March 4th, 2019

Hujung minggu lalu, telah berlangsung majlis resepsi kali ke 5 untuk perkahwinan Elfira Loy dan Faris Khairol Anuar. Majlis ini telah berlangsung dengan meriahnya di Melaka dengan tema kampung. Ia dilakukan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja. Untuk makluman, resepsi ini dianjurkan atas permintaan nenek Faris.

elfira loy

Kedua-dua pasangan pengantin nampak sangat-sangat cantik dan berseri-seri. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan ke akhir hayat dan mereka berdua dikurniakan cahaya mata yang ramai. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

elfira loy
elfira loy
elfira loy
elfira loy
elfira loy
elfira loy
elfira loy
elfira loy
elfira loy

elfira loy

elfira loy

elfira loy

elfira loy

July 5th, 2017

Pada 30 Jun lalu, penyanyi Sufian Suhaimi telah menghantar rombongan merisik dengan pemberian cincin tanda kepada pelakon Elfira Loy. Ini memberi erti bahawa hubungan mereka kini sudah lebih serius. Oleh itu, Elfira berharap tiada lagi pihak yang terus membandingkan dirinya bersama bekas kekasih Sufian iaitu Izyan. Menurut Elfira, tidak adil untuk orang ramai membandingkan kisah silam seseorang dengan apa yang berlaku pada masa kini.

Masa dengan bekas kekasihnya, Sufian belum menjadi selebriti, jadi benda yang dia buat tidak dihebahkan. Saya seorang selebriti. Benda kecil yang saya buat pun mendapat ‘like’ yang banyak. Betul tak?

Kita tidak boleh membandingkan kisah lepas seseorang dengan yang sekarang. Setiap manusia berubah. Kalau pun dia tidak buat romantik dulu. Mengapa pula dia tidak buat sekarang. Mesti ada perubahan.

Terdahulu, Elfira dituduh sebagai punca perpisahan Sufian bersama bekas kekasihnya itu. Walaubagaimanapun, Sufian tampil menafikan dakwaan liar tersebut dan menjelaskan hubungan beliau dan Izyan telah putus beberapa bulan sebelum beliau dan Elfira mula berkenalan.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

July 1st, 2017

Jujurnya selama ini Abang Nara ingatkan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy hanya pura-pura bercinta untuk menambah kepopularitian masing-masing. Ternyata Abang Nara silap. Mereka berdua benar-benar serius. Ini dibuktikan apabila Sufian Suhaimi telah pun menghantar rombongan merisik Elfira Loy pada 30 Jun iaitu Jumaat lalu. Tahniah diucapkan kepada anda berdua atas berita gembira ini.

suffian suhaimi risik elfira loy

Majlis merisik dengan pemberian cincin tanda itu juga sebagai simbolik kepada hubungan yang terjalin di antara mereka, yang mula akrab kira kira empat bulan lalu. Abang Nara pasti ramai jejaka yang akan kecewa, namun Abang Nara respek dengan kesungguhan dan keikhlasan hati Sufian Suhaimi. Jarang jumpa lelaki macam ini. Selalu ramai lelaki nak bercinta sampai 3,4 tahun baru nak masuk merisik. Thumbs up. Kata Sufian Suhaimi:-

Tiada apa yang nak saya sembunyikan dengan apa yang terjadi pada hari ini. Ia benda baik. Itu saja yang saya boleh kongsi kerana tiada perbincangan lanjut untuk majlis seterusnya (kahwin).

Rasanya memang semua sudah tahu kami memang rapat. Lagipun kami bukan budak sekolah untuk melabelkan hubungan ini sebagai kekasih atau sebaliknya. Masing-masing sudah berada dalam fasa yang menyamankan kerana saling memahami.

Saya sendiri banyak mendapat nasihat daripadanya yang lebih berpengalaman di arena seni. Kami juga masing-masing menyokong dari aspek emosi.

Tiada apa yang nak disembunyikan antara kami. Harap hubungan kami akan menemui penamat yang baik. Harap semua juga dapat mendoakan yang baik

suffian suhaimi risik elfira loy

Sementara itu Elfira Loy juga melahirkan rasa gembira dan syukur dengan apa yang berlaku. Katanya:-

Ya, memang selain beraya, turut diadakan majlis merisik. Saya percaya apa yang terjadi ini sebagai memberi tahu isyarat kedudukan sebenar kami. Cuma fasa lanjut itu belum dibincangkan lagi. Saya menyenanginya dan selama ini, apa yang kami belajar, komunikasi itu penting dan menjadi teras hubungan kami.

Apa saja tak kena, kami memang perlu berkomunikasi. Dia menghubungi saya dan Mama maklumkan keadaan sebenar. Jadi saya tak boleh terburu-buru meletakkan andaian. Mungkin itu juga dugaan yang mahu menguji hubungan kami.

Dalam hubungan ini, jika kita boleh menerima seseorang itu dalam keadaan baik dan sebaliknya, bererti kita sedang berusaha untuk menjaga ikatan ke tahap lebih baik. Kita sama-sama memperbaiki kekurangan yang ada. Insya-Allah

suffian suhaimi risik elfira loy

Sama-samalah kita doakan agar hubungan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy ini akan berakhir ke jinjang pelamin. Insya Allah tak lama lagi bolehlah makan nasi minyak. Apa pun, anda berdua memang sama cantik sama padan. Semoga bahagia bersama selamanya. Amin.

March 20th, 2015

Makin ayu dan makin menawan Abang Nara tengok Elfira Loy ini sejak mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya. Abang Nara pasti ramai peminat Elfira yang gembira dengan perubahan ini. Selain bertudung, Abang Nara tengok Elfira juga begitu teliti memilih pakaian agar ia bersesuaian dengan imej barunya. Tiada baju ketat atau fesyen yang tidak masuk akal. Tahniah Elfira Loy!!!

elfira loy bertudung

Bercakap tentang Baim Wong yang dianggap ramai sebagai kekasihnya, Elfira Loy mengakui yang lelaki tersebut berniat untuk memperisterikannya. Kata Elfira meerusi Berita Harian:-

Jika saya ini lelaki, barangkali saya boleh cakap lebih. Tapi saya hanya perempuan yang molek berdiam diri. Itu yang sepatutnya. Cuma sebelum ini apabila saya tidak mahu hal ini dicetuskan spekulasi, saya bersuara dan mengeluarkan kenyataan.

Biar mungkin orang melihat hubungan kami seperti di tahap bercinta, saya boleh katakan dia hanya sekadar kawan rapat saja pada tahap sekarang. Saya ini memang jenis manusia dan wanita yang susah nak bercinta sebenarnya.

Mungkin orang agak saya ini konservatif. Tak kisahlah. Tapi saya lihat dia (Baim) ini nak kenal saya melalui keluarga terutama ibu. Saya sedar dia ada niat baik untuk membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya. Tetapi sejauh mana itu, semua ketentuan dan rezeki-Nya

elfira loy bertudung

Untuk makluman, Baim Wong sanggup terbang dari Indonesia untuk menyambut hari jadi Elfira Loy bersama-sama baru-baru ini. Pastinya itu tanda kesungguhan daripada pelakon kacak tersebut. Insya Allah kita doakan agar mereka berdua dipermudahkan jodoh. Kalau dah tertulis, pasti akan berkahwin jua. Lagi beberapa gambar Elfira Loy dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

elfira loy bertudung
elfira loy bertudung
elfira loy bertudung
elfira loy bertudung
elfira loy bertudung
elfira loy bertudung
elfira loy bertudung
elfira loy bertudung
elfira loy bertudung
elfira loy bertudung
elfira loy bertudung
elfira loy bertudung
elfira loy bertudung