December 26th, 2018

Fattah Amin dan Nur Fazura adalah pasangan selebriti paling hangat ketika ini. Setiap langkah mereka pastinya menjadi bualan ramai.

Sedang menikmati percutian di pulau Maldives, Fattah ada berkongsi video ‘candid’ isteri tercinta sedang asyik ‘selfie’ berlatarbelakangkan pemandangan lautan biru yang indah.

Video tersebut  secara tidak sengaja menampakkan bentuk tubuh badan Fazura yang sedikit berisi di bahagian perut. Rata-rata netizen mula perasan ‘sesuatu’ dan mengesyaki aktres itu sedang hamil apatah lagi jelas kelihatan seakan sudah ada ‘baby bump’.

Wah, ramai yang ucap tahniah kepada pasangan ini dan sudah tidak sabar untuk menanti kehadiran FattZura junior. Pasti kacak dan cantik kan? Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada Fattah dan Fazura nanti.

December 26th, 2018

Satu-satunya selebriti Malaysia yang terseranai dalam 100 Lelaki Paling Seksi Dunia 2018 dan menduduki tangga ke 76, pelakon Fattah Amin semakin mendapat perhatian ramai.

Memuat naik foto terbaru beliau yang kini sedang bercuti di sebuah pulau, Fattah membuatkan ramai wanita tergoda dan tidak keruan melihat ketampanan dan keseksian beliau.

Mempunyai kulit putih melepak , bibir merah yang seksi serta tubuh badan sasa, Fattah dianggap sebagai jejaka paling hangat.

Amboi, bukan main lagi komen-komen peminat wanita Fattah. Memang dah terpikat habis dengan wajah kacak artis pujaan mereka itu.