October 5th, 2020

Akibat terlanjur kata bernada ‘Body Shaming’ terhadap pengacara Sherry Alhadad ketika pentas akhir Big Stage 2020 malam tadi, penyanyi Usop tampil membuat permohonan maaf ketika siaran langsung kepada pengacara tersebut dan seluruh rakyat Malaysia.

Ianya ternyata telah mengundang kemarahan netizen yang menyaksikan pentas akhir program realiti TV itu apabila Usop secara tidak sengaja bergurau mengenai bentuk badan Sherry sehingga mendatangkan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen.

Dia yang pada malam itu tampil menyanyikan lagu Arjuna dan Peluang Kedua telah menerima kecaman bertubi-tubi daripada warga net menerusi media sosial sebelum tampil memohon maaf secara langsung.

“Sebenarnya saya nak cakap..tadi saya ada terlepas cakap. Saya harap semua orang tak terasa. Sebelum orang berkata-kata tentang saya dan akak (Sherry), saya nak minta maaf kepada akak. Saya nak minta maaf kepada semua orang yang terasa juga,”

“Badan macam ini kena nyanyi macam inilah” antara ayat Usop yang telah menimbulkan amarah dalam kalangan netizen.

Dalam pada itu, Sherry yang ditemui mengakui dirinya tidak kisah dan tidak mengambil hati dengan apa yang diucapkan Usop pada malam itu.

 

Program Big Stage 2020 telah melabuhkan tirainya malam tadi yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Azzam Shah yang membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta trofi, diikuti Usop di tempat kedua dan Qody Rany di tempat yang ketiga.


2 responses to “Terlanjur ‘Body Shaming’ Sherry Alhadad, Usop Minta Maaf Secara Langsung Di Pentas Akhir Big Stage 2020”

  1. Anonymous says:

    dah nak habis tahun 2020 still ada lagi body shaming orang . padan muko tak menang. banyak kali dah jadi tapi still tak jadikan pengajaran. tengok muka pon tahu poyo laki ni

  2. Jejari_Berkata says:

    Kesian Sherry, bukan kali petama dia kena body shaming. Dia tak pernah nak mengata orang; Puji artis kata elok tu selalulah. Please just stop body shaming bentuk apapun on tv & media. It’s not funny.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...