Written by AbangNara | November 25th, 2013

Berita sedih buat peminat dunia hiburan amnya dan peminat pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad khususnya. Pelakon yang seringkali dikaitkan dengan kontroversi ini telah mengumumkan persaraannya daripada dunia lakonan tanah air. Drama “Bukan Kerana Aku Tak Cinta” adalah drama terakhir lakonannya.

sharnaaz ahmad bersara

Keputusan mengejut ini diambil oleh Sharnaaz kerana terlalu banyak gosip, kontroversi dan fitnah yang melanda dirinya sepanjang menceburi dunia hiburan. Dengan persaraan ini, Sharnaaz berharap agar hati ibu bapa dan adik beradiknya tidak lagi dilukai. Kata Sharnaaz:-

Saya bukan kecewa, tetapi dengan apa yang berlaku, satu persatu gosip dan kontroversi melanda diri, saya fikir biarlah saya berundur diri. Saya tidak mahu mengguris hati dan perasaan sesiapa lagi. Paling penting, saya tidak terus melukakan hati ibu bapa dan adik beradik, mereka adalah insan yang sentiasa berada di belakang saya ketika susah dan senang.

sharnaaz ahmad bersara

Pasti ada peminat wanita terutamanya yang kecewa dengan keputusan Sharnaaz ini. Namun Abang Nara respek dengan pendirian Sharnaaz yang mementingkan kebahagiaan walaupun rezekinya melimpah ruah di dalam bidang lakonan. Duit banyak tapi hati tak senang apa guna kan? Abang Nara serius terharu mendengar kata-kata Sharnaaz mengenai keputusannya ini:-

Saya akan menyambung semula kerja di bidang hartanah atau industri minyak dan gas yang pernah dilakukan. Saya lakukan ini demi keluarga saya. Hati ibu bapa dan keluarga saya sudah kerap kali terguris dengan cerita yang bukan-bukan, saya tidak mahu terus melukakan hati mereka. Cukuplah…

Saya tidak berdendam dengan sesiapa. Saya tidak pernah membenci mereka, buatlah apa sahaja, terserah! Saya terima dengan hati terbuka. Mungkin pengunduran saya membuatkan mereka lebih senang hati. Saya keluar industri hiburan dengan hati yang rela. Asalkan saya melihat satu wajah gebira. Mungkin setakat ini saja perjuangan saya dalam dunia seni. Allah SWT Maha Kuasa.

sharnaaz ahmad bersara

Kagum Abang Nara dengan keputusan yang diambil oleh Sharnaaz Ahmad lebih-lebih lagi ketika namanya sedang meningkat naik. Bukan senang untuk membuat keputusan sebegini. Namun demi keluarga, ia adalah satu tindakan yang amat berbaloi pada pandangan Abang Nara. Semoga Sharnaaz akan terus maju jaya dalam bidang yang bakal diceburinya kelak. Sama-samalah kita doakan.

bbw

P.S: Segalanya lebih murah dari harga pasaran. Dan yang paling menarik, semuanya ORIGINAL dan BERJENAMA. Semua barangan ada…keperluan rambut, minyak wangi, handbag, alat solek dan segala macam lagilah..BestBuy-World memang BEST lah. Sungguh. Kalau tidak percaya, jom layari sendiri my.bestbuy-world.com dan LIKE Facebook BestBuyWorldMalaysia untuk melihatnya sendiri.

Written by AbangNara | October 24th, 2013

Kesian juga Abang Nara sebenarnya terhadap Sharnaaz Ahmad ini. Tak habis-habis ditimpa kontroversi. Asal ada benda tak elok je, mesti nama Sharnaaz yang terpacul keluar. Terbaru, Sharnaaz dikatakan menjadi punca keretakan hubungan pasangan Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim.

sharnaaz dan pekin

Kemesraan hubungan Sharnaaz dan Uqasha dikatakan sehingga ke tahap Uqasha datang ke rumahnya untuk menonton DVD. Namun Sharnaaz menafikan dakwaan tersebut dan menerangkan yang dia hanya berhubung dengan Uqasha ketika di set penggambaran. Kata Sharnaaz:-

Saya tidak tahu perkara ini. Saya hanya berhubung dengan Uqasha ketika di set pengambaran sahaja. Hendak kata mesej sampai ke rumah, rasanya tidak ada.

Saya rasa, buat masa sekarang, lebih baik saya jumpa Pekin dahulu untuk mengetahui perkara sebenar. Kalau saya beri komen yang melampau tanpa mengetahui perkara sebenar pun tidak elok rasanya.

Kes pukul pun tidak selesai lagi, sudah datang kontroversi baru. Banyak sangat kontroversi sampai saya pun sudah penat nak melayan semuanya.

sharnaaz

Susah juga menjadi lelaki kacak macam Sharnaaz nie kan? Ada sahaja cerita yang kurang enak didengar mengaitkan wanita dengan dirinya. Mungkin Sharnaaz kena mandi bunga untuk buang badi (gurau-gurau jer). Hehe. Apa pun diharap pertemuan Pekin dan Sharnaaz nanti berlangsung dalam suasana baik dan tidak timbul sebarang pergaduhan.

running man book

P.S: Anda penggemar Runningman? Ikuti aksi mendebarkan, kelakar pecah perut, dan drama air mata. Kini, siri Runningman diterbitkan dalam bentuk komik yang pasti mencuit hati. Stiker percuma untuk setiap pembelian komik ini. Dapatkan segera di www.bookcafe.com.my atau kedai-kedai buku berhampiran anda sekarang!

Written by AbangNara | November 5th, 2012

Mengejutkan sungguh dakwaan daripada kru produksi drama yang bertajuk Darah Panas ini. Tak sangka pula Sharnaaz Ahmad sanggup melakukan perkara sebegini. Kalau ini benar-benar terjadi, pastinya reputasi Sharnaaz akan jatuh di mata peminat-peminatnya.

sharnaaz

Tragedi ini berlaku kepada seorang kru yang bernama Hafiz. Hafiz menguruskan bahagian pakaian. Oleh kerana terpaksa pakaian terpaksa ditukar, Hafiz tiba di tempat penggambaran lewat beberapa jam. Kata Hafiz kepada B*Pop semalam:-

Apabila saya turun daripada kereta, pengurusnya memanggil saya. Dia tanya kenapa saya lambat? Kemudian Sharnaaz pula panggil saya. Dia cakap “kau ingat aku balaci kau, tunggu lama”. Saya minta maaf. Saya cakap saya beli pakaian. Tiba-tiba Sharnaaz tolak saya dan cengkam leher saya dengan tangannya sehingga badan saya rapat ke dinding. Siku saya terkena kayu dan berdarah. Parut masih ada lagi. Tindakannya memang kurang ajar.

Fuh. Seram gila kan? Tragedi ini seolah-olah mengesahkan lagi khabar angin sikap panas baran Sharnaaz Ahmad. Mungkin Sharnaaz perlu belajar mengawal kemarahannya. Orang kata, kalau dah kahwin panas baran akan kurang secara automatik. Mungkin Sharnaaz perlu berkahwin secepat mungkin. Hehehe.

P.S: Rumah bertemakan Wild West untuk dijual.