Selepas dihimpit kontroversi membuka tudung, kecoh di media sosial mengatakan hubungan pelakon Emma Maembong dan Syed Abdullah sudah retak apabila mereka berdua tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing dan memadam foto mereka bersama.
Namun, baru-baru ini Syed Abdullah ada memuat naik foto beliau bersama Emma menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Shah Alam.
Rata-rata netizen nampaknya agak gembira dengan perkembangan hubungan mereka berdua dan mendoakan kebahagiaan Emma dan Syed Abdullah.
Mungkin disebabkan kontroversi yang melanda sebelum ini membuatkan mereka berdua belum bersedia untuk mendedahkan status hubungan sebagai pasangan kekasih. Apa-apa pun, kita doakan sahaja yang baik-baik buat mereka.

Toljadicongestioncharge
February 26, 2019 at 3:40 pm
Berdasarkan factor genetic dan video di Tumblr nampaknya muscle je la yang besar. Yang lain tu pensel dah tinggal pemadam kat hujung je dik alahai