December 13th, 2017

Bakal melahirkan cahaya mata sulungnya tidak lama lagi, semalam pasangan Jihan Muse dan Ungku Hariz akhirnya mendedahkan jantina anak mereka. Jihan memberitahu beliau dan suami bakal menimang cahaya mata lelaki selepas menjalani imbasan ultrasound baru-baru ini dan disahkan oleh doktor peribadi mereka.

Kami sebenarnya mahukan kejutan. Ada beberapa kawan yang sebelum ini hamil mengetahui jantina bayi mereka tetapi apabila bersalin, jantinanya berbeza. Jadi, timbul rasa kecewa dan saya lebih mahu ia menjadi kejutan buat kami berdua.

Pada awalnya Jihan dijangka bersalin pada 6 Februari tahun depan, tetapi memandangkan bayi didalam kandungan agak besar, Jihan mungkin akan bersalin pada bulan depan.

Tahniah kami ucapkan kepada Jihan dan Ungku Hariz, harapnya segala proses bersalin nanti berjalan dengan lancar. Tak sabar rasanya hendak melihat #babyninja.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Kakifoto & Aqoimran

March 29th, 2017

Tanggal 20 Mac lepas, genaplah setahun usia perkahwinan Jihan Muse dan suaminya, Ungku Hariz. Seperti pasangan selebriti lain, Jihan juga tidak boleh lari dengan pertanyaan bila agaknya mereka akan menimang cahaya mata. Boleh dikatakan kerap juga Jihan diajukan dengan persolan tersebut.

Walaubagaimanapun, pengacara dan pelawak ini tidak pernah merasa tertekan mengenai soal cahaya mata. Jihan bersyukur keluarganya dan keluarga mertua cukup memahami.

Jihan dan Ungku Hariz tidak pernah merancang untuk mendapatkan cahaya mata dan menyerahkn soal itu kepada ketentuan illahi.

Alhamdulillah, sebelum berkahwin hingga sekarang, keluarga tidak pernah bertanya mengenai perkara ini. Kami berdua juga tidak merancang, sekiranya andai ada rezeki, kami tentunya menerima anugerah itu dengan tangan terbuka.

Sebenarnya isu cahaya mata ini sering kali diajukan oleh rakan media, keluarga tidak pula membuka mulut bertanya. Jadi, saya tidak pernah rasa tertekan berhubung hal ini kerana saya menyerahkan sepenuhnya kepada soal rezeki.

InshaAllah satu hari nanti Jihan dan Ungku Hariz ada rezeki untuk bergelar ibu dan bapa. Perkahwinan mereka juga masih baharu. Bagilah mereka guna peluang yang ada ini untuk terus merasa mood “honeymoon” tu. Hehe

Sumber Berita : BH ONLINE

March 21st, 2017

Sejak kebelakangan ini, tuduhan mengatakan pelawak Jihan Muse menanggung kehidupannya agak hangat diperkatakan. Tidak dinafikan, pelbagai juga komen negatif netizen mengenai isu ini.

Ungku Hariz akui, beliau agak terkilan dan terasa hati dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Namun, beliau enggan tampil untuk mempertahankan diri kerana beliau sudah tahu dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.

Saya manusia biasa dan tidak dapat lari daripada berasa terguris apabila mendengar gosip itu. Memang saya terkejut apabila ada orang kata hidup saya ditanggung isteri walaupun ia tidak benar. Pun begitu baik saya atau Jihan kami lebih tahu dan tidak perlu saya war-warkan apa yang saya sudah lakukan untuk isteri dan rumah tangga kami.

Seperti Jihan, Ungku Hariz juga berpendapat mungkin populariti isterinya itu menjadi punca beliau dikatakan ditanggung oleh isterinya. Untuk pengetahuan anda, Ungku Hariz terlebih dahulu menapak dalam bidang hiburan sebelum Jihan.

Faktor Jihan lebih menonjol mungkin menjadi faktor tetapi itu bukan satu masalah kepada saya kerana itu adalah rezeki isteri saya. Tetapi Alhamdulillah kami saling memberi semangat kerana sebelum berkahwin pun saya dan Jihan sudah berkawan lama dan tahu permulaan kami di mana.

Ungku Hariz dan Jihan Muse mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2016 selepas sembilan tahun bercinta.

Sumber Berita : mStar Online