July 13th, 2015

Pernah mengeluarkan kenyataan bakal berumah tangga tidak lama lagi, Zizan Razak bagaimanapun masih lagi belum memberitahu sebarang perkara terbaru mengenai majlis perkahwinan beliau atas permintaan kedua-dua belah keluarga.

Baru-baru ini pula, terdapat ura-ura mengatakan bahawa hubungan Zizan dan bakal isterinya Nur Edora Diyana kini sedang renggang namun perkara itu dinafikan oleh pelawak tersebut menerusi ruangan Bpop.

Alhamdulillah, hubungan masih baik seperti biasa. Dia sibuk bekerja, saya juga sibuk dengan tuntutan sebagai artis. Hasrat untuk mengahwininya tidak pernah terhenti bagaimanapun belum mendapat tarikh yang sesuai.

Tambah Zizan, beliau sama sekali tidak akan menyembunyikan tarikh perkahwinan beliau kepada umum dan hanya akan memberitahu khabar baik itu kepada peminat apabila  tarikh perkahwinan ditetapkan oleh ibunya apabila sudah bersedia nanti.

Eloklah kalau hubungan Zizan Razak dan bakal isteri masih baik. Kata orang dugaan untuk berkahwin ini memang besar, harapnya kedua-duanya dapat bersabar dan menyelesaikan perselisihan faham dengan baik.

June 15th, 2015

Sebelum  ini,  ramai yang tertanya adakah perkahwinan Zizan Razak bersama pasangan Nor Edura Diana ditangguhkan kerana ada ura-ura yang mengatakan pasangan ini bakal berkahwin pad bulan Jun tetapi sehingga kini persiapan masih belum dilakukan.

Malah, Zizan  pernah memberikan kenyataan bahawa perbincangan masih dibuat oleh kedua-dua pihak keluarga bagi menentukan hala tuju perkahwinan tersebut.

Terus diasak dengan pelbagai persoalan, Zizan dalam satu kenyataan kepada akhbar Harian Metro  tanggal 13 Jun lepas memberitahu beliau mempunyai alasan peribadi yang melibatkan pelbagai pihak untuk tidak bercerita tentang majlis kahwin beliau dan meminta agar orang ramai menghormati situasi beliau sekarang.

Saya minta maaf tak dapat komen apa-apa tentang itu. Saya ada sebab yang terlalu peribadi membabitkan keluarga dan beberapa pihak lain untuk tidak bercerita lanjut. Tunggulah bila tiba masa sesuai saya akan bercerita. Saya harap anda faham dan hormati situasi saya sekarang.

Berita mengenai  perkahwinan Zizan Razak mendapat perhatian ramai kerana beliau mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama Nur Edura sejurus selepas hubungan cinta bersama Emma Maembong putus di tengah jalan. Malah, bapa kepada Zizan mengesahkan bahawa anaknya itu pernah membawa Nur Edura untuk bertemu dengannya dan mempunyai hasrat untuk memperisterikan wanita tersebut. Ada pihak yang mengatakan Zizan sudah lama menjalinkan hubungan bersama Nur Edura sewaktu beliau masih lagi bergelar kekasih kepada Emma.

Jika ada jodoh Zizan Razak bersama Nur Edora pasti perancangan mereka untuk bergelar suami isteri akan terlaksana juga. Hal perkahwinan ini tidak boleh dibawa main-main dan kita harus meneliti setiap perkara dengan baik sebelum membuat keputusan untuk  meneruskan niat untuk berumah tangga.

Sumber Berita: Harian Metro

June 7th, 2015

Sebelum ini, berita mengenai Zizan Razak yang bakal berkahwin dengan seorang gadis daripada Terengganu sekitar bulan Jun ini hangat diperkatakan. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini masih tiada sebarang perancangan ataupun persiapan yang dilakukan oleh beliau untuk majlis tersebut.

Menerusi ruangan Cik Pang di Metro Ahad,  beliau telah menemui Zizan baru-baru ini untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Menurut pelawak tersebut buat masa ini beliau tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut kerana kedua-dua belah pihak keluarga masih lagi berbincang mengenai perkara tersebut. Butir mengenai perbincangan itu juga tidak boleh dikongsikan kepada umum selagi belum ada kata putus.

Zizan juga turut memberitahu majlis pernikahan beliau masih akan diadakan tetapi keluarga mereka masih lagi mencari tarikh serta masa yang sesuai untuk melangsungkannya.

Kami tahu ramai peminat Zizan Razak diluar sana yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan pelawak pujaan mereka bersanding di atas pelamin. Apa-apapun sebelum kahwin kita harus merancang perkara tersebut dengan teliti agar semua berjalan lancar. Kita tunggu sahaja perkembangan mengenai majlis perkahwinan beliau nanti.

Sumber Berita: Harian Metro