Menangi Tiket Ke Samsung GALAXY 27th Golden Disk Awards

Hiburan

Menangi Tiket Ke Samsung GALAXY 27th Golden Disk Awards

Oh yeah ~~~~~ Berita baik kepada semua Kpop lovers. Ini adalah peluang sekali seumur hidup anda untuk memenangi tiket ke majlis gilang-gemilang Golden Disk Awards ke 27 di mana Samsung adalah penaja utama yang bakal berlangsung pada 15 & 16 Januari ini di Sepang International Circuit.

samsung galaxy gda

Advertisement

Abang Nara memang super excited sebab nak jumpa member lama iaitu tak lain tak bukan G-Dragon. Dah lama tak jumpa berborak dengan dia. Dulu selalu lepak kat kedai makan sama-sama lepas dia habis show. Rindu pulak kat si G-Dragon nie. Abang Nara pasti korang pun nak tahu cara nak dapatkan tiket bernilai RM688 secara percuma kan?

samsung galaxy gda

Meh sini Abang Nara bagi contoh. Abang Nara nak upload video Kpop memanglah tak reti kan. Jadi Abang Nara ushar-ushar Samsung K-pop Facebook App dan tengok video mana yang paling menarik hati. Jadi kat video itu, kita kena bagi komen yang membina kepada mereka. Bagi semangatlah senang cerita.

samsung galaxy gda

Senang je kan? Takkanlah untuk dapatkan tiket bernilai RM688 pun korang tak boleh lakukan benda senang nie. Takkan korang nak lepaskan peluang menghadiri majlis anugerah industri hiburan Korea yang paling besar? Hampir kesemua nama-nama besar akan turun padang berkumpul di Malaysia buat pertama kalinya.

samsung galaxy gda

Abang Nara dah buat dah kesemuanya. Kalau Abang Nara menang, bolehlah melepaskan kerinduan melihat tarian hebat artis-artis Kpop. Dah lama rasanya tidak melihat kehebatan tarian dan nyanyian artis-artis Korea secara live. Showmanship mereka pasti akan sangat awesome lebih-lebih lagi si G-Dragon tue.

samsung galaxy gdaJumpa anda di Golden Disk Awards nanti!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...