October 6th, 2020

Gara-gara kontroversi isu ‘body shaming’ baru-baru ini ketika di pentas akhir Big Stage 2020, Usop tampil menceritakan hal sebenar yang berlaku pada malam itu.

Menurut Usop, dia sebenarnya telah pun memohon maaf kepada Sherry Alhadad ketika di belakang pentas setelah sedar akan keterlanjuran kata-katanya itu.

“Saya minta maaf dengan Kak Sherry dekat belakang pentas tadi dia jawab ‘Akak okaylah Usop tapi orang tak faham yang kita ni melawak’. Mungkin sebab live dan keluar dalam tv pula. mesti ada yang kata saya kurang ajar. Pada awalnya saya tak sedar sampai manager saya tegur, saya terus pergi cari dia,”

Usop menjelaskan situasi sebenar setelah ditemui media ketika akhir majlis Konsert Akhir Big Stage 2020 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) pada Ahad lalu.

Dalam pada itu, bagi Usop yang merangkul tempat kedua dalam program tersebut berkata lagi bahawa isu ‘body shaming’ yang baginya, bukanlah perkara baru kerana sering saja berhadapan dengan perkara itu sepanjang hidupnya.

“Cakap pasal body shaming ni, saya pernah kena lagi teruk. Saya pun kadang-kadang terasa dengan netizen, bila orang mengata saya, saya pilih untuk tidak beri respon..”

Menurut Usop, antara perkara yang sering diperkatakan kepadanya adalah bentuk gigi serta rupa paras yang dimilikinya kini. Namun, dia bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T kepada dirinya dan tidak merancang untuk mengubah ciptaan tuhan itu.

“Ada yang sampai gelar saya penyanyi pecah rumah. Kadang-kadang saya kena dengan kawan saya ketika di kampung. Kawan selalu jumpa pun ada mengata pasal saya. Tapi saya dah buktikan dekat mereka saya dah masuk program realiti dan ini yang saya telah capai,”

Mengakhiri temubual, Usop berjanji akan lebih berhati-hati dalam percakapannya terutama ketika bergurau senda dan menganggap apa yang terjadi sebelum ini merupakan sebuah pengajaran untuk dirinya.

Sumber : Media Hiburan


One response to ““Ada Orang Kata Muka Saya Macam Pecah Rumah,” Usop Big Stage Dedah Pengalaman Dihina Kerana Paras Rupa”

  1. FACE SHAMING = BODY SHAMING
    VOICE SHAMING = BODY SHAMING
    HEART SHAMING = BODY SHAMING

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...