May 2nd, 2013

Pastinya Syamsul Yusof terkejut besar apabila dirinya dikatakan bercinta dengan Puteri Sarah Liyana oleh Ammar Alfian. Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba dituduh bercinta pula. Nasib baiklah Syamsul Yusof ini cool, tenang dan baik hati orangnya.

syamsul yusof

Menerusi laman Facebooknya, Syamsul Yusof meluahkan isi hatinya berkenaan isu hati ini. Makin bertambah respek Abang Nara apabila membaca kata-kata yang diluahkan.

Assalamualaikum buat semua pembaca, moga kalian sihat dan dirahmati Allah.

Sewaktu aku sedang asyik menyiapkan kerja2 ku tiba2 aku mendapat panggilan dr seorang sahabat yg memberitahu ada seorang hamba Allah telah mengaitkan namaku juga keluarga ku dlm masalah dirinya. Lalu aku terpaksa mencuri sedikit masa utk mengetahui apakah yg sedang hangat diperkatakan itu.

Selepas segalanya aku baca dan renungi…Apa yg ku boleh katakan aku agak terkejut dan hairan. Mengapa dia melibatkan aku dlm masalah peribadinya? Dengan begitu bangga menghina aku, keluargaku juga beberapa pihak yg lain di laman twittermu?

MasyaAllah kawanku, jgnlah kamu terlalu megikut rasa nafsu dihati sehingga mengaku sendiri keburukan diri dan sedarkah kamu, kamu bukan saja telah menghina org lain dengan kata2 kotormu itu malah kamu sndiri tanpa sedar telah memalukan keluargamu, juga terus-terusan menunjukkan keburukan dirimu pd umum. Sedarkah kamu kwnku?

Dlm hidup yg singkat ini aku berpegang pada Agama dan prinsip. Aku memilih utk tidak memanjangkan hal ini dgn perbalahan tanpa kesabaran kerana kesabaran itu adalah senjata setiap muslim. Tiada kematangan/kebaikan dlm isu ini.

Jadi aku maafkan kamu atas segala tuduhan dan hinaan mu padaku juga keluargaku. Aku maafkan kamu kwn. Aku sedih melihat kita berbalah, memfitnah dalam dunia maya. Kita hidup tidak lama.. Mengapa perlu ditambah ‘bekalan yang tidak sepatutnya’ untuk dibawa ke ‘sana’..

“Apabila ada dua orang yang saling mencaci-maki, maka cacian yang diucapkan oleh keduanya itu, dosanya akan ditanggung oleh orang yang memulai cacian selama orang yang dizhalimi itu tidak melampaui batas.” #sabda Rasulullah.

Akhir kata, Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca kenyataan/luahan ku ini.

Pengarah Kerdil,
Syamsul Yusof

Semoga Ammar Alfian membaca tulisan Syamsul Yusof dan menginsafi perbuatannya. Kalau kecewa putus cinta pun, jangan libatkan orang lain. Tak ke gitu?

syamsul yusof

P.S: Dengan Ronasutra, masalah kulit muka yang sering menghantui anda pasti akan hilang. Malah anda boleh kelihatan cantik berseri seperti duta produknya, Vanidah Imran. Pasti ramai yang akan mengkagumi penampilan anda selepas menggunakan Ronasutra. Untuk maklumat lanjut, layari www.ronasutra.com dan LIKE Facebook Ronasutra.

September 16th, 2012

Menarik gila jalan cerita Untuk Tiga Hari ini. Itulah kata-kata yang terkeluar daripada mulut Abang Nara apabila membaca sinopsis filem terbaru arahan Afdlin Shauki. Selaku peminat karya Afdlin, Abang Nara dapat rasakan filem Untuk Tiga Hari yang mula ditayangkan pada 20 September ini boleh jadi salah satu filem terbaik Malaysia.

filem untuk 3 hari

Pelakon-pelakon pun semuanya hebat. Rashidi Ishak first time dapat berlakon dengan isterinya, Vanida Imran. Mutu lakonan Afdlin Shauki dan Ayu Raudhah rasanya tak perlu dipersoalkan lagi. Ditambah pula penerbit filem Untuk Tiga Hari ini ialah penerbit filem Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan. Yang lagi best, filem ini diadaptasi daripada novel Ahadiat Akashah yang bertajuk Untuk 3 Hari. Gyeah ~~

filem untuk 3 hari

Meh Abang Nara bagi sinopsisnya sikit untuk mereka yang tak pernah membaca novel ini. Keempat-empat mereka ini terpaksa berkahwin bukan dengan kekasih sendiri kerana menghormati pilihan orang tua mereka. Oleh kerana itu, mereka telah berjanji hanya untuk menjadi suami isteri selama 3 hari. Dalam masa 3 hari ini, tidak akan ada hubungan suami isteri yang berlaku dan mereka akan bercerai selepas tamat tempoh. Jeng, jeng, jeng.

filem untuk 3 hari

Mampukah mereka mengotakan janji selepas 3 hari? Apakah yang akan berlaku selepas 3 hari? Adakah tidak akan ada hubungan suami isteri yang berlaku sepanjang tempoh 3 hari itu? Adakah perancangan mereka akan berjalan lancar? Amboi banyaknya persoalan daripada Abang Nara. Mesti korang pun tertanya-tanya perkara yang serupa kan?

Abang Nara cukup yakin filem ini ada ramuan yang lengkap untuk memecahkan kutipan box office filem Malaysia. Tak sabar rasanya nak tunggu 20 September ini. Anda boleh tengok preview eksklusif filem Untuk Tiga Hari ini pada 18 Sept mulai jam 12 tengah hari sehingga 19 Sept 12 tengah hari sahaja dengan melayari www.astrogempak.com.my/untuktigahari.aspx.

October 27th, 2010

gambar vanida imran

Ramai rupanya peminat Vanida Imran kat sini. Kami akui Kak Vee memang sangat cantik, pandai berfesyen, dan paling penting hebat berlakon. Terbaru di Festival Filem Malaysia yang ke 23, Vanida Imran telah memenangi Anugerah Best Dress untuk pelakon perempuan. Berdasarkan gambarnya di atas, kami sokong 100% kemenangan Vanida Imran.

Satu lagi perkara yang kami cukup kagumi ialah keutuhan rumah tangga Vanida Imran dan Rashidi Ishak. Untuk makluman, tahun ini ialah ulangtahun ke 10 perkahwinan mereka berdua. Kami doakan agar perkahwinan mereka berdua berkekalan sehingga akhir hayat. Setakat ini memang kisah rumah tangga mereka berdua tidak dijaja di mana-mana. Kami suka bab itu.

Untuk anda yang meminat Vanida Imran, lagi gambar Vanida Imran di malam FFM23 dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

gambar vanida imran

gambar vanida imran

gambar vanida imran

January 6th, 2009

kuala lumpur international

Fascinating pictures from Kuala Lumpur International Film 2008. With performances from Malaysia top celebrities such as Siti Nurhaliza and Vanida Imran, the Kuala Lumpur International Film 2008 was held successfully.

One of the controversial scene happened during the event when a male celebrity hand kissed Vanida Imran during the award ceremony.

For the complete pictures from Kuala Lumpur International Film 2008, please read the full article.

kuala lumpur international

kuala lumpur international

kuala lumpur international

kuala lumpur international

kuala lumpur international

kuala lumpur international