July 13th, 2015

Pernah mengeluarkan kenyataan bakal berumah tangga tidak lama lagi, Zizan Razak bagaimanapun masih lagi belum memberitahu sebarang perkara terbaru mengenai majlis perkahwinan beliau atas permintaan kedua-dua belah keluarga.

Baru-baru ini pula, terdapat ura-ura mengatakan bahawa hubungan Zizan dan bakal isterinya Nur Edora Diyana kini sedang renggang namun perkara itu dinafikan oleh pelawak tersebut menerusi ruangan Bpop.

Alhamdulillah, hubungan masih baik seperti biasa. Dia sibuk bekerja, saya juga sibuk dengan tuntutan sebagai artis. Hasrat untuk mengahwininya tidak pernah terhenti bagaimanapun belum mendapat tarikh yang sesuai.

Tambah Zizan, beliau sama sekali tidak akan menyembunyikan tarikh perkahwinan beliau kepada umum dan hanya akan memberitahu khabar baik itu kepada peminat apabila  tarikh perkahwinan ditetapkan oleh ibunya apabila sudah bersedia nanti.

Eloklah kalau hubungan Zizan Razak dan bakal isteri masih baik. Kata orang dugaan untuk berkahwin ini memang besar, harapnya kedua-duanya dapat bersabar dan menyelesaikan perselisihan faham dengan baik.


Comments are closed.

Loading...