October 15th, 2020

Mengakui dirinya kini sudah berpunya, penyanyi Usop berkata dia sebenarnya telah berhasrat untuk mendirikan rumah tangga sebelum menyertai program realiti Big Stage 2020 yang baru saja melabuhkan tirai baru-baru ini.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Noor,23, berkata lagi meskipun sudah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga namun masih belum mempunyai tarikh yang sesuai.

View this post on Instagram

Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.” #morning #drmartens

A post shared by Usop ? (@usopofficial) on

“Niat saya lama dah sebelum sertai Big Stage.. sebenarnya saya nak kahwin. Buat apa saya nak rahsiakan benda baik macam ini. Memang sudah ada perancangan dan kalau lagi cepat, lagi bagus. Benda yang baik buat apa saya lambat-lambatkan,”

Namun, Usop ketika ditanyakan siapakah gerangan wanita tersebut, dia memilih untuk enggan mendedahkan identiti wanita yang bakal menjadi isterinya itu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang ikatan yang sah.

View this post on Instagram

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. #sandradalamkenangan #BigStage2020

A post shared by Usop ? (@usopofficial) on

Dia hanya memberitahu bahawa wanita itu berasal dari Pulau Pinang dan bukanlah seorang selebriti. Tinggi dan berkulit cerah, Usop berseloroh bahawa bakal isterinya itu merupakan seorang ‘anak mami’.

Dikhabarkan mereka berdua mula berkenalan setelah tamat rancangan realiti TV Mentor.

Sumber : mStar Online

October 6th, 2020

Gara-gara kontroversi isu ‘body shaming’ baru-baru ini ketika di pentas akhir Big Stage 2020, Usop tampil menceritakan hal sebenar yang berlaku pada malam itu.

Menurut Usop, dia sebenarnya telah pun memohon maaf kepada Sherry Alhadad ketika di belakang pentas setelah sedar akan keterlanjuran kata-katanya itu.

“Saya minta maaf dengan Kak Sherry dekat belakang pentas tadi dia jawab ‘Akak okaylah Usop tapi orang tak faham yang kita ni melawak’. Mungkin sebab live dan keluar dalam tv pula. mesti ada yang kata saya kurang ajar. Pada awalnya saya tak sedar sampai manager saya tegur, saya terus pergi cari dia,”

Usop menjelaskan situasi sebenar setelah ditemui media ketika akhir majlis Konsert Akhir Big Stage 2020 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) pada Ahad lalu.

Dalam pada itu, bagi Usop yang merangkul tempat kedua dalam program tersebut berkata lagi bahawa isu ‘body shaming’ yang baginya, bukanlah perkara baru kerana sering saja berhadapan dengan perkara itu sepanjang hidupnya.

“Cakap pasal body shaming ni, saya pernah kena lagi teruk. Saya pun kadang-kadang terasa dengan netizen, bila orang mengata saya, saya pilih untuk tidak beri respon..”

Menurut Usop, antara perkara yang sering diperkatakan kepadanya adalah bentuk gigi serta rupa paras yang dimilikinya kini. Namun, dia bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T kepada dirinya dan tidak merancang untuk mengubah ciptaan tuhan itu.

“Ada yang sampai gelar saya penyanyi pecah rumah. Kadang-kadang saya kena dengan kawan saya ketika di kampung. Kawan selalu jumpa pun ada mengata pasal saya. Tapi saya dah buktikan dekat mereka saya dah masuk program realiti dan ini yang saya telah capai,”

Mengakhiri temubual, Usop berjanji akan lebih berhati-hati dalam percakapannya terutama ketika bergurau senda dan menganggap apa yang terjadi sebelum ini merupakan sebuah pengajaran untuk dirinya.

Sumber : Media Hiburan

October 5th, 2020

Akibat terlanjur kata bernada ‘Body Shaming’ terhadap pengacara Sherry Alhadad ketika pentas akhir Big Stage 2020 malam tadi, penyanyi Usop tampil membuat permohonan maaf ketika siaran langsung kepada pengacara tersebut dan seluruh rakyat Malaysia.

Ianya ternyata telah mengundang kemarahan netizen yang menyaksikan pentas akhir program realiti TV itu apabila Usop secara tidak sengaja bergurau mengenai bentuk badan Sherry sehingga mendatangkan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen.

Dia yang pada malam itu tampil menyanyikan lagu Arjuna dan Peluang Kedua telah menerima kecaman bertubi-tubi daripada warga net menerusi media sosial sebelum tampil memohon maaf secara langsung.

“Sebenarnya saya nak cakap..tadi saya ada terlepas cakap. Saya harap semua orang tak terasa. Sebelum orang berkata-kata tentang saya dan akak (Sherry), saya nak minta maaf kepada akak. Saya nak minta maaf kepada semua orang yang terasa juga,”

“Badan macam ini kena nyanyi macam inilah” antara ayat Usop yang telah menimbulkan amarah dalam kalangan netizen.

Dalam pada itu, Sherry yang ditemui mengakui dirinya tidak kisah dan tidak mengambil hati dengan apa yang diucapkan Usop pada malam itu.

 

Program Big Stage 2020 telah melabuhkan tirainya malam tadi yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Azzam Shah yang membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta trofi, diikuti Usop di tempat kedua dan Qody Rany di tempat yang ketiga.

June 1st, 2017

Susulan kegagalan beliau untuk bekerjasama dengan memberi nombor telefon kepada pihak media untuk urusan di masa hadapan sehingga membuatkan nama penyanyi Hazama sebagai mentornya turut terjejas, Usop Mentor Milenia 2017 tampil memohon maaf kepada pihak media atas tindakannya itu. Usop mengakui beliau masih terlalu baru didalam dunia hiburan dan ada beberapa perkara yang beliau masih belum faham.

Abang Hazama meminta saya untuk tidak memberikan nombor kepada orang tidak dikenali bagi mengelakkan masalah. Namun, saya salah tafsiran seterusnya menyukarkan kerja pihak media. Jangan pula disebabkan sikap naif saya nama Hazama terpalit sama kerana bukan beliau pencetus kontroversi ini. Semuanya disebabkan silap faham daripada saya.

Saya bermula dari kosong. Bidang seni adalah satu dunia baharu yang perlu saya pelajari. Saya harap diberikan masa untuk mengenali selok-belok dalam lapangan ini.

Usop juga menafikan dakwaan kononnya beliau sudah mula berlagak diva meskipun belum setahun jagung bergelar penyanyi.

Tidak timbul istilah mendabik dada kerana saya sedar sebagai pendatang baharu tiada ruang untuk saya bersikap bongkak.  Secara perlahan-lahan saya cuba memperbaiki cara berkomunikasi di hadapan media.

Terdahulu, beberapa wartawan tempatan menyelar sikap penyanyi baru, Usop Mentor Milenia 2017 yang enggan memberikan kerjasama dan dikatakan agak kekwat untuk memberikan nombor telefonnya kepada pihak media.

Selepas itu, Usop memberi kenyataan bahwa beliau  hanya mengikut arahan mentornya, Hazama yang memberitahu beliau tidak perlu memberikan nombor telefon kepada mana-mana pihak.

Walaubagaimanapun,  Hazama berkata beliau memberitahu Usop untuk tidak memberikan nombor telefon kepada orang yang tidak berkaitan ataupun dikenali dalam industri muzik sahaja.

Sumber Berita : BH ONLINE