Written by Bella | October 10th, 2019

Lama memendam perasaan, penyanyi Adira Suhaimi tegas dengan pendiriannya untuk meneruskan perceraian, tetapi suaminya Datuk Seri Adnan Abu ataupun lebih mesra disapa Datuk Red enggan berpisah dan ingin mempertahankan rumah tangga mereka.

datuk red adira cerai

Menurut Datuk Red, dia masih sayangkan isteri dan anak-anaknya. Sebagai suami dan bapa, dia mengakui alpa dengan kehidupan dunia. Namun, dia akan menggunakan peluang yang ada untuk menambat hati Adira semula.

 

Saya nak berkahwin bukan untuk bercerai dan saya akan pertahankan perkahwinan ini selagi hayat saya ada. Saya akui sepanjang empat tahun berkahwin saya alpa dengan kehidupan dunia.

Saya akan cuba ‘tackle’ dan pujuk dia semula. Saya masih sayangkan isteri dan anak-anak.

datuk red pujuk adira

Adira berkahwin dengan Datuk Red di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata termasuk seorang anak perempuan yang berusia dua bulan.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Video : YouTube Harian Metro

Written by Bella | October 10th, 2019

Entah apa yang terbuku didalam hati penyanyi Adira Suhaimi sehingga dia nekad mahu bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Red. Bagaimanapun, Adira enggan mendedahkan punca sebenar dia ingin berpisah. Difahamkan, Adira memfailkan perceraian tersebut pada April lalu.

datuk red adira cerai

Saya dah failkan agak lama tapi terpaksa tangguh sebab hamil dan menunggu kelahiran puteri ketiga.

Hari ini saya nekad teruskan juga meskipun sepanjang proses bersama kami mencuba untuk berbaik semula. Saya teruskan sebab mengambil kira apa yang terbaik untuk diri saya dan anak.

adira datuk red bercerai

Pada masa yang sama, Adira juga tidak mahu memberikan sebarang komen apabila suaminya berkata dia akan berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.

Saya tak tahu nak rasa apa sekarang ini mungkin dia ada perasaan bersalah dalam diri sekarang. Kalau ada Alhamdulillah namun bagi saya sendiri pun tak tahu apa yang akan berlaku andai kami berbaik semula.

adira tegas mahu bercerai

Namun apa penting adalah untuk pegang pendirian saya yang tetap mahu meneruskan perceraian. Jika dia nak usaha lebih-lebih saya tak tahu nak jawab.

Sejak beberapa bulan lalu, gosip pergolakan rumah tangga pasangan ini menjadi bualan hangat, namun kedua-duanya menafikan perkara itu. Malah, sehari sebelum prosiding di mahkamah berlangsung, Datuk Red tetap berkata hubungan mereka suami isteri masih baik, berita mereka ingin bercerai cuma khabar angin sahaja.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | October 9th, 2019

Gosip pergolakan rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dan Datuk Red sejak kebelakangan semakin hangat diperkatakan. Baru-baru ini, timbul desas-desus mengatakan Adira sudah memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat dan kes mereka akan dibicarakan hari ini.

datuk red adira cerai

Sebelum ini berkali-kali Adira menafikan dan mengunci mulut mengenai perkara itu tetapi dia akhirnya mengaku proses penceraian berjalan petang ini. Difahamkan, mengikut jadual asal, perbicaraan permohonan cerai dilakukan Adira pada jam 9 pagi tadi tetapi ia minta untuk diubah oleh penyanyi itu sendiri kerana tidak menyangka permohonan cerai itu akan diketahui umum.

Bagaimanapun, Datuk Red ketika dihubungi pihak media semalam menafikan mengenai isu peceraian itu, ia hanya sekadar khabar angin sahaja. Hubungan mereka suami isteri masih baik dan mesra bersama.

adira fail cerai

Berita mengatakan saya dan Adira mahu bercerai itu adalah palsu kerana kami masih bersama. Kelmarin saya baru saja pulang ke rumah Adira dan kami melakukan hubungan intim.

Pagi semalam saya bersarapan bersamanya seperti biasa sebelum keluar bekerja. Hubungan kami baik dan mesra.

Seorang sudah fail cerai tetapi seorang lagi kata mereka suami isteri baik-baik sahaja. Apa-apa pun, kami harap Datuk Red dan Adira dapat menyelesaikan apa sahaja masalah mereka dengan baik. Biasalah hidup berumah tangga pasti ada pasangan dan surutnya.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by AbangNara | August 9th, 2019

Baru sahaja selamat melahirkan anak ketiganya, Adira dan suaminya, Datuk Red tampil menafikan gosip penceraian mereka yang sedang hangat bertebaran. Desas-desus bahawa Adira telah diceraikan oleh Datuk Red ketika sedang hamil di mana penyanyi itu dikatakan hadir ke kamar mahkamah telah ditulis di sebuah ruangan gosip portal hiburan, menyebabkan netizen kecewa sekiranya ia benar-benar berlaku. Namun hari ini semua pihak boleh menarik nafas lega kerana ternyata perkara tersebut tidak terjadi kepada Adira.

adira cerai

Menurut Adira, dia ada terdengar gosip tersebut namun tidak mengambil serius hal tersebut kerana ia boleh memeningkan kepalanya. Kata Adira:-

Saya ada dengar cerita ini dan ramai juga yang menyebut nama saya. Walaupun gosip itu tidak menyatakan siapa artis wanita itu, tapi ramai yang membuat spekulasi ia adalah saya.

Saya sebenarnya malas nak bercakap perkara sama berulang kali terutama gosip remeh dan berita yang sengaja direka untuk melemahkan saya. Dari dulu sampai sekarang, saya takkan layan dan buat tak tahu saja.

Saya tidak mahu memeningkan kepala memikirkan perkara yang tak betul. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting saya dan suami tahu kebenarannya

Malah Adira menegaskan yang suaminya, Datuk Red adalah seorang suami yang bertanggungjawab. Kata Adira lagi:-

Tipulah kalau sepanjang berkahwin tak pernah gaduh dan berselisih pendapat. Kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Bagi saya, ia perkara biasa dalam perkahwinan dan dilalui oleh semua pasangan. Cuma, dalam kes saya tidaklah sampai nak bercerai berai. Suami masih menjalankan tanggungjawabnya. Paling penting sekarang, saya mahu fokus pada anak yang baru lahir, diri dan keluarga

adira cerai

Malah Datuk Red juga tampil menafikan spekulasi tersebut dan menganggap ia adalah satu khabar angin mengarut. Datuk Red juga telah bersumpah dengan nama Allah yang dia tidak pernah menceraikan Adira:-

Saya bersumpah dengan nama Allah, saya tidak buat perkara itu. Sangat terkejut depan apa yang diperkatakan. Saya masih waras untuk buat semua ini. Selagi saya ada kudrat dan bernyawa, saya akan terus menjaganya dengan anak-anak

adira cerai

Fuh zaman sekarang ini memang spekulasi dan khabar angin bersepah di merata-rata. Yang bahagia pun dikatakan sedang sengsara, yang sengsara pula dilihat nampak bahagia, lebih-lebih lagi media sosial. Abang Nara respek sikap Adira yang tidak ambil pusing gosip-gosip sebegini. Yang penting Adira dan Datuk Red bahagia di samping anak-anak tercinta. Semoga hubungan mereka berdua akan berkekalan ke akhir hayat. Sama-sama kita doakan. Sumber Harian Metro.