May 11th, 2012

Sebelum ini Abang Nara pernah ceritakan tentang The Sparkle Project Yuna. Senang cerita, The Sparkle Project ini ialah projek untuk buat satu video klip menggunakan hanya Samsung Galaxy Note. Yang bestnya, idea-idea untuk video klip Sparkle ini boleh datang daripada kita semua.

yuna sparkle

Selaku kipas susah mati Yuna, sudah tentu Abang Nara akan join The Sparkle Project ini. Penat jugak otak Abang Nara memikirkan apakah idea yang sesuai dikongsikan untuk tema “Beauty & Dreams” ini. Fikir punya fikir, Abang Nara come up dengan idea di bawah.
yuna zarai

Yeah ~~ Anak Abang Nara yang kini sudah berusia 3 bulan sudah tentu merupakan perkara yang paling beauty pernah terjadi di dalam hidup Abang Nara. Selepas mendapat persetujuan wife yang tercinta, Abang Nara dengan segera mengupload gambar si comel ini ke website The Sparkle Project.

yuna zarai

Abang Nara berharap agar idea Abang Nara yang kreatif dan comel ini akan mendapat perhatian Yuna sekaligus akan dimuatkan ke dalam video klip The Sparkle. Teruja rasanya kalau gambar anak Abang Nara yang comel itu dapat interframe barang sesaat dua di dalam video klip yang bakal dishoot 100% menggunakan Samsung Galaxy Note.

samsung galaxy note

Abang Nara dah hantar idea Abang Nara. Takkan korang pun taknak terlibat di dalam The Sparkle Project nie. Hantarkan idea kreatif anda hari ini juga di website The Sparkle Project.

May 3rd, 2012

Abang Nara memang seorang peminat Yuna. Sebelum Yuna femes dulu pun Abang Nara sudah mula menulis mengenai Yuna. Kini Yuna sudah super duper femes. Namun sebagai seorang manusia biasa, Yuna masih memerlukan pertolongan kita semua untuk menjayakan The Sparkle Project.

yuna the sparkle project

Dan Yuna siap buat video untuk memohon idea-idea anda yang kreatif untuk menjayakan video klip yang bakal diambil sepenuhnya menggunakan Samsung Galaxy Note.

Setiap minggu mempunyai tema yang berbeza. Tema untuk minggu ini ialah ‘Beauty and Dreams’. Abang Nara dah ushar website The Sparkle Project dan banyak sungguh idea-idea kreatif yang telah dikongsikan. Idea-idea anda yang terpilih sama ada menerusi tulisan,gambar atau video akan dimuatkan di dalam video klip Yuna nanti. Awesome kan?

yuna the sparkle project

Abang Nara suka dengan idea tulisan yang telah diupload oleh salah seorang peminat Yuna. Kreatif sangat!!!

yuna the sparkle project

Dan Abang Nara tahu pembaca BeautifulNara semua sangat kreatif, romantik, jiwang karat dan berbakat. Jadi apa kata bantu Yuna dengan idea-idea mantap anda agar The Sparkle video klip nanti akan menjadi lebih awesome.

yuna the sparkle project

Hantarkan idea anda sekarang jugak ke The Sparkle Project Website.