Written by Bella | September 3rd, 2018

Penuh dengan mesej tersirat dengan jalan cerita yang menarik meskipun ia adalah filem genre seram, Munafik 2 nampaknya terus mencipta fenomena apabila berjaya mencatat kutipan sebanyak RM 21.6 juta hanya selepas empat hari ditayangkan.

Berita itu disahkan sendiri oleh Syamsul Yusof menerusi akaun Instagramnya. Beliau merasa syukur tidak terhingga dan mengucapkan terima kasih kepada semua penonton atas sokongan mereka terhadap karyanya itu.

Kutipan terkini Munafik 2 telah berjaya mengatasi rekod filem Hantu Kak Limah yang sebelum ini berjaya mengutip RM 9 juta sahaja pada hari keempat tayangan.

Terdahulu, filem ini juga berjaya mencipta sejarah tersendiri kerana telah berjaya mengutip RM 2.05 juta pada hari tayangan awal. Tahniah kami ucapkan kepada Syamsul yang berjaya membangkitkan semula kehangatan filem tempatan.

Written by Bella | August 30th, 2018

Nampaknya penonton masih lagi terpukau dengan hasil karya pengarah Syamsul Yusof, buktinya filem terkini beliau Munafik 2 telah berjaya mengutip RM 2.05 juta pada hari tayangan awal semalam.

Datuk Yusof Haslam selaku penerbit filem seram tersebut mengakui perkara seperti ini jarang berlaku dan sememangnya diluar jangkaan beliau.  Malah, ia sudah mengatasi rekod filem terhangat Malaysia, Hantu Kak Limah yang sebelum ini menugutip RM650,000 pada hari tayangan awal.

Benda sebegini jarang berlaku. Paling tidak pun, untuk tayangan awal sebegini, selalunya hanya boleh mengutip sebanyak RM500,000 ke RM600,000. Alhamdulillah, kerana secara tak langsung, ramai peminat filem kembali ke pawagam untuk menonton filem sekaligus memberi sokongan kepada filem tempatan.

Mempunyai barisan pelakon yang mantap, kemunculan Maya Karin semula ke layar perak dan juga trailer yang begitu menderbakan membuatkan ramai yang tidak sabar untuk menantikan tayangan rasmi Munafik 2.

Terdahulu, filem Munafik yang ditayangkan pada 2016 berjaya meraih kutipan keseluruhan RM17 juta dengan kos pembikinan sebanyak RM1.6 juta.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | July 26th, 2018

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof yang bakal menimang cahaya mata kedua selepas Puteri Sarah kini disahkan hamil lima minggu. Puteri Sarah akui beliau dan suami memang merencana untuk mendapatkan lagi cahaya mata selepas anak sulung mereka, Syaikhul Islam dilahirkan pada 19 April 2017.

Alhamdulillah saya disahkan hamil kira-kira lima minggu. Saya memang merancang untuk mendapatkan cahaya mata dan sudah mencuba sejak anak pertama berusia 11 bulan lagi.

Doktor minta saya untuk cuba hamil lepas anak saya setahun tapi saya cakap dengan Syamsul saya sudah berusia 33 tahun dan kalau boleh mahu anak segera. Jadi saya terus sahaja mencuba dan tidak sangka rezeki itu datang pada masa kami dua-dua sedang sibuk.

Setakat ini Puteri Sarah belum lagi diuji dengan sebarang alahan seperti mabuk ataupun muntah-muntah tetapi doktor menasihatkannya untuk banyak berehat dan tidak melakukan kerja berat termasuk mendukung Syaikhul.

Alhamdulillah dan tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada pasangan ini. Semoga ibu dan bayi didalam kandungan diberikan kesihatan yang baik sepanjang tempoh kehamilan. Lepas ini seronoklah Syaikhul kerana sudah ada teman bermain. Harapnya segalanya dipermudahkan nanti.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | February 5th, 2018

Berhasrat mempunyai anak yang ramai, pasangan Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof kini sedang berusaha untuk menambah cahaya mata biarpun anak sulung mereka, Syaikhul Islam baru sahaja berusia lapan bulan.

Malah, Puteri Sarah sudah mendapatkan nasihat doktor dan beliau juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk hamil lagi.

Saya sangat bersedia dan kami sedang berusaha untuk menimang anak kedua. Kalau boleh saya mahukan anak perempuan tetapi Syamsul ingin anak lelaki lagi. Namun jika ada rezeki, kami tidak kisah (jantina). Sebenarnya kami berdua memang berharap untuk memiliki anak yang ramai. Sebab itu saya tidak kisah sekiranya diberi rezeki untuk hamil lagi dalam masa terdekat ini.

Nampaknya kehidupan Sarah dan Syamsul pasti akan bertambah meriah kalau mempunyai anak yang ramai. Kata orang, bukan sahaja kebahagiaan tetapi rezeki juga akan datang berlipat kali ganda. Semoga hasrat mereka untuk menimang cahaya mata lagi akan termakbul.

Sumber Berita : Utusan Online