January 9th, 2013

Oh yeah ~~~~~ Berita baik kepada semua Kpop lovers. Ini adalah peluang sekali seumur hidup anda untuk memenangi tiket ke majlis gilang-gemilang Golden Disk Awards ke 27 di mana Samsung adalah penaja utama yang bakal berlangsung pada 15 & 16 Januari ini di Sepang International Circuit.

samsung galaxy gda

Abang Nara memang super excited sebab nak jumpa member lama iaitu tak lain tak bukan G-Dragon. Dah lama tak jumpa berborak dengan dia. Dulu selalu lepak kat kedai makan sama-sama lepas dia habis show. Rindu pulak kat si G-Dragon nie. Abang Nara pasti korang pun nak tahu cara nak dapatkan tiket bernilai RM688 secara percuma kan?

samsung galaxy gda

Meh sini Abang Nara bagi contoh. Abang Nara nak upload video Kpop memanglah tak reti kan. Jadi Abang Nara ushar-ushar Samsung K-pop Facebook App dan tengok video mana yang paling menarik hati. Jadi kat video itu, kita kena bagi komen yang membina kepada mereka. Bagi semangatlah senang cerita.

samsung galaxy gda

Senang je kan? Takkanlah untuk dapatkan tiket bernilai RM688 pun korang tak boleh lakukan benda senang nie. Takkan korang nak lepaskan peluang menghadiri majlis anugerah industri hiburan Korea yang paling besar? Hampir kesemua nama-nama besar akan turun padang berkumpul di Malaysia buat pertama kalinya.

samsung galaxy gda

Abang Nara dah buat dah kesemuanya. Kalau Abang Nara menang, bolehlah melepaskan kerinduan melihat tarian hebat artis-artis Kpop. Dah lama rasanya tidak melihat kehebatan tarian dan nyanyian artis-artis Korea secara live. Showmanship mereka pasti akan sangat awesome lebih-lebih lagi si G-Dragon tue.

samsung galaxy gdaJumpa anda di Golden Disk Awards nanti!!!

May 11th, 2012

Sebelum ini Abang Nara pernah ceritakan tentang The Sparkle Project Yuna. Senang cerita, The Sparkle Project ini ialah projek untuk buat satu video klip menggunakan hanya Samsung Galaxy Note. Yang bestnya, idea-idea untuk video klip Sparkle ini boleh datang daripada kita semua.

yuna sparkle

Selaku kipas susah mati Yuna, sudah tentu Abang Nara akan join The Sparkle Project ini. Penat jugak otak Abang Nara memikirkan apakah idea yang sesuai dikongsikan untuk tema “Beauty & Dreams” ini. Fikir punya fikir, Abang Nara come up dengan idea di bawah.
yuna zarai

Yeah ~~ Anak Abang Nara yang kini sudah berusia 3 bulan sudah tentu merupakan perkara yang paling beauty pernah terjadi di dalam hidup Abang Nara. Selepas mendapat persetujuan wife yang tercinta, Abang Nara dengan segera mengupload gambar si comel ini ke website The Sparkle Project.

yuna zarai

Abang Nara berharap agar idea Abang Nara yang kreatif dan comel ini akan mendapat perhatian Yuna sekaligus akan dimuatkan ke dalam video klip The Sparkle. Teruja rasanya kalau gambar anak Abang Nara yang comel itu dapat interframe barang sesaat dua di dalam video klip yang bakal dishoot 100% menggunakan Samsung Galaxy Note.

samsung galaxy note

Abang Nara dah hantar idea Abang Nara. Takkan korang pun taknak terlibat di dalam The Sparkle Project nie. Hantarkan idea kreatif anda hari ini juga di website The Sparkle Project.

April 23rd, 2012

Nampaknya semakin ramai yang sudah menyertai pertandingan Samsung Global Blogger dengan menghantar video masing-masing. Abang Nara semalam sempat layan beberapa video daripada Malaysia dan ternyata anda semua memang sangat kreatif. Susah jugak kalau Abang Nara nak menang hadiah percutian ke London nie.

ke london

Video penyertaan Abang Nara masih in the making lagi. Sukar jugak rupanya nak buat video yang benar-benar berkualiti. Selain daripada mimik muka yang pelbagai, macam-macam lagi tips yang dikongsi laman web Samsung Global Blogger. Antaranya ialah:-

1. Gunakan rakaman HD supaya video nampak lebih berkualiti
2. Gunakan tripod supaya video tidar bergetar.
3. Pastikan audio jelas supaya orang dapat dengar tanpa maximumkan volume>
4. Be funny, be kreative and be yourself.

Bagi Abang Nara, contoh video yang terbaik tak lain tak bukan daripada si Jamie Oliver nie:-

Abang Nara tengah buat video yang bertemakan impian Abang Nara sekiranya terpilih menjadi Samsung Global Blogger. Dapat merasakan kemeriahan Olimpik, dapat jumpa kawan-kawan baru dari seluruh dunia, dapat jalan-jalan kat London. Dan paling penting, dapat pergi tengok stadium Manchester United. Silap-silap dapat jumpa encik David Beckham.

ke london

So tunggu apa lagi? Buat video 30 saat anda dan sertai pertandingan Samsung Global Blogger hari ini jugak.