Written by Bella | February 11th, 2019

Kontroversi foto mesra dan juga pengakuan Emma Maembong tidak bertudung memberikan kesan kepada hubungannya bersama Syed Abdullah.

Emma bertindak memadam semua foto ketika mereka bercuti bersama dan sudah tidak saling mengikuti di Instagram.

Pelakon wanita itu hanya mengikuti tiga akaun, malah beliau juga tidak mengikuti akaun mana-mana rakan artis, termasuk ahli keluarganya.

Bagaimanapun, Syed Abdullah masih lagi meyimpan serta memaparkan foto bersama Emma di akaun media sosialnya itu.

Terdahulu, netizen ‘menyerang’ akaun Instagram Syed Abdullah dan mendakwa beliau adalah punca Emma membuka tudungnya selepas lima tahun berhijab. Bagaimanapun, Syed Abdullah menafikannya dan menganggap setiap tuduhan dan kritikan yang dilemparkan sebagai cabaran.

Sumber Berita : Astro Awani

Written by Bella | February 7th, 2019

Semalam, pelakon Emma Maembong telah membuat pengakun mengejutkan dirinya kini tidak lagi bertudung.  Keputusan itu adalah kehendaknya sendiri dan bukan kerana orang lain dan sudah sampai masanya untuk beliau memikirkan kebahagiaannya sendiri. Rata-rata peminat kecewa dengan tindakan Emma sehingga ada yang sudah hilang rasa hormat terhadap aktres itu.

Selepas pengumuman itu, netizen mula menyerang akaun Instagram peribadi, Syed Abdullah pula. Mereka menuduh beliau sebagai punca Emma tidak lagi mengenakan hijab.

Mengakui kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan, Syed Abdullah bagaimanapun menganggap segala kecaman ini sebagai satu cabaran.

Emma juga sudah katakan keputusan beliau tidak dipengaruhi mana-mana pihak sebaliknya kerana imannya yang belum cukup kuat untuk terus istiqamah. Apa pula pendapat anda?

Written by Bella | February 3rd, 2019

Kejutan demi kejutan dalam dunia hiburan minggu ini, paling panas berkaitan kes dua pelakon popular yang dikatakan buka tudung dan tampil seksi.

Tidak cukup dengan itu ada pula seorang penyanyi nasyid yang dilabelkan selalu sahaja mencari publisiti dan kali ini membuatkan netizen geram apabila beliau memperlekehkan isterinya.

Lebih panas dan lebih hangat,berikut kami senaraikan 5 gosip dan kontroversi terhangat sepanjang minggu ini. Layan..

 
Written by Bella | January 31st, 2019

Foto pelakon Emma Maembong tidak bertudung serta gambar mesranya bersama Syed Abdullah mencetuskan pelbagai spekulasi dan boleh dikatakan sebagai berita paling sensasi minggu ini.

Sebagai seorang adik kepada Syed Abdullah, sejak beberapa hari ini Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq turut terkena tempiasnya dan dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen.

Salah seorang netizen menyarankan Saddiq agar menegur abangnya yang dianggap telah mencalarkan nama keluarga mereka. Tidak hanya berdiam diri, Syed Saddiq tampil menjawab komen tersebut. Katanya, setiap teguran yang dibuat mahupun perbincangan yang diadakan di antara keluarga mereka tidak perlu didedahkan kepada umum.

Terdahulu, Emma telah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesilapannya membuka tudung dan menafikan beliau wanita yang duduk di celah kangkang lelaki tersebut dan berdua-duaan di dalam bilik.

Sumber Berita : Astro Gempak