February 7th, 2018

Tampil di muka hadapan majalah URTV bersama aktres Izreen Azminda untuk tema Naluri Isteri Kedua, penyanyi Adira teruk dikecam oleh netizen.

Bagi mereka untuk apa majalah tersebut mahu bercerita mengenai kedua-dua selebriti tersebut yang sebelum ini dihimpit dengan kontroversi ketika berkahwin dan dilabelkan sebagai perampas suami orang oleh netizen.

Walaubagaimanapun, Adira sedikit pun tidak mahu ambil pusing dengan segala komen negatif yang dilemparkan kepadanya.

Kalau layan memang sakit hati jadi lebih baik jangan lain kerana lama-lama mereka akan diam sendiri. Saya sendiri dah bermacam-macam kontroversi yang saya lalui jadi saya dah lali, katalah apa pun.

Bukannya saya minta tajuk begitu tetapi saya secara peribadi tiada maslah dengan pemilihan tajuk tersebut. Tetapi saya faham isu melibatkan poligami memang perkara sensitif dalam kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, Adira turut bersimpati dengan nasib Izreen yang tidak henti menerima kecaman selepas mengumumkan perkahwinan beliau dengan Ude Wahid sebagai isteri kedua. Namun, Adira yakin Izreen seorang wanita yang tabah dan kuat untuk mengharungi segala tomahan orang ramai terhadap dirinya.

Sumber Berita : mStar Online

February 5th, 2018

Poligami adalah perkara yang halal namun ia merupakan satu isu yang dikira sensitif oleh kaum wanita. Justeru, apabila majalah legenda URTV menampilkan Izreen Azminda dan Adira Suhaimi sebagai penghias muka hadapan untuk tema ‘Naluri Isteri Kedua’, Istagram majalah itu ‘diserang’ segelintir Netizen.

Terdapat Netizen mempersoalkan mengapa majalah itu menampilkan isteri kedua dan berkata tidak akan membeli majalah itu disebabkan tema yang ditampilkan.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

“Mendongak kemain ya berjaya jadi pengextend masjid.”

Screenshot_2018-02-05_110705
Screenshot_2018-02-05_110714

Screenshot_2018-02-05_110723
Biarpun begitu, pihak URTV membalas yang Netizen tidak berhak menghukum manusia, namun Netizen punya alasan tersendiri.
Screenshot_2018-02-05_110731
“Siapa kita untuk menghukum manusia lain.”
Screenshot_2018-02-05_110810

Screenshot_2018-02-05_110832

Untuk makluman, Izreen, 32, telah berkahwin dengan pemuzik Gegar Vaganza, Ude Wahid, 29, sebagai isteri kedua tanpa diketahui isteri pertamanya, Intan Liana Azman, 32, seorang surirumah. Izreen mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu manakala Ude dan Intan mempunyai dia orang anak lelaki. – beautifulnara.com

Sumber: Instagram URTV

December 14th, 2011

Khairul Fahmi Che Mat telah muncul di muka hadapan majalah URTV yang terbaru. Majalah ini turut menampilkan Khairul Fahmi atau Apek seperti model dalam pelbagai gaya dan beliau kelihatan segak. Antara yang menarik ialah pengakuan Khairul Fahmi tentang kekasih barunya yang merupakan seorang model (Dalia le tuu), serta Fahmi juga menyatakan yang selebriti kegemaran beliau ialah Datuk Siti Nurhaliza dan Ziana Zain.

Walaupun diselubungi kontroversi, rezeki Apek sebagai pemain bolasepak kebangsaan semakin murah apabila menerima habuan sejumlah RM 30,000 atas kejayaan membantu Harimau Muda menewaskan Indonesia bagi meraih pingat emas Sukan SEA 2011 dan bakal mendapat kunci rumah banglo yang dihadiahkan oleh kerajaan negeri Kelantan kepadanya tidak lama lagi. Apek khabarnya mahu metelakkan nama kedua ibu bapanya sebagai pemilik rumah tersebut yang dianugerahkan atas sumbangannya kepada pasukan bola sepak Kelantan selama ini. Untuk lebih berita, jangan lupa dapatkan URTV keluaran terbaru ini.

P/S: Rindu zaman abang rambut ketak (Nas Terjah) sebagai kolumnis muzik rock kapak di URTV sekitar 90’an.

***
Dengan tema ‘Gerak Seirama Tari Berpadu’, orang ramai dijemput memeriahkan Pesta Joget 1 Malaysia akan diadakan pada 16 Disember 2011 (Jumaat ) bermula 8.30 malam bertempat di Dataran Dewan Tun Ali, Bukit Katil (Bersebelahan Rumah Melaka). Jumpa Anda Di Sana!