Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Adi Putra Mohon MyPR Sejak 6 Tahun Yang Lepas

Selepas Aaron Aziz berjaya mendapatkan status penduduk tetap Malaysia, seorang lagi pelakon dari Singapura iaitu Adi Putra berharap agar permohonannya sejak 6 tahun lepas dapat diluluskan. Untuk makluman, Adi Putra telah berkahwin dengan Aida Yusof yang merupakan rakyat Malaysia.

adi putra mypr

Advertisement

Walaupun masih menunggu kelulusan, Adi Putra mengakui yang statusnya sebagai orang luar tidak menghalang perkembangan karier seninya di Malaysia. Kata Adi:-

Saya tidak nafikan ada membuat permohonan tetapi saya tidak pernah beritahu kerana terlalu peribadi selain melibatkan kerajaan Malaysia. Jadi, saya perlu hormat dan mengikut undang-undang negara ini dan buat masa ini saya hanya tunggu kelulusan.

Kalau pelakon hebat seperti Adi Putra dan Aaron Aziz mendapat MyPR, Abang Nara tak ada masalah kerana mereka benar-benar menyumbang dengan banyaknya kepada industri hiburan Malaysia. Namun diharap agar status MyPR ini tidak diberi secara semborongan kepada mana-mana artis yang memohonnya. Kena pastikan mereka benar-benar layak sebelum permohonan diluluskan. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

63 Comments

  1. penyair

    July 16, 2012 at 11:55 pm

    nampak sgt kebodohan org malaysia..

  2. jebat derhaka

    July 16, 2012 at 11:43 am

    wah senang jer org luar nk dpt status PR kat malaysia ni..buat kebajikan sikit dah leh dpt..kenapa org yg lama dah dpt PR nk dpt warganegara punyalah susah walhal dah menetap berpuluh2 tahun???dah tu bila first pemohonan kena tolak kena plak tunggu setahun baru leh wat permohonan smula..sedangkan ada antara mereka ank2 smua lahir kat malaysia…sungguh ku xpahammmmmm

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top