Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Akan Bertemu Dengan Keluarga Almy Nadia Dalam Masa Terdekat – Fizz Fairuz

Yeah~~~~~ Inilah baru lelaki sejati. Penuh kemachoan dan kejantanan. Sembang lebat kat media pun tak guna. Kenalah jumpa keluarga Almy Nadia kalau benar-benar hasrat di hati suci dan murni. Abang Nara pulak yang over excited apabila mengetahui Fizz Fairuz akan melahirkan hasratnya untuk berkahwin dengan Almy Nadia kepada keluarga dalam masa terdekat ini.

almy nadia

Advertisement

Kalau Abang Nara ada awek macam Almy Nadia, 5 tahun yang lepas dah masuk meminang dah. Hehehe. Buat apa tunggu lama-lama. Kang tak pasal-pasal kena kebas dengan lelaki lain. Namun Abang Nara agak tidak bersetuju dengan tindakan Fizz Fairuz yang memberitahu media terlebih dahulu mengenai hasratnya untuk berkahwin dengan Almy Nadia. Kata Fizz:-

Almy memang tidak mengetahui hasrat itu dan jangan salahkan dia. Namun selepas tersiar satu laporan yang menyatakan saya mahu menikahinya, kami telah duduk berbincang. Insya-Allah saya akan bertemu dengan keluarganya pula untuk menyatakan hasrat saya itu dalam masa terdekat ini.

Saya ada menyuruh dia untuk berdiam diri kerana tidak mahu kenyataan yang dikeluarkan bercanggah. Baik atau buruk biarlah saya yang tanggung dan saya tidak mahu Almy terpaksa menanggung beban atas kekecohan yang berlaku.

almySecara jujur, masa Abang Nara nak kahwin hari tue, Abang Nara bagitau kat wife dulu hasrat di hati. Tak adalah dia terkejut tiba-tiba ada rombongan datang meminang. Hehe. Tapi tak apalah, Fizz pun dah berbincang dengan Almy. Diharap cepat-cepatkanlah masuk meminang. Takut-takut ada halangan lain pulak datang menjelma. Sama-sama kita doakan agar dipermudahkan buat mereka berdua. Info asal Mstar Online.

P.S: Toyota Vios 2013 dilancarkan bermula dengan harga RM73,200

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top