June 19th, 2018

Hari Raya Aidilfitri adalah hari kita bertemu keluarga yang tercinta untuk melepaskan rindu di dada. Pada hari raya ketiga iaitu Ahad yang lalu, satu dunia turut sama menyambut Hari Bapa. Tidak mahu melepaskan peluang berkongsi kegembiraannya, Nur Sajat telah memuatnaik gambar bersama ayahnya di Instagram dengan caption “My king ?Ayah ku… Ramai yang kata wajah sajat ikut ayah.. Biasa nya klu ikut wajah ayah, mesti cun kan???? #perasanlebih #anakayah #sajatsayangayah #myking #rayake3

ayah nur sajat

Sejujurnya memang apa yang dikatakan oleh Sajat itu tepat dan benar sekali. Anak perempuan kalau ikut muka ayah, memang akan cun melecun. Anak lelaki kalau ikut muka emak, memang hensem teruk. Namun begitu para netizen telah mengambil kesempatan untuk membahan Nur Sajat atas perkongsian gambar tersebut. Iyerlah, seperti yang kita ketahui, sehingga ke hari ini status jantina Sajat masih menjadi persoalan dan tanda tanya seantero Malaysia.

ayah nur sajat
ayah nur sajat
ayah nur sajat
ayah nur sajatLebih menyeramkan siap berlaku pergaduhan di ruangan komen Instagram Nur Sajat di antara penyokong dan pem”benci” selebriti ini. Fuh. Namun begitu Sajat tidak mengambil pusing akan kata-kata nista yang dilemparkan kepadanya. Bagi Sajat, cukuplah kebenaran diketahui oleh kedua ibu bapanya.
ayah nur sajat

Untuk makluman, hubungan Nur Sajat dan kekasihnya, Coach Yin juga kelihatan telah pulih. Mereka berdua telah memuatnaik gambar bersama-sama di Aidilfitri ini. Biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula boyfriend girlfriend. Tak gitu?

ayah nur sajat

Semoga Sajat bertemu kebahagiaan dan kebenaran yang dicari satu hari nanti. Sama-sama kita doakan.

September 29th, 2017

Jika anda ada menyimpan hasrat untuk mengorat Nur Sajat, lupakanlah sahaja niat murni anda itu. Pengasas kosmetik terkenal ini kini sudah bersedia untuk berkahwin dan bakal mendirikan rumahtangga dengan kekasih hatinya yang sado iaitu Coach Yin. Mengikut perancangan Sajat, majlis perkahwinannya akan berlangsung pada tahun hadapan.

sajat kahwin

Coach Yin merupakan seorang jurulatih kecergasan di pusat gimnasium. Jika sebelum ini hubungan mereka dirahsiakan, namun kebelakangan ini Nur Sajat sering memuatnaik gambar mereka berdua bersama. Walaupun begitu, Sajat tidak terburu-buru untuk berkahwin selagi “target” di dalam dunia perniagaan tidak tercapai. Kata Sajat:-

Sajat pun bukan tua, masih muda lagi. Jadi sekarang nak fokus pada bisnes dulu. Dalam bisnes ini, kita tak boleh fokus pada satu-satu bisnes sahaja. Lagipun Sajat masih ada sasaran yang belum dicapai. Tunggulah hujung tahun depan, Insya-Allah. Doakan yang baik-baik ajela. Sajat akui sudah berpunya cuma soal teman hidup Sajat letakkan di tempat ketiga. Bagi Sajat bisnes dan keluarga lebih penting ketika ini dan pasangan hidup ibarat persinggahan

sajat kahwin

Sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat Sajat bersanding di atas pelamin. Pasti meletup-letup bersinar dan marvelous Sajat di hari bahagianya kelak. Sama-samalah kita doakan agar segala perancangan Sajat berjalan dengan lancar. Tahniah Sajat.

July 26th, 2017

Nama Nur Sajat sejak kebelakangan ini memang cukup popular. Baru-baru ini, telah tersebar beberapa keping gambar yang dikatakan menunjukkan nama sebenar Nur Sajat iaitu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sehingga mencetuskan spekulasi mengenai jantina sebenar wanita itu. Spekulasi ini baru sahaja berlaku sehingga Sajat menganggap ia adalah kerana ada pihak yang cemburu dengan kejayaan di dalam perniagaan bidang kosmetik.
sajatSecara teorinya, sudah pasti ramai yang cemburu dengan Nur Sajat. Dah lah cantik, kaya, berjaya, popular dan menjadi tumpuan ramai. Adatlah dalam dunia ini, bila kita berada di atas, pasti ramai yang nak jatuhkan kita. Namun Sajat tidak terkesan dengan kecemburuan ini. Kata Sajat:-

Saya anggap semua ini sebagai resam apabila kita sudah mencapai sesuatu. Saya tahu ada yang tidak senang dengan pencapaian saya. Apabila saya sudah berjaya, baru semua ini timbul, kenapa tidak ketika saya bukan siapa-siapa dan tidak ada apa-apa dulu?

Bagi saya, setiap yang positif saya ambil untuk memotivasikan diri dan terus menjadi lebih baik, manakala yang negatif saya jadikan teladan untuk berhati-hati.

Ini adalah cabaran yang perlu saya hadapi sebagai usahawan. Apapun, semua ini tidak sedikit pun melemahkan saya, sebaliknya memberikan saya semangat untuk terus berjaya

sajat

Semoga Sajat tabah menghadapi dugaan dan cabaran sebegini. Pedulikanlah kata-kata orang. Yang penting kita tahu realiti dan fakta sebenar. Biasalah mereka yang cemburu ini memang ada di mana-mana. Semoga Sajat terus fokus dengan perniagaannya dan tidak memikirkan sangat pertikaian orang ramai tentang jantinannya. Sumber Berita Harian.