September 16th, 2012

Menarik gila jalan cerita Untuk Tiga Hari ini. Itulah kata-kata yang terkeluar daripada mulut Abang Nara apabila membaca sinopsis filem terbaru arahan Afdlin Shauki. Selaku peminat karya Afdlin, Abang Nara dapat rasakan filem Untuk Tiga Hari yang mula ditayangkan pada 20 September ini boleh jadi salah satu filem terbaik Malaysia.

filem untuk 3 hari

Pelakon-pelakon pun semuanya hebat. Rashidi Ishak first time dapat berlakon dengan isterinya, Vanida Imran. Mutu lakonan Afdlin Shauki dan Ayu Raudhah rasanya tak perlu dipersoalkan lagi. Ditambah pula penerbit filem Untuk Tiga Hari ini ialah penerbit filem Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan. Yang lagi best, filem ini diadaptasi daripada novel Ahadiat Akashah yang bertajuk Untuk 3 Hari. Gyeah ~~

filem untuk 3 hari

Meh Abang Nara bagi sinopsisnya sikit untuk mereka yang tak pernah membaca novel ini. Keempat-empat mereka ini terpaksa berkahwin bukan dengan kekasih sendiri kerana menghormati pilihan orang tua mereka. Oleh kerana itu, mereka telah berjanji hanya untuk menjadi suami isteri selama 3 hari. Dalam masa 3 hari ini, tidak akan ada hubungan suami isteri yang berlaku dan mereka akan bercerai selepas tamat tempoh. Jeng, jeng, jeng.

filem untuk 3 hari

Mampukah mereka mengotakan janji selepas 3 hari? Apakah yang akan berlaku selepas 3 hari? Adakah tidak akan ada hubungan suami isteri yang berlaku sepanjang tempoh 3 hari itu? Adakah perancangan mereka akan berjalan lancar? Amboi banyaknya persoalan daripada Abang Nara. Mesti korang pun tertanya-tanya perkara yang serupa kan?

Abang Nara cukup yakin filem ini ada ramuan yang lengkap untuk memecahkan kutipan box office filem Malaysia. Tak sabar rasanya nak tunggu 20 September ini. Anda boleh tengok preview eksklusif filem Untuk Tiga Hari ini pada 18 Sept mulai jam 12 tengah hari sehingga 19 Sept 12 tengah hari sahaja dengan melayari www.astrogempak.com.my/untuktigahari.aspx.


74 responses to “Kahwin Untuk Tiga Hari Sahaja?”

  1. Zack says:

    sy nak dgr komen lelaki selepas tgk filem nie…bg sy, ending cite nie buat sume lelaki jd ‘panas’…tah la..

  2. Lina says:

    Aduiii pelakon suma dh xlaku..hilang selera nk negok sb pelakon..xmantap lgsg..

  3. Kaki Download Tegar~~~~ says:

    Aku tunggu keluar kat Astro 1st.. ( tapi aku takkan beli )
    Then tunggu sehari dua, mesti ade link download untuk citer nie.. Hehehe…
    Kalo x laku citer nie, rasenye 2 minggu tayang Astro First dah amik hak penyiaran. haaaaa…… Best2..

  4. joyak says:

    sebab ada ayu rodah terus terbantut niat nk ke panggung!

  5. xde pelakon lain ke haaaa?adoiii,semua nye da mcm kategori veteran da…ayu raudhah n vanidah leh time la lg..wlaupun x berapa minat..tp tang laki..aku rasa rosyam noor lg sepuluh kali bgus dr aflin n rashidi ishak..sory 2 say la,tp hakikat beb!!

Loading...