October 29th, 2013

Respek!!! Abang Nara tabik hormat kepada Almy Nadia yang tidak segan silu untuk membantu ibunya menjual karipap di kampung halaman akibat ketiadaan tawaran lakonan. Sesetengah selebriti yang perasan super popular memang tak akan buat perkara sebegini. Kononnya menjatuhkan maruah dan reputasi mereka.

almy nadia jual karipap

Kalau Abang Nara duduk kat Pulau Pinang memang tiap-tiap hari Abang Nara akan pergi beli karipap Almy Nadia. Silap-silap siap borong satu kedai dengan Almy Nadia sekali. Hehehe. Kata Almy Nadia:-

Tawaran berlakon memang sudah lama tidak ada jadi daripada saya duduk tanpa berbuat apa-apa adalah lebih baik saya lakukan sesuatu untuk mengisi masa lapang dan mencari duit lebih seperti menjual karipap.

Alhamdulillah karipap yang dihasilkan bersama ibu iaitu inti kentang, ayam, daging dan sardin mendapat sambutan. Ada kalanya kami menerima tempahan dalam jumlah yang besar.

Saya seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan sesiapa walaupun tidak lagi mendapat tawaran berlakon dan sekurang-kurangnya rezeki menjual karipap itu halal.

Malah jika ada yang menjemput menghadiri acara hiburan dengan bayaran RM100 pun saya terima kerana itu adalah rezeki saya

almy nadia

Menurut Almy, kehadiran pelakon wanita baru dan ketidakpandaian dirinya melobi kepada penerbit merupakan salah satu punca ketiadaan tawaran lakonan. Kata Almy lagi:-

Perasaan rindu hendak berlakon itu memang ada tetapi nak buat macam mana tawaran memang tiada. Hendak meminta-minta saya segan kerana saya tidak pandai melobi penerbit.

Tambahan pula pelakon wanita baharu semakin ramai dan lebih menyerlah berbanding diri saya yang tidak seberapa ini.

Abang Nara memang tak boleh dengar ayat-ayat sedih daripada si Almy Nadia ini. Terasa nak bukak satu syarikat produksi sekarang jugak dan terus ambil Almy berlakon jadi heroin. Kesian la pulak. Tapi tak apalah Almy. Insya Allah kalau ada rezeki akan ada balik tawaran berlakon. Buat waktu ini, teruskan menjual karipap. Minggu depan Abang Nara turun Pulau Pinang untuk merasa karipap Almy. Info asal Mstar Online.

P.S: Tukar hak milik kenderaan kini boleh dilakukan atas talian

October 3rd, 2013

Yeah~~~~~ Inilah baru lelaki sejati. Penuh kemachoan dan kejantanan. Sembang lebat kat media pun tak guna. Kenalah jumpa keluarga Almy Nadia kalau benar-benar hasrat di hati suci dan murni. Abang Nara pulak yang over excited apabila mengetahui Fizz Fairuz akan melahirkan hasratnya untuk berkahwin dengan Almy Nadia kepada keluarga dalam masa terdekat ini.

almy nadia

Kalau Abang Nara ada awek macam Almy Nadia, 5 tahun yang lepas dah masuk meminang dah. Hehehe. Buat apa tunggu lama-lama. Kang tak pasal-pasal kena kebas dengan lelaki lain. Namun Abang Nara agak tidak bersetuju dengan tindakan Fizz Fairuz yang memberitahu media terlebih dahulu mengenai hasratnya untuk berkahwin dengan Almy Nadia. Kata Fizz:-

Almy memang tidak mengetahui hasrat itu dan jangan salahkan dia. Namun selepas tersiar satu laporan yang menyatakan saya mahu menikahinya, kami telah duduk berbincang. Insya-Allah saya akan bertemu dengan keluarganya pula untuk menyatakan hasrat saya itu dalam masa terdekat ini.

Saya ada menyuruh dia untuk berdiam diri kerana tidak mahu kenyataan yang dikeluarkan bercanggah. Baik atau buruk biarlah saya yang tanggung dan saya tidak mahu Almy terpaksa menanggung beban atas kekecohan yang berlaku.

almySecara jujur, masa Abang Nara nak kahwin hari tue, Abang Nara bagitau kat wife dulu hasrat di hati. Tak adalah dia terkejut tiba-tiba ada rombongan datang meminang. Hehe. Tapi tak apalah, Fizz pun dah berbincang dengan Almy. Diharap cepat-cepatkanlah masuk meminang. Takut-takut ada halangan lain pulak datang menjelma. Sama-sama kita doakan agar dipermudahkan buat mereka berdua. Info asal Mstar Online.

P.S: Toyota Vios 2013 dilancarkan bermula dengan harga RM73,200

June 26th, 2012

Benarlah kata orang, setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Pertelingkahan antara Almy Nadia dan Fizz Fairuz di media massa nampaknya membawa kepada perkara yang baik apabila mereka berdua kini lebih banyak berkomunikasi. Kedua-duanya sekarang lebih banyak meluahkan apa yang terpendam di dalam hati masing-masing.

almy baru

Almy Nadia turut mengambil langkah untuk tidak lagi mendedahkan status sebenar hubungan mereka berdua. Bercinta atau tidak, biarlah hanya Almy dan Fizz sahaja yang tau. Kata Almy Nadiah kepada wartawan Mstar:-

Rasanya biarlah antara kami dan Allah sahaja yang tahu dan tidak perlu lagi kecoh-kecoh dan sejujurnya saya lebih senang dengan keadaan begini. Hubungan kami pun masih baik dan sering bertemu untuk berbincang malah kami ada melakukan aktiviti sukan bersama selain Fizz ada datang ke hospital untuk melawat semasa saya menjalani pembedahan apendiks tempoh hari. Kejadian itu ada hikmahnya apabila kami lebih banyak berkomunikasi untuk menyatakan apa yang terpendam supaya tidak lagi timbul salah faham

Lega hati Abang Nara mendengarnya. Orang kata, kalau time bercinta nie, bergaduh dan berbaik semula akan mengeratkan lagi hubungan. Semoga hubungan Almy dan Fizz semakin kukuh selepas siri pertelingkahan sebelum ini. Dan kepada Fizz, kumpullah duit cepat-cepat dan masuk meminang Almy. Jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang.

April 24th, 2012

Apabila menyebut nama Almy Nadia, perkara pertama yang menyergah benak otak Abang Nara ialah “oh, awek Fizz Fairuz tue”. Walaupun sudah berlakon banyak drama dan filem, boleh dikatakan nama Almy Nadia masih tidak kuat di dalam industri hiburan. Namun sejak drama Cinta Buat Emelda ditayangkan, nama Almy Nadia kini menjadi sebutan ramai.

almy nadia

Abang Nara tak tahu sama ada mata Abang Nara spero atau tidak, namun kelihatan yang Almy Nadia agak berisi sekarang ini. Mungkin sedang bahagia bercinta dengan Fizz Fairuz. Apa pun semoga dengan kemunculan Almy Nadia di dalam drama Cinta Buat Emelda akan mengukuhkan lagi namanya di dunia hiburan Malaysia.

Lagi 14 gambar Almy Nadia dengan membaca entri ini sepenuhnya.

almy nadia
almy nadia
almy nadia
almy nadia
almy nadia
almy nadia
almy nadia
almy nadia
almy nadia
almy nadia
almy nadia
almy nadia
almy nadia
almy nadia