Written by AbangNara | January 2nd, 2014

Tahun 2013 merupakan tahun yang penuh dugaan, cabaran dan ujian buat pelakon Johan As’ari. Banyak kontroversi yang melibatkan dirinya dan wanita yang melanda. Tak salah rasanya untuk Abang Nara katakan reputasi Johan tercalar kerana kisah cintanya dengan Lana Nordin yang telah berakhir baru-baru ini. Ramai yang memandang rendah dan menganggap Johan adalah lelaki yang suka mempermainkan hati wanita.

johan as'ari

Apa pun, Abang Nara tertarik dengan luahan hati Johan yang ditulis menerusi akaun Instagramnya. Menarik juga madah yang dikarang olehnya. Ada bakat juga si Johan ini rupanya. Ayat power!!!

Hidup ini adalah ujian..
Tidak akan pernah terlintas di hati ku untuk menyalahkan sesiapa sahaja, sebaliknya aku akan terus bermuhasabah diri kerana aku juga insan yang akan di hisab di akhirat kelak.

Hidup ini adalah ujian..
Tidak akan pernah terlintas di hati ku untuk menggunakan agama demi kepentinganku sendiri kerana orang sebegitu tempatnya di neraka yang paling bawah, neraka jahannam.

Hidup ini adalah ujian..
Tidak akan pernah terlintas di hati ku untuk mempermainkan hati-hati wanita kerana aku lahir dari perut seorang ibu. Darjat seseorang ibu itu lebih tinggi berbanding dengan seluruh wanita di dunia mahupun bidadari2 syurga.

Hidup ini adalah ujian..
Andainya aku telah melukakan hati sobat semua, jadi maafkanlah dengan setulus ikhlas kerana aku adalah insan yang tidak lari dari melakukan kesilapan.

Senyum selalu sobat2 ku.? assalamualaikum..

johan as'ari

Semoga tahun 2014 ini akan membawakan sinar baru buat Johan As’ari. Sama-samalah kita doakan agar Johan bertemu wanita yang benar-benar mahu dijadikan isteri olehnya. Kepada Johan, selamat menempuh dan semoga berjaya di tahun baru 2014.

Written by AbangNara | December 25th, 2013

Lana Nordin nampak tenang dengan keputusan Johan As’ari yang memutuskan hubungan mereka. Berkata kepada Berita Harian, Lana dapat mengagak apa yang akan berlaku selepas Johan sering berdolak-dalik sejak hubungan mereka ditentang keluarga. Nasib baiklah putus selepas sebulan, jadi impaknya tidak hebat sangat.

lana nordin dan johan as'ari putus

Kata Lana Nordin:-

Saya tak kecewa, tapi terkejut dengan keputusan Johan. Hubungan kami sebenarnya baru bermula. Kami juga masih dalam proses mengenali hati budi, saya anggap keputusan Johan mahu memutuskan hubungan sebagai kelakar.

Dia melamar saya selepas 3 hari bertemu, bukan saya memaksa dia melamar saya. Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah?

Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah.

lana nordin dan johan as'ari putus

Diharap Lana Nordin redha dan pasrah dengan apa yang terjadi terhadap dirinya. Jangan sedih-sedih. Tak perlu kecewa dengan perhubungan yang separuh jalan ini. Kalau betul seseorang itu mahukan kita, pasti dia akan berusaha sekeras mungkin untuk menjadikan ia kenyataan. Abang Nara yakin ada jodoh yang lebih baik buat Lana di masa hadapan.