Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nur Sajat Sudah Bersedia Untuk Berkahwin Tahun Depan

Jika anda ada menyimpan hasrat untuk mengorat Nur Sajat, lupakanlah sahaja niat murni anda itu. Pengasas kosmetik terkenal ini kini sudah bersedia untuk berkahwin dan bakal mendirikan rumahtangga dengan kekasih hatinya yang sado iaitu Coach Yin. Mengikut perancangan Sajat, majlis perkahwinannya akan berlangsung pada tahun hadapan.

sajat kahwin

Advertisement

Coach Yin merupakan seorang jurulatih kecergasan di pusat gimnasium. Jika sebelum ini hubungan mereka dirahsiakan, namun kebelakangan ini Nur Sajat sering memuatnaik gambar mereka berdua bersama. Walaupun begitu, Sajat tidak terburu-buru untuk berkahwin selagi “target” di dalam dunia perniagaan tidak tercapai. Kata Sajat:-

Sajat pun bukan tua, masih muda lagi. Jadi sekarang nak fokus pada bisnes dulu. Dalam bisnes ini, kita tak boleh fokus pada satu-satu bisnes sahaja. Lagipun Sajat masih ada sasaran yang belum dicapai. Tunggulah hujung tahun depan, Insya-Allah. Doakan yang baik-baik ajela. Sajat akui sudah berpunya cuma soal teman hidup Sajat letakkan di tempat ketiga. Bagi Sajat bisnes dan keluarga lebih penting ketika ini dan pasangan hidup ibarat persinggahan

sajat kahwin

Sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat Sajat bersanding di atas pelamin. Pasti meletup-letup bersinar dan marvelous Sajat di hari bahagianya kelak. Sama-samalah kita doakan agar segala perancangan Sajat berjalan dengan lancar. Tahniah Sajat.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

204 Comments

  1. Anonymous

    April 10, 2018 at 5:58 pm

    Laki kahwin laki. Bala apa pulak nak Mai lepas ni Xtahu laa. Aku berlepas diri drpd golongan ni. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top