June 14th, 2017

Sekitar tahu lalu, berita percintaan antara Uqasha Senrose dengan seorang kerabat diraja Pahang yang dikenali sebagai Tengku Bakar memang cukup hangat diperkatakan. Kedua-duanya juga sering memuat naik foto mesra bersama di akaun Instagram.

Namun, sejak beberapa bulan lalu, tiada lagi foto Tengku Bakar yang dimuat naik oleh Uqasha. Ramai yang mengatakan mereka sudah membawa haluan masing-masing. Apa yang dah berlaku?

Kami masih berkawan seperti biasa dan saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan tentang status hubungan itu. Soal putus cinta saya tidak mahu komen kerana masih menghubungi dia seperti biasa. Jika boleh, saya tidak mahu bercakap tentang kisah peribadi lebih baik fokus pada kerjaya sahaja.

Tidak mengapalah jika mereka sudah tidak ada jodoh bersama. Wanita secantik Uqasha pasti akan bertemu pengganti yang lebih sesuai dengan dirinya nanti.

Sumber Berita : Kosmo

December 12th, 2016

Hubungan akrab dan kemesraan pelakon Uqasha Senrose dan yang merupakan kerabat diraja Pahang menimbulkan gosip percintaan yang agak mendapat perhatian ramai. Namun, mereka tetap berdiam diri dan enggan memberikan komen lanjut mengenai status sebenar hubungan mereka.

Masih lagi diasak dengan persoalan tentang hubungannya dengan Tengku Bakar, Uqasha Senrose sekali lagi menegaskan mereka hanya sekadar teman biasa.

Malah, Uqasha tidak mempunyai sebarang rencana untuk berkahwin meskipun merasakan usianya sudah layak untuk melayari bahtera rumah tangga.

Uqasha sebenarnya lebih selesa untuk tidak membicarakan soal hubungan bersama Tengku Bakar kerana menganggap ia adalah hak peribadinya.

Mendirikan rumah tangga bukan perkara mudah. Banyak aspek yang perlu difikirkan, terutama apabila menyentuh mengenai tanggungjawab. Mungkin kedengan klise, tetapi hubungan saya bersama jejak itu masih pada peringkat berkawan. Hanya itu yang saya mampu jelaskan.

Kalau ada jodoh tidak kemana. Jika Uqasha Senrose tidak mahu membicarakan soal percintaannya kepada umum,sebagai peminat mereka hanya mampu mendoakan yang terbaik buat selebriti pujaan mereka itu.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian

September 16th, 2016

Bila ada sahaja gosip cinta yang dikaitkan dengan Uqasha Senrose, pasti pelakon wanita ini akan menepis segala khabar angin. Kata orang, artis ini kalau boleh semua benda mereka hendak sorok daripada pengetahuan ramai.

Sering keluar bersama Tengku Bakar yang merupakan kerabat diraja Pahang, Uqasha sebelum ini tidak mengakui mereka bercinta dan hubungan beliau bersama lelaki itu hanya sekadar teman rapat.

Namun, sedang kami membelek laman Instagram tadi, mata kami tertarik dengan foto mesra Tengku Bakar bersama Uqasha, memang mesra dan berkasih sayang sekali. Tengku Bakar siap berlaga pipi bersama dahi mulus Uqasha. Hehehee..

Lebih menarik lagi adalah cincin yang kelihatan cantik dipakai di jari manis Uqasha.  Mungkinkah ia pemberian daripada Tengku Bakar sebagai simbolik percintaan mereka?

Malah, Uqasha juga nampaknya sudah mula memuat naik foto Tengku Bakar dengan agak kerap di akaun Instagram miliknya. Ada peminat yang percaya bahawa Tengku Bakar adalah teman lelaki Uqasha .

Ermm, benarkah hubungan mereka tidak lebih daripada kawan? Ataupun sebenarnya mereka sedang hangat bercinta tetapi ingin menyembunyikan status hubungan mereka kepada umum? Alahai, kalau benar sedang berkasihan terus terang sahajalah kepada umum.  Apa pendapat korang?

August 31st, 2016

Bulan lepas Uqasha Senrose menarik perhatian ramai apabila kerap memuat naik foto bersama seorang jejaka iaitu Tengku Bakar yang merupakan kerabat diraja Pahang.

Ramai yang membuat spekulasi yang mereka sedang bercinta apatah lagi Tengku Bakar telah menganjurkan majlis hari jadi Uqasha dengan cukup meriah sekali.

Walaubagaimanapun, Uqasha menjelaskan beliau tiada hubungan istimewa dengan Tengku Bakar dan mereka berdua hanya berkawan serta masih mengenali hati budi masing-masing.

Kami masih dalam peringkat berkawan. Seperti orang lain, kami juga cuba mengenali hati budi masing-masing. Saya tahu bunyinya seperti klise, tetapi itulah yang saya boleh katakan. Selagi tidak diketahui jodoh dengan sesiapa, kita juga akan sentiasa kenal orang baharu.

Uqasha juga enggan komen lebih lanjut mengenai perkembangan hubungan mereka sebelum ini kerana tidak mahu terlalu memberitahu perkara yang belum tentu penghujungnya.

Tambah Uqasha, beliau sebenarnya sudah tiga tahun mengenali Tengku Bakar tetapi semakin rapat sejak enam bulan lepas.

Hendak dikatakan hubungan ini serius, jujur saya memang tidak berani berbuat begitu. Saya juga bimbang pisang berbuah dua kali. Saya enggan dikecewakan sekali lagi. Justeru saya selesa menganggap hubungan ini sebagai hanya kawan.

Dikala Uqasha Senrose sedang dikritik orang ramai bolehlah beliau mencurahkan segala masalah dan isi hatinya kepada Tengku Bakar ye dak? Ada la juga tempat mengadu dan siapa tahu kalau ada jodoh lebih daripada kawan.

Sumber Berita : BH ONLINE