April 14th, 2011

tom lg bertunang

Suatu ketika dahulu, nama Tom Mystarz LG pernah menggemparkan dunia hiburan dengan kes pergaduhannya kerana dituduh mengacau suami orang. Entah apa cerita, kes tersebut senyap terus tanpa khabar berita. Tup-tup, rakan media kami, MediaMalaya melaporkan yang Tom sudah pun bertunang dengan si suami tersebut. Apa kes?

Kalau tengok taraf kehenseman lelaki ini, patutlah Tom sanggup berebut dengan si isteri suatu ketika dahulu. Kacak bergaya tue. Apa-apa pun, semoga Tom berbahagia dengan pilihan hati. Jangan timbul kontroversi lagi sudah la. Kang bergaduh tepi jalan pulak kang. Hehehe.

Lagi gambar Tom dan tunangnya dengan membaca entri ini sepenuhnya.

tom lg bertunang

tom lg bertunang

July 16th, 2010

tom mystarz

Wokei kalau selama ini kita dihidangkan dengan kisah dari pihak mangsa tentang Tom Mystarz LG nie. Kali ini meh kita dengar dari pihak Tom pulak. Bak kata Tom, terpulanglah pada orang untuk menilai. Jadi sama-samalah kita membandingkan cerita dan menilai seadil-adilnya. Ikuti temubual Tom dengan portal GUA.

Insiden juara My Starz LG musim ketiga Tom, atau nama penuhnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 23, dibelasah petang semalam oleh empat orang lelaki menjadi berita hangat di kebanyakan akhbar hari ini. Tom boleh dikira bernasib baik kerana hanya mengalami lebam-lebam di badan.

Kecederaannya mungkin lebih serius jika bukan kerana tindakan Ayin, nama sebenar Zaireen Sofia Abu Bakar – wanita yang selama ini dilaporkan media massa telah dipukul Tom malah kononnya melihat dengan matanya sendiri, suaminya dan Tom melakukan hubungan terlarang – cuba melindungi Tom dari di sepak terajang.

Meskipun ada terasa seakan tidak percaya apa yang dilaporkan itu benar-benar telah berlaku, namun ia bukan sesuatu yang telah direka kerana insiden tersebut bukan saja disaksikan para wartawan yang telah dipelawa untuk hadir bersama dalam pertemuan tersebut, malah telah dirakam pihak media. Sempat melihat rakaman itu, yang dapat GUA katakan, ia sesuatu yang mengerunkan, melihat seorang individu dibelasah sekumpulan orang.

Cerita Tom, apabila dihubungi GUA petang tadi, dia bersama Ayin dan suaminya sedang menjamah makanan di rumah apabila Nas Ahmad, wartawan Melodi yang telah menemuramah Tom untuk menjelaskan isu dia didakwa memukul Ayin dan bersetubuh dengan suami Ayin, menelefon untuk bertanyakan tentang identiti seorang lelaki yang mengelarkan dirinya Bulat.

Apa sebenarnya yang berlaku petang semalam sehingga Tom dibelasah?
Kami kat rumah, tengah nak makan. Tiba-tiba abang Nas telefon, tanya siapa Bulat. Ayin kata, itu abangnya. Cerita abang Nas, Bulat tak puas hati dengan abang Nas dan dia nak buat sidang media. Lepas tu, Ayin ‘call’ abangnya, tanya apa masalahnya lagi dan mintanya jangan ganggu mereka lagi.

Kata Bulat, bukannya dia tak puas hati dengan Ayin tetapi dengan Tom. Bulat bagitau dia tak puas hati sebab Tom pukul Ayin. Tapi Tom kata, Bulat boleh tanya sendiri kat Ayin, betul ke tak benda tu. Ayin pun cakap, mana ada tapi dia tetap tak puas.

Kita pun ajak berjumpa, masa yang sama boleh juga dia jumpa anak saudaranya. Kalau boleh kami nak selesaikan benda ni dengan baik. Dia pun kata okay, boleh. Mulanya, dia ajak jumpa kat rumah tapi Tom kata tak nak sebab takut kalau ada apa-apa nanti Tom mungkin dituduh menceroboh. Tom pun ajak jumpa kat Balai Polis Damansara. Tapi sampai kat sana, ramai giler wartawan. Bulat yang nak bawa wartawan sekali padahal kami nak ‘settle’ cara elok.

Kami pun henti dekat ‘area’ situ juga untuk jumpa Bulat sorang. Dia jumpa Ayin, peluknya. Kami pun minta dia ‘check’, tengok ada tak kesan lebam kat badan Ayin, tanya Ayin sendiri jika Tom ada pukul. Tapi dia masih macam tak puas hati juga. Masa tu, Tom dah nampak banyak kereta ‘parking’. Kami cuma datang berempat, bawa orang-orang yang terbabit je.

Bulat datang kat Tom dan ajak sembang. Tapi tak sempat bincang, adik lelakinya datang. Dia kata kat Tom, ‘Tom, aku akan jatuhkan kau.’ Sebenarnya, benda ni berkait. Tom pernah bercinta dengan adiknya. Ibu kitorang sebelum ni berkawan. Semua benda ni berkait-kait, hal peribadi keluarga… Ditambah pula, dari awal percintaan Ayin dan suaminya, keluarga Ayin memang tak suka suaminya sebab dia orang kebanyakan. Cerita mereka ni macam cinta antara dua darjat.

Tiba-tiba, seorang lelaki ni datang, sepak Tom. Ayin tu lari-lari peluk Tom, rayu ‘Jangan pukul dia.’ Dia ‘protect’ Tom sampai dia pun kena pukul. Lepas tu, Tom naik kereta dan pergi ‘report’ polis.

Apa yang terlintas di fikiran Tom ketika diserang?
Sedih. Mereka tak sepatutnya pukul perempuan. Mak ayah Tom pun tak pernah pukul Tom. Dan mereka siap lagi pukul depan media dan orang awam. Tom tak boleh terima dimalukan macam itu.

Ikut cerita ayah Ayin, Ayin ada hantar SMS kepada bapa mentuanya, dakwanya dia dipukul suami dan Tom, dan lepas tu ada pula SMS kata suaminya dan Tom tidur sekatil.
Mulanya, kami tak tahu yang Ayin ada hantar SMS itu. Tapi satu hari, bila Tom kata nak balik kampung, suami Ayin pun nak ikut sama, nak bawa Ayin dan bayi jumpa keluarga di kampung. Bila dia ‘call’ ibunya kata nak balik, baru kami tahu cerita tentang SMS itu. Ibunya ‘forward’-kan SMS yang dikirim Ayin.

Apabila suami Ayin tanya Ayin tentang SMS itu, dia mengaku menghantarnya tapi katanya, masa tu dia tengah marah dan ‘jealous’ hubungan suaminya dan Tom sebelum ini. Tapi benda tu dah cerita lama. Masa Ayin mula-mula datang ke rumah, Ayin memang tak selesa. Tapi bila sudah lama duduk dengan Tom, dia lebih rapat dengan Tom dari suaminya. Apa yang dikatakan Ayin dalam SMS-nya itu tak pernah berlaku.

Dari kenyataan yang dikeluarkan ayah Ayin juga, ia seakan memberi gambaran yang suami Ayin ni bukan seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab. Tom mengenalinya sejak dari sekolah lagi, bagaimana orangnya?
Tentang suami Ayin ada masalah dengan dadah, benda dadah ni boleh saja kita dapat bukti dari polis. Kalau tak pun, cuba ambil ujian air kencing dia (suami Ayin) dan anak-anaknya (adik-beradik Ayin), dan tengok siapa yang ambil dadah.

Nak kata dia takde kerja, baru tiga, empat hari lepas dia dapat kerja di KL. Cuma masa dia datang dari Taiping, dia memanglah menganggur, ditambah pula lepas Ayin bersalin dan ketika berpantang, dia jaga. Bila Ayin dah ‘okay’ sikit, dia mula cari kerja. Nak kata dia seorang yang tidak bertanggungjawab, Tom tak setuju.

Sejak tersebarnya cerita ini, ramai yang kecam Tom. Tom baru nak naik, takkan Tom nak buat benda-benda macam ni. Selama ini Tom yang jaga mereka. Bila Ayin bagitau perutnya sakit, Tom yang hantar ke hospital, pegang kad merah dan IC-nya, daftarkannya. Diorang tak tolong pun. Tom jaga Ayin dari dia mengandung sampai habis pantang.

Tom sedih dengan apa yang berlaku. Keluarga Ayin tak tahu yang selama ini Tom yang jaga Ayin. Tom buat baik, tak minta balasan macam ni, aibkan Tom dan keluarga Tom. Tujuan kita nak bincang elok-elok tapi mereka nak nak jatuhkan Tom. Orang luar boleh buat kesimpulan sendiri, nilai sendiri. Terpulanglah pada mereka. Sekurang-kurangnya Tom dah cuba bersihkan nama. Apa lagi yang boleh Tom katakan.

Apa reaksi keluarga Tom?
Semalam baru diorang tahu tentang perkara ini, tentang Tom dipukul. Mereka tahu Tom tak buat benda-benda tu. Mereka risaukan Tom, kesihatan, kecederaan Tom… Ibu menangis, katanya ‘Sampai hati Kak Liza buat anak mak macam ni.’

Kesan insiden ini ke atas kerjaya Tom.
Semuanya berjalan seperti biasa. Tom ada ‘recording’ petang ni. Lagipun, orang-orang di label rakaman Tom kenal sangat Tom.

Bagaimana keadaan Ayin sekarang?
Sampai sekarang, Tom, suami Ayin, semuanya tak dapat hubungi Ayin atau keluarganya. Semua dah ‘off’-kan ‘handphone’.

July 15th, 2010

tom tak ada myspace

Wah. Diorang nie memang suka berbalas-balas kenyataan la. Keluarga mangsa keluarkan bukti SMS dan bukti mesej kat MySpace, Tom balas balik pasal SMS tue. Katanya dia diperangkap untuk menjawap SMS tue secara kasar. Bagi kami, nampak macam tak logik sangat alasan nie. Mungkinkah ini cara terakhir Tom untuk cover line?

Tom claim yang adik kepada mangsa yang mula-mula hantar SMS kesat kepada dia. Tapi bila ditanya pasal bukti, Tom kata dia tak simpan SMS itu semua. Sebabnya dia tak sangka benda macam nie akan terjadi. Memang Tom-Tom Bak betullah.

[note]Ya saya ada SMS dengan dia, tetapi dia yang mula menghantar SMS dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya terlebih dahulu. Dia yang mulakan dengan cara kasar untuk membangkitkan kemarahan selain bertujuan mengumpan saya untuk mengaku mempunyai hubungan dengan abang iparnya. [/note]

[note]Saya tidak simpan SMS yang dikirimkannya kerana tidak mahu memanjangkan perkara ini, tetapi mereka simpan SMS saya sebab ada agenda tersendiri. Saya mengaku ada telefon Miera sebab sudah tidak tahan dengan SMS yang terus menerus membangkitkan kemarahan saya. Mereka asik bertanyakan tentang hubungan saya dengan lelaki tersebut, walaupun saya sudah berkali-kali menjelaskannya ia adalah perkara lepas. Kalau anda di tempat saya mungkin akan melakukan perkara yang sama. Mereka serang saya guna SMS bertubi-tubi sehingga membuatkan saya membalas dengan kata-kata agak kesat. Memang silap saya kerana melayan SMS tersebut. [/note]

Sila baca berkali-kali ayat “kalau anda di tempat saya, mungkin akan melakukan perkara yang sama”. Jadi kami nak tanya anda pembaca BeautifulNara yang bijak budiman, adakah anda akan melakukan perkara yang telah Tom lakukan? Sila jawap dengan jujur.

Dan mengenai mesej MySpace pulak, Tom cakap dia tak pernah pun ada akaun MySpace. Katanya itu semua fitnah belaka. Tiada yang benar melainkan bohong belaka.

Kami tahu anda bosan dengan cerita artis tak popular ini, tapi kami cuma nak update perkembangan buat mereka yang mahu mengetahui apakah finale kisah ini.

July 14th, 2010

sms dari tom

Memang gila. Kalaulah semua sms dan mesej-mesej dari Tom ini memang sebenar-benarnya datang dari Tom, maka jelas dan nyatalah Tom bersalah. Tapi mungkin semua mesej-mesej ini satu rekaan. Oh ye, mesej SMS adalah datang dari mangsa sendiri. Baca info dan tengok gambar yang kami cilok dari Murai dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Maaflah asyik keluar cerita pasal Tom jer. Kami sebenarnya tak berminat pun nak tulis. Tapi kronologi cerita dia semakin kompleks menyebabkan kami terasa ingin berkongsi. Maafkan kami kalau anda bosan.

Sebelum berlakunya pergaduhan serta perang mulut yang melibatkan juara Mystar LG3, Raja Farah Afzal Raja Ikram atau Tom,23, dengan keluarga mangsa pukul pada petang Ahad lalu (11 Julai 2010) di Damansara Utama, adik mangsa iaitu Nur Umirah Ali atau Miera, 17, lebih dulu berperang SMS dengan bintang realiti ini.

Malah, SMS yang diterima Miera daripada Tom lebih menjurus kepada SMS yang berbentuk ugutan serta caci maki. SMS itu diterima selepas dia memberikan keizinan kepada kakaknya (mangsa), Zaireen Sofia Abu Bakar atau Ayin,23 untuk menggunakan akaun ID miliiknya di laman MySpace untuk mengesan Tom yang dikatakan sering mengemas kini akaun peribadinya.

Difahamkan tujuan mangsa berbuat demikian adalah untuk mendapatkan pengesahan daripada mulut Tom sendiri tentang hubungannya dengan suaminya. Mangsa ketika mendapat tahu bahawa Tom telah menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya.

Namun, tindakan Miera yang membenarkan mangsa menggunakan ID miliknya itu telah mendatangkan bahana buat dirinya. Dengan tidak semena-mena dia telah menerima panggilan daripada Tom yang marah-marah kerana menganggap dia yang berinteraksi dengan Tom di dalam MySpace tersebut.

Selepas menerima panggilan tersebut, Miera kemudian dikatakan menerima SMS yang mengandungi kata-kata ugutan serta caci makian daripada Tom. Sejak itu, berlakulah perang SMS di antara mereka berdua. Lebih mengejutkan Mira lagi, bila Tom juga ada membuat pengakuan mempunyai hubungan dengan suami mangsa menerusi SMS tersebut.

Apa yang pasti, disebabkan terlalu bimbangkan keselamatan dirinya dan kakaknya itu, Miera telah membuat laporan polis di Balai Polis Taiping, Perak pada 22 Jun 2010.

Berikut adalah wawancara murai.com.my dengan Miera:

“Sebenarnya, myspace itu adalah milik saya. Kakak saya tidak mempunyai akaun myspace. Jadi, dia minta nak gunakan myspace saya untuk berhubung dengan Tom untuk bertanya pelbagai soalan berkaitan hubungan suaminya dengan Tom.

“Selepas kakak dan Tom berbalas komen dalam myspace, tiba-tiba saya mendapat panggilan daripada Tom pada jam 2 pagi 22 Jun lalu. Tom pesan pada saya supaya mulut jangan kurang ajar sangat. Mulanya saya tak tahu siapa yang buat panggilan itu. Bila saya tanya siapa dia, barulah dia kata dirinya adalah Tom.

“Selepas telefon, Tom terus memberikan SMS kesat dan berbau ugutan pada saya sehinggalah abang saya bernama Anas membalas SMS itu bagi pihak saya. Disebabkan takut dan bimbang, saya terus membuat laporan polis atas tindakan Tom terhadap diri saya,” katanya.

Dalam pada itu, mangsa juga dikatakan telah menghantar SMS berkaitan rakaman video yang disiarkan dalam program Melodi TV3. Difahamkan, segala video yang tersiar itu adalah lakonan yang terpaksa dibuat mangsa selepas menerima ugutan daripada suami mangsa dan Tom.

Berikut adalah terjemahan SMS yang dikirim mangsa kepada Miera sebelum pengakuan melodi di siarkan semalam (Ahad, 11 Julai 2010)

Mangsa: Miera How are you? Miera ok ke? I know u cant accept me da, but i miss u n mama so bad. A lot. Just to inform u.Ahad ni tengoklah terjah. It’s all fake. I cant be honest to myself. Miera take care ok. Now i realise apa pun, I love u n my baby more. Really2 in hurt..

Mangsa: Aah.tgk jela. Plastik semua. Mesti Miera tak caya. Tapi muka sensed. Sekejap. Baby nangis. Ayin akan selesaikan semuanya. Ayin janji.

Mangsa: Haha. Dia jaga Ayin? Kawan Ayin? Tengoklah dalam terjah nanti. Dia siap ngaku kakak angkat lagi…kawan baik. Kawan rapat. Isk! Tunggu je la. Just wait and see. Konfem Miera tengok miera menyirap punya.

Mangsa: Miera percaya Ayin ke atau Tom?

Mangsa: Mirea, jangan SMS da. Angah (panggilan untuk suaminya) dah balik. Love you.

Berikut adalah terjemahan SMS dari mangsa kepada bapa mentuanya. SMS ini dikirimkan sebaik saja mangsa dibawa lari suaminya ke Kuala Lumpur.

Mangsa: Mak, abah..tolong Ayin. Ayin nak balik. Angah (suami)…dia tipu Ayin mak. Hari tu Ayin terpaksa berlakon..Mak Abah, Ayin kena pukul kat sini. Tolong Ayin.

Mangsa: Mak abah…Ayin akan minta Angah lepaskan Ayin. Ayin tak boleh hidup dengan dia (suami) dah. Cukuplah dia da tidur sekatil dengan perempuan tu (Tom) depan mata Ayin. Ayin harap Ayin tetap akan jadi anak mak dengan abah.

sms dari tom

sms dari tom

sms dari tom

sms dari tom

sms dari tom

sms dari tom

.

sms dari tom

sms dari tom

sms dari tom