“Dia Tak Hubungi Saya, Mungkin Masih Merajuk Atau Terkilan” – Yusof Haslam Doa Agar Syamsul Terbuka Hati Kembali Pada Keluarga

Hiburan

“Dia Tak Hubungi Saya, Mungkin Masih Merajuk Atau Terkilan” – Yusof Haslam Doa Agar Syamsul Terbuka Hati Kembali Pada Keluarga

Sejak isu pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof kahwin satu lagi bersama wanita bernama Ira Kazar di Thailand kecoh, hubungannya bersama keluarga kandung masih belum pulih hingga ke hari ini.

Syamsul Yusof masih merajuk

Menurut bapa iaitu penerbit hebat, Datuk Yusof Haslam, anak lelakinya itu masih belum pulang ke rumah walaupun sudah beberapa kali meluahkan hasrat mahu bertemu.

Advertisement

Kata Yusof Haslam, dia tidak berhubung dengan Syamsul dan hanya berdoa agar aktor itu terbuka hati untuk datang berjumpa dengan keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Sebagai orang tua saya harus berfikiran matang. Kalau anak bersikap begitu, saya tak boleh buat perkara sama.

Belum berjumpa dengan isteri Syamsul, Ira Kazar

Dalam pada itu, penerbit itu memberitahu pihak media bahawa dirinya masih belum berjumpa dengan isteri Syamsul iaitu Ira Kazar selepas mereka membuat keputusan bernikah pada Januari tahun lalu.

Biarlah masa dan keadaan menentukan. Saya pun mahu menjaga hati isteri. Tak mahu hubungan dengan isteri jadi keruh hanya kerana perkara ini.

Yusof Haslam merasakan Syamsul masih terasa hati dengan keluarga hingga dia membuat keputusan tidak bertemu dan hubungi.

bapa
6 months ago

"Kalau Tak Balik Terserah, Tepuk Dada Tanya Selera.." Yusof Haslam Menitis Air Mata, Rindu Kepulangan Syamsul Yusof

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...