Tom – Terpulang Pada Orang Untuk Menilai

Hiburan

Tom – Terpulang Pada Orang Untuk Menilai

tom mystarz

Wokei kalau selama ini kita dihidangkan dengan kisah dari pihak mangsa tentang Tom Mystarz LG nie. Kali ini meh kita dengar dari pihak Tom pulak. Bak kata Tom, terpulanglah pada orang untuk menilai. Jadi sama-samalah kita membandingkan cerita dan menilai seadil-adilnya. Ikuti temubual Tom dengan portal GUA.

Advertisement

Insiden juara My Starz LG musim ketiga Tom, atau nama penuhnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 23, dibelasah petang semalam oleh empat orang lelaki menjadi berita hangat di kebanyakan akhbar hari ini. Tom boleh dikira bernasib baik kerana hanya mengalami lebam-lebam di badan.

Kecederaannya mungkin lebih serius jika bukan kerana tindakan Ayin, nama sebenar Zaireen Sofia Abu Bakar – wanita yang selama ini dilaporkan media massa telah dipukul Tom malah kononnya melihat dengan matanya sendiri, suaminya dan Tom melakukan hubungan terlarang – cuba melindungi Tom dari di sepak terajang.

Meskipun ada terasa seakan tidak percaya apa yang dilaporkan itu benar-benar telah berlaku, namun ia bukan sesuatu yang telah direka kerana insiden tersebut bukan saja disaksikan para wartawan yang telah dipelawa untuk hadir bersama dalam pertemuan tersebut, malah telah dirakam pihak media. Sempat melihat rakaman itu, yang dapat GUA katakan, ia sesuatu yang mengerunkan, melihat seorang individu dibelasah sekumpulan orang.

Cerita Tom, apabila dihubungi GUA petang tadi, dia bersama Ayin dan suaminya sedang menjamah makanan di rumah apabila Nas Ahmad, wartawan Melodi yang telah menemuramah Tom untuk menjelaskan isu dia didakwa memukul Ayin dan bersetubuh dengan suami Ayin, menelefon untuk bertanyakan tentang identiti seorang lelaki yang mengelarkan dirinya Bulat.

Apa sebenarnya yang berlaku petang semalam sehingga Tom dibelasah?
Kami kat rumah, tengah nak makan. Tiba-tiba abang Nas telefon, tanya siapa Bulat. Ayin kata, itu abangnya. Cerita abang Nas, Bulat tak puas hati dengan abang Nas dan dia nak buat sidang media. Lepas tu, Ayin ‘call’ abangnya, tanya apa masalahnya lagi dan mintanya jangan ganggu mereka lagi.

Kata Bulat, bukannya dia tak puas hati dengan Ayin tetapi dengan Tom. Bulat bagitau dia tak puas hati sebab Tom pukul Ayin. Tapi Tom kata, Bulat boleh tanya sendiri kat Ayin, betul ke tak benda tu. Ayin pun cakap, mana ada tapi dia tetap tak puas.

Kita pun ajak berjumpa, masa yang sama boleh juga dia jumpa anak saudaranya. Kalau boleh kami nak selesaikan benda ni dengan baik. Dia pun kata okay, boleh. Mulanya, dia ajak jumpa kat rumah tapi Tom kata tak nak sebab takut kalau ada apa-apa nanti Tom mungkin dituduh menceroboh. Tom pun ajak jumpa kat Balai Polis Damansara. Tapi sampai kat sana, ramai giler wartawan. Bulat yang nak bawa wartawan sekali padahal kami nak ‘settle’ cara elok.

Kami pun henti dekat ‘area’ situ juga untuk jumpa Bulat sorang. Dia jumpa Ayin, peluknya. Kami pun minta dia ‘check’, tengok ada tak kesan lebam kat badan Ayin, tanya Ayin sendiri jika Tom ada pukul. Tapi dia masih macam tak puas hati juga. Masa tu, Tom dah nampak banyak kereta ‘parking’. Kami cuma datang berempat, bawa orang-orang yang terbabit je.

Bulat datang kat Tom dan ajak sembang. Tapi tak sempat bincang, adik lelakinya datang. Dia kata kat Tom, ‘Tom, aku akan jatuhkan kau.’ Sebenarnya, benda ni berkait. Tom pernah bercinta dengan adiknya. Ibu kitorang sebelum ni berkawan. Semua benda ni berkait-kait, hal peribadi keluarga… Ditambah pula, dari awal percintaan Ayin dan suaminya, keluarga Ayin memang tak suka suaminya sebab dia orang kebanyakan. Cerita mereka ni macam cinta antara dua darjat.

Tiba-tiba, seorang lelaki ni datang, sepak Tom. Ayin tu lari-lari peluk Tom, rayu ‘Jangan pukul dia.’ Dia ‘protect’ Tom sampai dia pun kena pukul. Lepas tu, Tom naik kereta dan pergi ‘report’ polis.

Apa yang terlintas di fikiran Tom ketika diserang?
Sedih. Mereka tak sepatutnya pukul perempuan. Mak ayah Tom pun tak pernah pukul Tom. Dan mereka siap lagi pukul depan media dan orang awam. Tom tak boleh terima dimalukan macam itu.

Ikut cerita ayah Ayin, Ayin ada hantar SMS kepada bapa mentuanya, dakwanya dia dipukul suami dan Tom, dan lepas tu ada pula SMS kata suaminya dan Tom tidur sekatil.
Mulanya, kami tak tahu yang Ayin ada hantar SMS itu. Tapi satu hari, bila Tom kata nak balik kampung, suami Ayin pun nak ikut sama, nak bawa Ayin dan bayi jumpa keluarga di kampung. Bila dia ‘call’ ibunya kata nak balik, baru kami tahu cerita tentang SMS itu. Ibunya ‘forward’-kan SMS yang dikirim Ayin.

Apabila suami Ayin tanya Ayin tentang SMS itu, dia mengaku menghantarnya tapi katanya, masa tu dia tengah marah dan ‘jealous’ hubungan suaminya dan Tom sebelum ini. Tapi benda tu dah cerita lama. Masa Ayin mula-mula datang ke rumah, Ayin memang tak selesa. Tapi bila sudah lama duduk dengan Tom, dia lebih rapat dengan Tom dari suaminya. Apa yang dikatakan Ayin dalam SMS-nya itu tak pernah berlaku.

Dari kenyataan yang dikeluarkan ayah Ayin juga, ia seakan memberi gambaran yang suami Ayin ni bukan seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab. Tom mengenalinya sejak dari sekolah lagi, bagaimana orangnya?
Tentang suami Ayin ada masalah dengan dadah, benda dadah ni boleh saja kita dapat bukti dari polis. Kalau tak pun, cuba ambil ujian air kencing dia (suami Ayin) dan anak-anaknya (adik-beradik Ayin), dan tengok siapa yang ambil dadah.

Nak kata dia takde kerja, baru tiga, empat hari lepas dia dapat kerja di KL. Cuma masa dia datang dari Taiping, dia memanglah menganggur, ditambah pula lepas Ayin bersalin dan ketika berpantang, dia jaga. Bila Ayin dah ‘okay’ sikit, dia mula cari kerja. Nak kata dia seorang yang tidak bertanggungjawab, Tom tak setuju.

Sejak tersebarnya cerita ini, ramai yang kecam Tom. Tom baru nak naik, takkan Tom nak buat benda-benda macam ni. Selama ini Tom yang jaga mereka. Bila Ayin bagitau perutnya sakit, Tom yang hantar ke hospital, pegang kad merah dan IC-nya, daftarkannya. Diorang tak tolong pun. Tom jaga Ayin dari dia mengandung sampai habis pantang.

Tom sedih dengan apa yang berlaku. Keluarga Ayin tak tahu yang selama ini Tom yang jaga Ayin. Tom buat baik, tak minta balasan macam ni, aibkan Tom dan keluarga Tom. Tujuan kita nak bincang elok-elok tapi mereka nak nak jatuhkan Tom. Orang luar boleh buat kesimpulan sendiri, nilai sendiri. Terpulanglah pada mereka. Sekurang-kurangnya Tom dah cuba bersihkan nama. Apa lagi yang boleh Tom katakan.

Apa reaksi keluarga Tom?
Semalam baru diorang tahu tentang perkara ini, tentang Tom dipukul. Mereka tahu Tom tak buat benda-benda tu. Mereka risaukan Tom, kesihatan, kecederaan Tom… Ibu menangis, katanya ‘Sampai hati Kak Liza buat anak mak macam ni.’

Kesan insiden ini ke atas kerjaya Tom.
Semuanya berjalan seperti biasa. Tom ada ‘recording’ petang ni. Lagipun, orang-orang di label rakaman Tom kenal sangat Tom.

Bagaimana keadaan Ayin sekarang?
Sampai sekarang, Tom, suami Ayin, semuanya tak dapat hubungi Ayin atau keluarganya. Semua dah ‘off’-kan ‘handphone’.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...