July 4th, 2012

Selepas Aaron Aziz berjaya mendapatkan status penduduk tetap Malaysia, seorang lagi pelakon dari Singapura iaitu Adi Putra berharap agar permohonannya sejak 6 tahun lepas dapat diluluskan. Untuk makluman, Adi Putra telah berkahwin dengan Aida Yusof yang merupakan rakyat Malaysia.

adi putra mypr

Walaupun masih menunggu kelulusan, Adi Putra mengakui yang statusnya sebagai orang luar tidak menghalang perkembangan karier seninya di Malaysia. Kata Adi:-

Saya tidak nafikan ada membuat permohonan tetapi saya tidak pernah beritahu kerana terlalu peribadi selain melibatkan kerajaan Malaysia. Jadi, saya perlu hormat dan mengikut undang-undang negara ini dan buat masa ini saya hanya tunggu kelulusan.

Kalau pelakon hebat seperti Adi Putra dan Aaron Aziz mendapat MyPR, Abang Nara tak ada masalah kerana mereka benar-benar menyumbang dengan banyaknya kepada industri hiburan Malaysia. Namun diharap agar status MyPR ini tidak diberi secara semborongan kepada mana-mana artis yang memohonnya. Kena pastikan mereka benar-benar layak sebelum permohonan diluluskan. Tak gitu?

May 18th, 2012

Terlalu banyak spekulasi yang timbul apabila Ady Putra memfailkan penceraian terhadap isterinya, Aida Yusof. Ada suara-suara yang menyatakan hubungan Nora Danish dan Ady Putra sebagai punca penceraian. Namun spekulasi tersebut dinafikan sepenuhnya oleh Ady Putra.

ady putra

Ady Putra berkata yang tidak wujud langsung unsur orang ketiga di dalam rumah tangganya:-

Saya tahu macam-macam orang buat spekulasi tetapi ingin saja jelaskan, bukan pihak ketiga yang menjadi masalah perkahwinan saya ini.

Dan pada hari Isnin depan, Ady dan isteri akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur sebagai percubaan terakhir menyelematkan rumah tangga mereka:-

Pada hari itu nanti Hakim Syariah akan membuat keputusan sama ada kami akan bercerai ataupun perlu mendapatkan khidmat kaunseling rumah tangga. Apa saja keputusannya, kami akan ikut. Kami amat menghargai segala doa dan usaha untuk menyelamatkan rumah tangga ini.

Untuk makluman, Ady Putra telah pun berkahwin sejak April 2006 dan masih belum dikurniakan cahaya mata akibat isterinya sering mengalami keguguran. Abang Nara doakan agar keputusan yang dibuat pada hari Isnin depan akan dapat menghalang penceraian daripada berlaku. Kredit info Mstar.

December 3rd, 2010

ady putra

Jejaka kacak lagi handsome, si Ady Putra nampaknya melangkah seribu tapak dalam kariernya sebagai pelakon apabila berjaya memegang watak peguam kepada Shah Rukh Khan dalam filem Don 2. Walaupun hanya untuk 2 scene sahaja, tapi ini satu pencapaian yang sangat bagus. Kami tengok pun Ady Putra nie ada iras-iras mat bangla sikit. Itu yang terpilih kot.

Eh eh eh. Janganlah marah bila kami cakap Ady Putra nie ada iras mat bangla. Mat bangla hensem apa. Kalau tak hensem takkanlah ramai awek-awek Melayu kita terpikat ngan mat bangla. Tak gitu? Buat masa ini, Ady Putra sedang cuba untuk kuruskan badannya untuk mendapatkan bentuk rahang dan tulang pipi yang ideal.

Dan dengar ceritanya pelakon veteran Ridzuan Hashim pun ada dapat jugak watak dalam filem ini. Tahniah kami ucapkan. Nampaknya pelakon-pelakon Malaysia semakin dipandang tinggi. Semoga lepas ini boleh pergi ke Hollywood pulak. Terima kasih AndyHowtt untuk info.