan usahawan bukanlah alasan untuk beliau tidak meluangkan masa dengan anak-anaknya.

Siapa yang mengikuti perkembangan saya di laman Instagram, pasti tahu saya kerap habiskan masa bersama anak-anak.

Bagi saya, walaupun sibuk dengan rutin kerja yang tidak menentu, anak-anak tetap menjadi keutamaan. Selalunya saya dan anak-anak akan berbincang ke mana kami mahu pergi.

Buat masa ini, Eizlan dan tiga orang anaknya tinggal bersama kerana Vie kini sedang mengerjakan ibadah haji.

Seronok juga kami melihat telatah Eizlan Yusof bersama anak-anaknya menerusi video yang dimuat naik di Instagram. Alhamdullillah, bekas isterinya memahami hasrat Eizlan dan anak-anaknya. Penceraian sebenarnya bukan satu penghalang untuk anak-anak tidak mendapat kasih sayang daripada ibu atau bapa mereka. Ia bergantung kepada bagaimana cara bekas suami dan isteri itu sendiri menangani masalah mereka tanpa melibatkan anak-anak.

Sumber Berita : Harian Metro