June 26th, 2012

Benarlah kata orang, setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Pertelingkahan antara Almy Nadia dan Fizz Fairuz di media massa nampaknya membawa kepada perkara yang baik apabila mereka berdua kini lebih banyak berkomunikasi. Kedua-duanya sekarang lebih banyak meluahkan apa yang terpendam di dalam hati masing-masing.

almy baru

Almy Nadia turut mengambil langkah untuk tidak lagi mendedahkan status sebenar hubungan mereka berdua. Bercinta atau tidak, biarlah hanya Almy dan Fizz sahaja yang tau. Kata Almy Nadiah kepada wartawan Mstar:-

Rasanya biarlah antara kami dan Allah sahaja yang tahu dan tidak perlu lagi kecoh-kecoh dan sejujurnya saya lebih senang dengan keadaan begini. Hubungan kami pun masih baik dan sering bertemu untuk berbincang malah kami ada melakukan aktiviti sukan bersama selain Fizz ada datang ke hospital untuk melawat semasa saya menjalani pembedahan apendiks tempoh hari. Kejadian itu ada hikmahnya apabila kami lebih banyak berkomunikasi untuk menyatakan apa yang terpendam supaya tidak lagi timbul salah faham

Lega hati Abang Nara mendengarnya. Orang kata, kalau time bercinta nie, bergaduh dan berbaik semula akan mengeratkan lagi hubungan. Semoga hubungan Almy dan Fizz semakin kukuh selepas siri pertelingkahan sebelum ini. Dan kepada Fizz, kumpullah duit cepat-cepat dan masuk meminang Almy. Jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang.


39 responses to “Pertelingkahan Itu Ada Hikmahnya – Almy Nadia”

  1. apa2 je la says:

    nie la sshnye zmn skrg nie kan…bercinta lama2 kn kumpul duit byk2 nak bt majlis kawin nak meriah2..alih2 kn tunggu lm2…lg2 pulak artis…kalo nak bt simple2 nanti org kt dah bunting br nak nikah…pd aku lar kalo dah bajet ciput tp kalo dah tu jer yg mampu baik jalan jer terus…tak pyh la nak bt besar2an kat hotel yg makn belanja dkt juta2 ringgit…paling penting afdal…kalo aku jd fizz fairus senang jer ckp kat bakal mak mertua yg aku nie mampu byk nie jer…kalo mak n bapak mertua terima terus jer nikah…kat raub lak bt mcm ziana zain…bt kat dewan jer…bt simple2 tak pyh la nak bt resepsi kat hotel 10 bintang dah bajet ciput…kdah tau pun fizz fairuz nie bkn dr golongan berada …nak kn tanggung mak n adik lg…nie aku nye pandangan lar…

  2. meeradriana says:

    baguslah tu..
    cepat² kahwin..
    korang pun sweet sgt wif each other..

  3. Dia ni kalau2 tgk betul2 baik tau, putih melepak, badan sedap berisi2 skit, barang xyah cakap la baik mcm mana, sendiri boleh tgk kan

  4. mimi says:

    seriously,you are beautiful almy…belakon pon best.luv u..:)

Loading...