May 30th, 2018

Selepas dihimpit kontroversi serta pelbagai spekulasi liar mengenai video lucah didakwa miliknya yang menjadi perbualan hangat netizen, pelakon Syafiq Kyle akhirnya tampil bertemu pihak media untuk berbicara mengenai isu hangat itu.

Mungkin ramai yang mengharapkan penjelasan daripada Syafiq, namun malangnya aktor itu membiarkan spekulasi itu terus tergantung tanpa penyelesaian  apabila memilih untuk tidak mengesahkan atau menidakkan segala dakwaan yang telah timbul dan membiarkan masyarakat membuat kesimpulan mereka sendiri.

Sama ada saya atau tidak tetap akan ada pandangan yang berlainan dan saya adalah insan yang bertanggungjawab untuk memanjangkan atau pendekkan isu ini. Saya pilih menghentikannya di sini dan meneruskan kehidupan. Bagi saya, biarlah orang nak cakap itu saya atau bukan. Saya juga menghargai dugaan ini sebagai perkara yang mematangkan saya.

Dua tahun lalu saya sudah menghidu tentang video tersebut ada yang jumpa saya beritahu mereka sudah melihatnya. Saya tertanya-tanya video apa yang dimaksudkan sehinggalah ia tersebar dua hari lalu. Sejujurnya saya tidak mahu tengok video-video itu sejak ia tular dan dikongsikan di media sosial.

Ditanya siapakah wanita bernama Mira yang turut terlibat dalam rakaman video lucah berkenaan, Syafiq memberitahu beliau mungkin pernah mengenali wanita itu, tetapi beliau memilih untuk tidak memberikan sebarang komen lanjut mengenainya.

Terdahulu, video lucah Syafiq  sedang beronani mula tersebar dengan meluas di laman sosial Twitter dan beberapa individu dikatakan telah menjual video berdurasi 7 minit 21 saat itu dengan harga RM 20. Kemudian, ada pula individu yang dikenali sebagai Faizi Khairuddin memaparkan mesej kononnya Syafiq merayu meminta dia memadam video tersebut dan turut menunjukkan seakan beliau dan Syafiq mempunyai “hubungan” berdasarkan bait-bait ayat yang ditulis oleh Syafiq.

Sumber Berita : mStar Online

May 29th, 2018

Selepas pendedahan perbualan yang kononnya Syafiq Kyle merayu agar Faizi Khairudin memadam beberapa video didakwa miliknya, kini ada pula berita terbaru mengatakan segala tindakan Faizi yang membuka aib pelakon itu adalah bermotifkan dendam.

Menerusi Insta Stories Faizi,  dia seakan mengiyakan pertanyaan jika tindakannya  itu seperti mahu membalas dendam ketika membalas komen seorang individu menerusi Direct Message.

Faizi menerusi akaun Twitter sebelum  ini ada menyebarkan video lucah Syafiq sebelum ia dipadam kerana mendapat kecaman daripada netizen.


Namun, ada yang mempercayai perbualan Syafiq yang merayu itu sebenarnya palsu dan disunting semata-mata kerana ingin menjatuhkan maruahnya.

Terdahulu, video lucah Syafiq  sedang beronani mula tersebar dengan meluas di laman sosial Twitter dan beberapa individu dikatakan telah menjual video berdurasi 7 minit 21 saat itu dengan harga RM 20.

Bagaimanapun, setakat ini Syafiq masih bertindak untuk berdiam diri daripada memberikan sebarang penjelasan berhubung isu tersebut.

Sumber Berita : mStar Online

May 29th, 2018

Belum reda dengan kontroversi video lucah yang didakwa miliknya, pelakon Syafiq Kyle sekali lagi menjadi topik hangat dikalangan netizen apabila seorang lelaki dikenali sebagai Faizi Khairudin mendedahkan “rayuan” Syafiq yang meminta dia memadam beberapa video.

Foto perbualan itu menimbulkan pelbagai spekulasi liar kerana ia kelihatan sangat pelik dengan ayat-ayat seakan aktor itu meluahkan perasaan kasih dan sayang kepada Faizi. Siapa agaknya Faizi dalam kehidupan Syafiq?

Walaubagaimanapun, kami tidak pasti jika perbualan tersebut ada kena mengena dengan isu video lucah yang tersebar. Mungkin juga ada pihak sengaja mewujudkan akaun Instagram palsu atas nama Syafiq dan ingin meraih publisiti murahan.