Bekas Isteri Datuk Eizlan Yusof Vie Shantie Khan Sudah Berkahwin Dengan VIP, Jadi Isteri Kedua?

Hiburan

Bekas Isteri Datuk Eizlan Yusof Vie Shantie Khan Sudah Berkahwin Dengan VIP, Jadi Isteri Kedua?

Terdahulu, bekas isteri Datuk Eizlan Yusof iaitu Vie Shantie Khan pernah digosipkan bercinta dengan Zizan Razak, namun beliau menafikan perkara itu dan menegaskan kemesraan mereka berdua tidak lebih daripada seorang rakan sahaja.

Advertisement

Hari ini, kami menerima satu kiriman e-mail yang memberitahu Vie sebenarnya sudah lama mendirikan rumah tangga secara senyap dengan seorang VIP berasal dari Sabah yang juga seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dibawah kepimpinan kerajaan sebelum ini. Malah, Vie juga pernah turun padang menemani suaminya itu untuk berkempen pada PRU 14 yang lalu.

Lebih mengejutkan lagi, mereka sebenarnya sudah bernikah kira-kira setahun yang lalu dan katanya Vie adalah isteri kedua dan hidup bermadu.

Sejauh mana kesahihan berita ini tidaklah kami ketahui. Jika benar beliau sudah berkahwin, kami ingin ucapkan tahniah kepada Vie dan harapnya beliau sudi memberikan kenyataan agar berita ini tidak menimbulkan fitnah ataupun spekulasi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...