April 29th, 2014

Terkejut juga Abang Nara apabila membaca per”gaduh”an antara pelakon jelita, Nur Fazura dengan seorang wartawan hiburan sebuah suratkhabar tempatan di Twitter hari ini. Semuanya gara-gara artikel wartawan tersebut yang menampakkan seolah-olah Fazura cuba lari daripada ditanya mengenai isu “bercium di KLIA‘ ketika temuramah sempena pelancaran wangian produk terbaharu Lux.

fazura dan wartawan

Menariknya wartawan tersebut tidak mengambil langkah berdiam diri sebaliknya turut memberikan respons terhadap kata-kata Fazura.

fazura dan wartawan

Namun Abang Nara respek dengan Fazura yang telah pun memaafkan perbuatan wartawan tersebut. Walaupun kebanyakan peminat Fazura memohon Fazura untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wartawan tersebut, namun Fazura lebih senang untuk menamatkan isu ini dengan memberi kemaafan. Memang terbaik!!!
fazura dan wartawan

Sesungguhnya artis dan wartawan memerlukan antara satu sama lain. Gaduh panjang-panjang pun tak guna. Artis perlukan publisiti dan wartawan perlukan cerita mereka. Kalau ikut peribahasa, bak aur dengan tebing. Semoga ada pengajaran yang diambil daripada kontroversi ini.

April 19th, 2012

Masih bercerita tentang si cantik Fazura. Semalam Abang Nara berjalan-jalanlah di Facebook rasmi Fazura dan terbaca satu status yang sangat menarik. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Fazura kerana mahukan watak yang tidak bersentuhan dengan lelaki. Satu perkembangan yang sangat baik.

fazura

Tambah menarik apabila Fazura turut berkongsi berita tentang perniagaannya yang akan dilancarkan pada bulan Mei ini. Namun buat masa ini Fazura masih lagi merahsiakan apakah perniagaan yang bakal dijalankan. Tekaan Abang Nara pastinya perniagaan tersebut berkait rapat dengan kecantikan wanita.

fazura

Semoga lebih ramai artis wanita bakal mengikut jejak langkah Fazura dengan meminta watak yang tidak bersentuhan dengan lelaki. Sekiranya makin ramai yang membuat permohonan sebegini, pastinya pihak penerbit akan terpaksa menurut. Tak gitu? Tahniah kepada Fazura atas perubahan besar ini.

November 30th, 2011

Ada dua sisi yang berbeza bagi Nur Fazura untuk majalah GLAM dan majalah EH! kali ini. Namun kedua-duanya tetap menyerlahkan kecantikan Fazura. Kesimpulannya, orang kalau dah cantik, buatlah fesyen tangkap gambar macam mana pun, tetap akan timbul kecantikannya. Tak gitu?

fazura glam eh

Secara jujur Abang Nara lebih menggemari sisi Fazura yang tampak ceria untuk cover majalah EH!. Anda pulak suka yang mana satu?

fazura glam eh

Apa pun Abang Nara nak ucapkan tahniah kepada Fazura kerana pada tahun 2011 ini Abang Nara nampak populariti dan mutu lakonan Fazura semakin mantap. Semoga perkembangan sihat ini dapat dibawa ke tahun 2012 kelak. Sila LIKE Facebook Fazura tanda sokongan anda kepada si cantik manis ini.